Social Icons

Pages

BULETIN 247

Wednesday, November 11, 2015

KELUHAN DR.MAHATHIR SELEPAS TAWFIK ISMAIL BOCORKAN CERITA 'COUNCIL OF ELDERS'!!!



Tun Dr. Mahathir jelas kecewa apabila Tawfik Ismail mendedahkan rancangannya untuk mewujudkan 'Council of Elders' yang bertindak sebagai badan yang menasihati Perdana Menteri.

Menurutnya, Tawfik Ismail bukanlah seseorang yang boleh dipercayai dan mempunyai niat yang tidak elok.

Bercakap dalam satu sidang media selepas membuat ucaptama di majlis anti-rasuah, Dr. Mahathir berkata, dia tahu Tawfik membencinya sekalipun anak bekas Timbalan Perdana Menteri itu berlakon menyukainya.

Tawfik adalah anak bekas Timbalan Perdana Menteri, Tun Dr. Ismail Abdul Rahman. Tun Dr. Ismail Abdul Rahman diketahui tidak mempunyai hubungan yang baik dengan Dr. Mahathir.

"Saya tahu, dia tidak suka saya. Mengapa dia datang bersama-sama yang lain menemui saya, saya tidak tahu. Secara nyata, dia mempunyai niat yang tidak elok, dan orang jenis ini, kita tidak boleh percaya. Di hadapan saya, dia sangat baik. Malah dia sangat menyokong tetapi apabila di belakang saya, lain pula ceritanya," kata Mahathir menceritakan pertemuannya dengan Tawfik dan Kumpulan Moderat G25. (RUJUK SINI)

Dalam pertemuan itu, Mahathir mencadangkan penubuhan 'Council of Elders' untuk menasihati sesiapa sahaja yang dilantik sebagai Perdana Menteri Malaysia.

"Dalam sistem yang kita ada sekarang, Perdana Menteri memilih Kabinetnya sendiri dan dia memilih orang yang menyokongnya. Dan sudah tentu apa-apa sahaja yang dilakukannya, akan dipersetujui oleh Kabinet.

"Manakala majlis yang dilantik oleh orang lain, tidak akan sentiasa bersetuju dengan Perdana Menteri pada sepanjang masa. Mereka boleh memberikan pendapat," kata Dr. Mahathir sambil menambah, sekiranya Perdana Menteri menolak kritikan, dia sekurang-kurangnya akan mendengar pendapat mereka.

Tawfik bagaimanapun, melabelkan cadangan tersebut sebagai kuku besi dan sesuatu yang tidak dilakukan oleh boleh mana-mana negara demokrasi kecuali ketika dalam darurat.


9 comments:

Anonymous said...

kenapa tak buat Council of Elders masa 22 thn keling ni sendiri jd PM..porahhh dok diam2 kt masjid beramal sementara tunggu mati lagi baik la

Anonymous said...

Sampai bila Tun nak mencatur negara? Rakyat x mahu pemerintahan dan kemajuan yg hanya menguntungkan kroni dan menindas rakyat. Rakyat mahu kerajaan dan PM yg berjiwa rakyat. Pembangunan dan keuntungan hendaklah dikongsi bersama rakyat kerana rakyat yg mengeluarkan modalnya.

Anonymous said...

Apabila sesuatu isu tidal memihak pada dia maka mula la start main emosi... 'Dia tak suka saya', 'depa hipokrit'... Council of elders? GO TO HELL WITH IT!!!! Tue bukan badan penasihat, tapi badan jaga kepentingan kroni!

Anonymous said...

tulah pasal. mamak mathir terlupa nak jadikan 'counsil of elders' sebagai penasihat dia masa dia menjawat jawatan pm. tu pasal dia boleh jadi pm selama 22 tahun. kalau ada, entah2 dua penggal dah dinasihatkan suruh 'resign'. cakap org tua ni dh merapu. masa dia taknak buat, masa org, sibuk suruh buat. masa dia kuku besi, masa orang, kuku kayupun dh kena taji siang malam.

Anonymous said...

Ya lah tang Dato Sri Najib nak tubuh C of E, kena masa dia dulu nak suruh ikut cakap dia sahaja.
Tun yang mencadangkan bererti Tun sudah nampak sewaktu beliau masih menjadi perdana menteri lagi. Yang pelik kenapa tidak di wujudkan sewaktu beliau masih memegan teraju....kan pelik namanya.

Unknown said...

Sudah sudahlah Tun, janganlah akhiri hayat Tun dengan DOSA dan sebanyak mana Tun menyerang, banyak jugalah pekung dan aib Tun akan terbuka..

Ted Manoff said...

Madey ni dah jadi macam Freemason atau Ku Klux Klan...ada council of elders pula. ..gila ke apa madey ni...

Anonymous said...

makin lama makin merapu mcm keling mabuk todi pulak dia..nk jaga kroni semua org salah dan tak betul..pariah punya perangai

Anonymous said...

Saya sokong kata2 nasehat anonymous 3.26

 
Blogger Templates