Social Icons

Pages

BULETIN 247

Sunday, July 5, 2015

YALAH, KERAJAAN NAIKKANLAH TOL... NAIKKANLAH... LAGI ELOK KALAU TIGA HARI NAK RAYA, NAIK... RAKYAT PASTI SUKA, GELAK DAN GULING-GULING!!!

Terpaksa bersetuju dengan artikel ini walaupun mungkin menyakitkan hati dengan realiti sebenar. Copy paste sepenuhnya tanpa sebarang ubah dan pindaan


Kerajaan dijangka membayar sebanyak RM1.08 bilion dalam bentuk pampasan kepada 23 syarikat konsesi membabitkan 30 lebuh raya seluruh negara sekiranya tiada kenaikan kadar tol, kata Menteri Kerja Raya, Datuk Seri Fadillah Yusof.

Beliau berkata, kerajaan terpaksa membayar pampasan RM580 juta kepada syarikat konsesi ketika ini, jika kadar tol tidak dinaikkan.
    
"Bayangkan jika kadar tol meningkat, wang ini (pampasan) boleh digunakan untuk tujuan lain seperti membina jalan raya, sekolah serta hospital yang masih memerlukan pembangunan.
    
"Adakah kerajaan mampu untuk membayar pampasan? Itulah yang perlu diambil kira. Jika kami membenarkan kenaikan tol, kami juga perlu mengambil kira kepentingan rakyat yang tidak mahu kenaikan itu dilaksanakan," katanya.


Kerajaan dijangka membayar sebanyak RM1.08 bilion dalam bentuk pampasan kepada 23 syarikat konsesi membabitkan 30 lebuh raya seluruh negara sekiranya tiada kenaikan kadar tol, kata Menteri Kerja Raya, Datuk Seri Fadillah Yusof.

Beliau berkata, kerajaan terpaksa membayar pampasan RM580 juta kepada syarikat konsesi ketika ini, jika kadar tol tidak dinaikkan.
   
"Bayangkan jika kadar tol meningkat, wang ini (pampasan) boleh digunakan untuk tujuan lain seperti membina jalan raya, sekolah serta hospital yang masih memerlukan pembangunan.
   
"Adakah kerajaan mampu untuk membayar pampasan? Itulah yang perlu diambil kira. Jika kami membenarkan kenaikan tol, kami juga perlu mengambil kira kepentingan rakyat yang tidak mahu kenaikan itu dilaksanakan," katanya.
   
Beliau berkata demikian selepas merasmikan Tugu Peringatan Jalan Raya Timur-Barat (JRTB) Gerik-Jeli, Kelantan di sini, hari ini.
   
Fadillah berkata, kenaikan kadar tol tidak dilaksanakan sejak 2008 dan syarikat konsesi telah mencadangkan supaya kenaikan bayaran kadar tol dikaji semula.

"Syarikat konsesi layak meminta kenaikan kadar tol, ada yang perlu dikaji semula setiap tiga tahun, ada yang lima tahun dan ada yang tujuh tahun.
   
"Kerajaan masih boleh mengimbangkan dan masih boleh membayar pampasan kepada syarikat konsesi dan untuk itu juga sebarang kenaikan kadar tol memerlukan inisiatif tertentu supaya rakyat tidak terasa beban," katanya.
   
Sehubungan itu, banyak faktor perlu dipertimbangkan sebelum membenarkan kadar kenaikan itu bagi memastikan ia tidak membebankan rakyat.
   
Beliau berkata kenaikan kadar tol perlu dipertimbangkan kerana ia membabitkan kepentingan banyak pihak termasuk pelabur dan pemberi pinjaman kerana ia turut memberi kesan terhadap keyakinan pelabur. - Bernama

Sumber Sinar Harian.

Tol terpaksa naik?

Kalau tol tak naik kerajaan kena bayar pampasan kepada syarikat konsesi lebuhraya?  

Wang pampasan tu sepatutnya boleh digunakan untuk tujuan lain seperti membina jalan raya, sekolah serta hospital yang masih memerlukan pembangunan?

Dahulu mansuh subsidi minyak kata duit subsidi boleh diguna untuk diberi secara bersasar kepada rakyat yang memerlukan. 

Kemudian kerajaan tambah pula dengan cukai GST yang dikatakan boleh menampung pembangunan dan membantu rakyat.

Bukankah tidak menaikkan kadar tol juga salah satu cara untuk membantu rakyat.

Syarikat konsesi layak minta kenaikan kadar tol dalam tempoh 3, 5 dan 7 tahun? 

Memang perlu kah syarikat konsesi minta naikkan kadar tol? Memang wajibkah?

Selama ini syarikat lebuhraya rugi banyakkah dengan kadar tol sedia ada?

Jika rugi, mohon tunjukkan penyata dan laporan kewangan.

Jika untung, memang harus lagikah naikkan kadar tol? 

Jika terpaksa juga naik, tak bolehkah naikkan sekadar 5 atau 10 sen hanya sekadar untuk penuhi syarat? 

Takkan pengurusan syarikat konsesi lebuhraya begitu tamak sehingga langsung tidak peduli akan masalah rakyat yang menjadi pengguna lebuhraya?


Kerajaan pula takkan tidak boleh berunding dan berbincang dengan pihak konsesi lebuhraya mengenai hal ini?

Undang2 dan peraturan ciptaan manusia, masakan tidak boleh diubah demi kepentingan rakyat.

Adakah ia hanya mampu dijanjikan namun hanya layak untuk dimungkiri?

Antara kandungan Manifesto BN untuk PRU13 pada tahun 2013, dalam tempoh 5 tahun ini, kami berjanji untuk mengurangkan bayaran tol antara bandar secara berperingkat-peringkat.

Kini sudah 2 tahun, bukan sahaja tiada pengurangan kadar tol secara berperingkat namun terpaksa pula dinaikkan kerana tidak mahu menanggung pampasan RM1.08 billion.

Jika RM1.08 billion untuk rakyat, apa salahnya?

Malah sebelum ini PM Najib pernah berkata, "Kalau tol tidak naik, cukai yang akan naik".

Kenapa hanya rakyat sahaja yang dipertanggungjawab dan menjadi mangsa terhadap apa2 masalah yang melibatkan kerajaan?

Orang2 UMNO, anda tidak nampak kah akan hal ini?

Tidak bolehkah anda beritahu dan ingatkan semula pemimpin2 anda akan akujanji mereka ini yang baru 2 tahun tapi seolah2 sudah dilupakan?

Atau mungkin mereka ingat yang rakyat ni mudah lupa?

Kalau kerajaan dah tahu pasal perjanjian konsesi ni dari dulu lagi, kenapa berjanji sesuatu yang mustahil?  


Ketahian apakah ini?

COPY PASTE BUASIR OTAK


9 comments:

Anonymous said...

Ha ha aku tak sabar nak tgk rakyat jatuhkan BN sebab sayang poket mereka. Aku juga tak sabar tgk Lim Kit Siang dan bangsat2 DAP serta balaci2 mereka tersegih2 masuk ke Putrajaya di pagi hari slps sah BN tumbang sehari slps PRU14

Anonymous said...

Dah bagi hint 2 PRU lepas pon tak nampak Lagi .. Jgn selesa Sgt .. Igt time PRU 12 dulu .. Korang igt bila PR lemah korang boleh buat mcm2..

jgn jadi bodoh!!! said...

kuasa ada ditangan cuma pakai otak dan kurang bercakap..boleh selesai masalah..skang ni umpama semua nak suh rakyat pikir sama nk selesaikan masalah..

Otak geliga said...

Duit GST ke mana sebenarnya?

BERBILION tu...takkan dah habis guna utk pembangunan?

Bosan said...

Kalau ikut teori jahat aku, kenaikan tol saja dibuat oleh najib. Ini kerana Toll merupakan warisan peninggalan tun Mahathir. Maka alasan yg akan digunakan bagi menunjukkan betapa teruk nya mahathir. Sama seperti kes proton.

Anonymous said...

Bagus dan amat bersetuju sekali bayaran tol dinaikkan..tapi ingat wahai kerajaan memerintah..3 tahun tak lama..adakah masa itu 88 kerusi UMNO masih kekal lagi..atau akan jadi pembangkang nanti..selamat menaikkan bayaran tol..

Anonymous said...

Inilah legasi yang ditinggalkan Tun Dr. M. Baik Pak Lah, Najib atau siapa pun PM lepas ni terpaksa membasuh berak Tun Dr. M yang mengayakan kroni-kroni serta anak-anaknya. Satu lagi adalah IPP.

Anonymous said...

Kaji SEMULA KEUNTUNGAN KONSESI & KEADILAN PERJANJIAN..

JIKA PERJANJIAN LAMA TIDAK ADIL, Batalkan SAHAJA..

TAk adil ORANG RAMAI kena BAYAR KONSESI yg DAH UNTUNG BERTAHUN2 TANPA MEMULANGKAN SESUATU YG SETIMPAL KEPADA RAKYAT MALAYSIA..

Buat HIGHWAY BUKAN BUAT MACHINE DUIT..

IA TANGGUNGJAWAB SOSIAL. NAK KAYA pigi berniaga OPEN MARKET buat PHONE mcm ASUS..

Anonymous said...

Tunggulah pilihanraya ke 14, kalau kerajaan asyik kata terpaksa naik kan itu dan ini kita terpaksa pula tukar kerajaan , insyaallah,

 
Blogger Templates