Social Icons

Pages

BULETIN 247

Sunday, July 5, 2015

WAN AZIZAH GUNA TAKTIK LAKI DIA TAHUN 1998 DAHULU UNTUK DESAK PERDANA MENTERI 'BERCUTI' ATAU LETAK JAWATAN DENGAN KERJASAMA AHLI-AHLI PARLIMEN BN-PAKATAN!!!



Ketua Pembangkang, Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail hari ini memanggil ahli-ahli Parlimen dari parti pembangkang dan Umno BN dalam satu pertemuan khas diadakan bagi membincangkan keadaan politik terkini dan hala tuju negara.

Beliau berkata, pertemuan itu akan diadakan pada Selasa depan, jam 12 tengah hari di bangunan Parlimen dalam menzahirkan kebolehpercayaan rakyat terhadap kepimpinan Datuk Seri Najib Tun Razak susulan pendedahan Wall Street Journal (WSJ) baru-baru ini.

“Saya berharap melalui pertemuan ini, ahli-ahli Parlimen dari semua parti serta NGO dapat menzahirkan satu keputusan yang melambangkan keprihatinan rakyat seluruh negara kepada kebolehpercayaan rakyat terhadap kepimpinan Datuk Seri Najib Tun Razak sebagai Perdana Menteri Malaysia,” katanya dalam satu kenyataan, hari ini.

Jumaat lalu, WSJ dalam laporannya mendedahkan penemuan yang mengejutkan mengenai dapatan penyiasat yang mengaitkan pengaliran dana hampir AS$700 juta dari dana 1Malaysia Development Berhad (1MDB) ke akaun persendirian Perdana Menteri melalui proksi.

Bagaimanapun dakwaan media barat itu disangkal Perdana Menteri sambil menegaskan bahawa beliau tidak pernah mengambil wang kerajaan untuk kepentingan peribadi.

Mengulas lanjut, Wan Azizah selaku Presiden PKR juga berkata parti-parti pembangkang dan Umno-BN tidak seharusnya berdiam diri mengenai dakwaan berat itu yang kini menjadi kebimbangan rakyat.

“Walaupun kita menanti laporan penuh mengenai kes ini dari semua agensi kerajaan yang bertanggungjawab, namun kita perlu bersedia menghadapi sebarang kemungkinan demi memastikan kepentingan rakyat dan negara terjamin,” katanya lagi. (SUMBER)


6 comments:

Anonymous said...

4. And when you look at them, their bodies please you; and when they speak, you listen to their words. They are as blocks of wood propped up. They think that every cry is against them. They are the enemies, so beware of them. May Allah curse them! How are they denying (or deviating from) the Right Path.surah al munafiqun. verse 4.

Anonymous said...

jika dakwaan itu semata2 mahu mengkucar kacirkan rakyat malaysia mahukah wan azizah pertahankan najib?...rasanya dak kot...wan azizah & pembangkang lagilah suka isu itu...supaya najib jatuh & rakyat tak percaya kerajaan dan dengan itu senanglah wan & pembangkang ambil alih pemerintahan negara...tak gitu?...

Anonymous said...

Ini kan mainan pembangkang yg dibuat oleh Rafizi dan Tony Pua. Walhasil segala kemelut yg melanda memang pembohongan dan fitnah PR. Rakyat dah sedia maklum tentang kebejatan PR.

Anonymous said...

wan jijah ni,umpama api dalam sekam,niat hati dia boleh baca......so ahli parlimen BN jangan pulak tertipu dengan niat sebenar usul tergempar tu......jangan layan sangat nenek kipas ni....adalah TOKONG2 belakang dia tu.Ayuh bangunlah dari lamunan mu wahai bangsa ku,teguh kan iman dan tegakkan barisan ...jangan sesekali kita mendengar cerita2 orang munafik sesungguhnya mereka ini nak menjahanamkan Msia agar negara ini boleh diperintah oleh keldai2 mereka lebih2 lagi yang menyokong LGBT termasuk nenek kipas dan kaum keluarganya .

Anonymous said...

Wahai admin.. ke mana hilang isu balak, judi, terowong, cukai naik, diskriminasi dan berbagai salah laku Ahli Parlimen DAP? Korek2 kasi ulang2 la.. bagi PAC tak senang duduk.. Selcat mana? Isu Cec DAP mana?

Ted Manoff said...

Media tuduh je kena letak jawatan..senang nye nak buat orang turun jawatan.....gila ke atau meroyan ni?

 
Blogger Templates