Social Icons

Pages

BULETIN 247

Friday, August 28, 2015

WALAU SIAPA PUN YANG BERADA DI BELAKANG ANINA SAADUDIN, YANG PASTI WANITA UMNO LANGKAWI ITU BODOH TERLAJAK!!!



Ini samalah macam kes G.Palanivel.

Gagal baca peraturan dan undang-undang parti. Main belasah ikut dan selain syok dipuji oleh orang besar yang berada di belakangnya.

Anina Saadudin awal bulan lalu cuba menimbulkan kegemparan apabila dalam mesyuarat UMNO Langkawi menuduh Najib telah 'KENCINGKAN' ahli UMNO. Daripada seorang yang langsung tidak dikenali, Anina Saadudin akhirnya mendapat perhatian daripada puak yang mahu melihat UMNO hancur menjadi debu dan berkecai.

Hari ini, wanita berkenaan sengaja menganiaya dirinya sendiri. Dia bersama-sama dengan firma guaman Hanif Khatri telah menyaman Najib atas kapasiti UMNO.



Alasan yang diberikan oleh Anina adalah kerana 'sayangkan UMNO'. Alasan yang amat cetek kerana orang yang sama, tidak pernah kedengaran menghentam atau secara aktif mempertahankan UMNO daripada serangan musuh sebenar iaitu PKR dan DAP. Sebaliknya meloncat, melatah selak kain apabila membabitkan isu-isu dalaman UMNO sendiri.

Sayang apa namanya macam tu?

Alasan yang sama jugalah digunakan oleh puak-puak tidak bertelur, penakut, bacul dan kalau nama Lim Guan Eng disebut, mereka akan terkencing tanpa sedar dengan seluruh badan menggigil-gigil. Golongan yang lebih seronok dan lebih berani menghentam sesama UMNO tetapi terlalu takut untuk berhadapan dengan DAP walaupun sekadar tentera RBA yang penguasaan Bahasa Kebangsaan mereka pun tunggang langgang.

Yang pasti, undang-undang UMNO sendiri menetapkan:

"Seseorang ahli yang membawa apa-apa jua perkara parti atau hak keahliannya ke mahkamah sebelum mematuhi sepenuhnya peraturan-peraturan parti maka keahliannya di dalam parti gugur dengan sendirinya." (FASAL 20.7 Perlembagaan UMNO).


Anina berkokok tentang ada dalang yang akan bersama-samanya tetapi dalam sejarah UMNO, dalang yang melaksanakan gerakan sebegini, biasanya sampai ke akhir hayat akan bersembunyi dan menghilangkan diri. Malah dalang-dalang itu kemudiannya akan berlagak seolah-olah merekalah yang menjadi wira dan menjadi tukang pengampu, penjilat paling hebat.

Itu adalah perkara lumrah dalam UMNO... macam yang duk ada sekarang pun.... sanggup mepertahankan Najib dan UMNO sampai ke titisan darah terakhir di hadapan mikrofon rostrum mesyuarat dalam dewan, tetapi semasa Najib dan UMNO diserang teruk oleh DAP dan PKR, mereka yang bercakap sampai nak terkeluar gigi geraham itu, hilang entah ke mana!!!

Anina juga samalah seperti itu. Dia akan bersendirian dan dia akan terbiar begitu sahaja tanpa pembelaan daripada dalang-dalangnya apabila rancangan mereka terkantoi besar.


16 comments:

Anonymous said...

Tengok muka dia pun jnis x bpe nk cerdas otak..mungkin mak ayah anina ni keturunan lembam agaknye..

tebing tinggi said...



Saorang yang tegas dengan pendirian ,akan tetap dengan pendirianya ,walaupon memakan diri .

Anonymous said...

baru nak kena saman pun kecoh
apa punya bodoh lombu lombu ni
lombu pun sesekali terajang tuan dia jugak
sampai tersungkok dalam bendang

Anonymous said...

Apakah puan Anina akan kebulur selepas dipecat daripada umno...sudah-sudahlah mengampu najib waktu sudah sampai umno perlu Presiden baru bukannya mengekalkan Presiden yang penuh dengan skandal dan jenayah

Umnodulu tidak loni said...

Akupun tak payah umno pecat sebab aku telah pecat diri aku sendiri

Anonymous said...

Dunia akhir zaman....benda betul dibuat ahli umno dikatakan bodoh terlajak tp benda keji dibuat presiden didiamkan dan ditutup rapat. Anda dan keluarga anda yg tanggung bala...tepuk dada tanya iman.

Anonymous said...

ini la sudahnya ... terpecat diri sendiri
dah la ilmu kurang ... firma guaman pun sama binggai
anak sapa agaknya dia ni ....

jgn jadi bodoh!!! said...

SABAR LA!! PENGANGKAT TAIK JIBBY CEPAT2 JADI PEGUAM DAN HAKIM!! KLU KES 1MDB BYK PLAK SUH TUNGGU SIASATAN!! HANYA YANG BODOH JE MASIH MMPERCAYAI JIBBY RAZAK!!

#pecatJibby

Anonymous said...

Akta SPRM sangat jelas menunjukkan bahawa Najib telah mengambil rasuah pun tak dapat nak bertindak. So, sekurang-kurangnya kita patut berbangga ada juga rakyat Malaysia yang masih ingin menegakkan keadilan. Walaupun, kita tak tahu dia akan berjaya atau tidak. Kalau peguam negara pun boleh dibuang begitu saja. Apa jenis PM yang kita ada ni. Belum ada rasanya manusia sekorup Najib.

Anonymous said...

Apa pun Puan Anina bukanlah jenis yg bangsat. Syabas puan.

Anonymous said...

Betina downsindrom ni....
Jenis pisau cukur mali

Anonymous said...

yang melalak2 kat atas sokong Anina ahli UMNO ke ? kalau ahli umno , dia mesti faham perlembagaan parti. kalau bukan ahli umno , berambus jauh2. jangan menyibuk. anina ahli umno , dan dia tertakluk pada perlembagaan parti atas setiap tindakan dia yg bertentangan dengan parti. seperti yg penulis jelaskan , dia akan menerima nasib seperti G.palanivel . muktamad !

Anonymous said...

yang mengutuk anina tu semua dah kenyang dapat duit dari RM2.6 bil. tu .....dah makan kenyang dari duit haram, semua yang baik akan dikatakan haram .....kah..kah..kah..!!!!!!!!!!!!!

Orang melayu said...

Duit hsram ? Duit Dr sadara islm untuk pertahankn saudra islm Dan kekal kerajaan islm tu duit haram ke ? Duit yg bersih dapt tu halal sngt ke ?

Anonymous said...

Kita masih mahu UMNO tapi kita mahu Najib ditendang keluar...byk skandal tapi tak reti2 nak menjwb sendiri...asyik mengharap pd pengampu2 utk jawab bagi pihak Najib...kalau jwpn konsisten takpe la jugak...ni jwpn asyik berubah2...cash to just Unit...apa pun syabas Puan Anina...

Anonymous said...

Jika berani, sebutlah apa tuntutan-tuntutan Anina terhadap PM Najib! Sepatutnya itulah yg perlu kita bincangkan, usah dilonggok semua sampah dan najis di bawah karpet UMNO.
Jika Presiden mencuri duit UMNO, dia tetap bersalah dan mesti mengambil tanggungjawab.
Parti UMNO lebih penting dari batang tubuh Presiden UMNO.
Anina masih ahli UMNO semasa saman dibuat terhadap presiden parti.
Jika tidak cara ini, beritahu apakah cara lain untuk ahli-ahli UMNO dan rakyat mengetahui perkara sebenar tentang RM2.6bilion itu?
Itu belum lagi ttg 1MDB.....

 
Blogger Templates