Wednesday, November 11, 2015

GILA!!! MAJLIS TEMBAKAU NEGARA DESAK TIMBALAN MENTERI KESIHATAN LETAK JAWATAN SEBAB KRITIK PERANG KE ATAS PENJUAL VAPE!!!



Nampaknya, isu VAPE dan VAPOR masih lagi menjadi perkara besar di negara ini. Ada yang menyokong, dan tidak kurang pula yang mengeji tindakan Kementerian Kesihatan cuba meregulasikan industri yang kalau dibiarkan, bakal menggugat perolehan syarikat-syarikat rokok besar di negara ini.

Barangkali kerana itulah, Presiden Majlis Kawalan Tembakau Malaysia (MCTC), Molly Cheah, mendesak Timbalan Menteri Kesihatan, Hilmi Yahya agar meletak jawatan kerana mengkritik tindakan ke atas peniaga vape.

Timbalan Menteri Kesihatan itu berkata, tindakan menyerbu dan merampas ke atas para peniaga rokok elektronik itu terlalu drastik.

Kata Molly, kenyataan Hilmi itu tidak sepatutnya dikeluarkan oleh seorang Timbalan Menteri Kesihatan. Justeru, dia perlu meletak jawatan.

"Siapa lagi yang dipertanggungjawabkan tenang kesihatan awam kalau bukan Kementerian Kesihatan," katanya. "Penyitaan ini adalah berdasarkan undang-undang sedia ada."

Menurut Molly lagi, MCTC menyokong penuh pengharaman vape dan mendesak Kementerian Kesihatan agar meneruskan usaha memerangi rokok elektrik tersebut sehingga pengharaman sepenuhnya dikuatkuasakan.

Sungguh menarik apabila Presiden kepada pertubuhan yang mengawal PENYEBAB PENYAKIT UTAMA DUNIA, menghentam saingan rokok, malah mendesak agar pengharaman dibuat semata-mata untuk memastikan industri rokok tidak disaingi dan keuntungan besar daripada penjualan rokok dikecilkan. (RUJUK SINI)

Beria-ia benar Molly Cheah mahu vape diharamkan dan bercakap tentang kesan kesihatan daripada amalan vape, tetapi langsung tidak menyentuh tentang bahaya rokok dan tembakau kepada kesihatan manusia.

Mengapa tidak mendesak kerajaan turut sama mengharamkan rokok sepertimana kerajaan diharapkan akan mengharamkan vape?

Atau rokok perlu dibeli daripada farmasi dengan ahli farmasinya perlu berlesen dan diberikan nasihat panjang lebar tentang kesan-kesan sampingan daripada perbuatan merokok?

Mengapa hanya vape?

Molly Cheah bercakap tentang industri dan keuntungan... rokok tu, bukan industri dan bukan keuntungan ke?

Kalau bukan kerana keuntungan, mahukah Molly Cheah bercakap tentang bahaya vape tetapi diam tidak mengulas apa-apa tentang bahaya rokok dan tembakau?


5 comments:

Anonymous said...

As a doctor myself,I think that Molly Cheah should be the one who must resign.

Many medical organisations and scientists have realised the effectiveness of vaping as a tool against smoking.Public Health England is using vaping as part of its anti smoking program after their research showed them that vaping is 95 percent less harmful.

Molly Cheah should familiarize herself with the concept of HARM REDUCTION THERAPY.To be head of MCTC and not understand this treatment concept is simply outrageous.

The Malaysian media and some doctors have also acted irresponsibly by presenting an alarming view of vaping.This could deter smokers from switching from smoking to vaping.

Regulate if you must,but not to a point where it become too difficult or expensive for smokers to switch to vaping.

The third annual E-Cigarette Summit will take place at the Royal Society in London on the 12th November 2015.Let us see what their findings and guidelines will be.



Anonymous said...

nikotin adalah terletak di bawah akta racun, oleh itu rokok dan vape perlu dijual di kedai hardware sahaja. farmasi jual ubat, bukan racun...hahahaha

Anonymous said...

setuju..farmasi tu tinggi sgt kasta nya..std hardware je

Anonymous said...

Lama dh npk permainan tembakau ni..haha..ckit le untung tu

Anonymous said...

Cina ni boleh blank face je bagi kenyataan bodoh. Only a Chinese can say those crazy things. Macamla orang dungu tak tau dia siapa dan apa motif. Memang lingkup negara bila ada penghuni selfish yang tidak malu menampakkan kegelojohan sendiri.

top