Thursday, November 12, 2015

HAPUSKAN JAKIM... MENGAPA TAK TERUS CAKAP, HAPUSKAN ARTIKEL DALAM PERLEMBAGAAN YANG ADA PERUNTUKAN ISLAM?



Bukan main bergedik lagi DAP apabila suara hati mereka untuk melihat semua institusi Islam di negara ini dihapuskan, kini diluahkan oleh orang Melayu-Islam yang hidup mereka selama ini bergantung kepada status Islam dan Melayu.

Cadangan Tawfik Ismail yang turut mendedahkan tentang cadangan penubuhan 'Council of Elders' untuk menasihati Perdana Menteri, agar JAKIM dihapuskan, turut mendapat perhatian daripada pihak yang masih berada di dalam UMNO tetapi menentang Najib Abdul Razak.

G25 yang konon-kononnya dianggotai oleh kumpulan moderat profesional, mempunyai latar belakang dan modus yang sama dengan Sister In Islam walaupun dari beberapa segi, sedikit berbeza.

JAKIM, walaupun dihuni dan menjadi sarang kepada puak-puak penentang kerajaan yang menggunakan entiti kerajaan untuk kemudahan mendapat pelbagai maklumat dan pengkalan, namun fungsi JAKIM itu sendiri amat penting bagi agama Islam di negara ini, terutama kepelbagaian dan ancaman demi ancaman yang sedang dihadapi oleh umat Islam di negara ini.

Generasi seperti Tawfik Ismail mempunyai gaya hidup ala kebaratan yang amat ketara sebelum pengaruh kehidupan Islam kembali berakar umbi di dalam negara ini walaupun pada masa yang sama, umat Islam di negara ini, khususnya golongan muda tidak dapat membezakan Islam, Arab mahupun Pakistan!

Penubuhan Pusat Islam dan kemudian bertukar nama kepada JAKIM dan berada di bawah Jabatan Perdana Menteri, merupakan titik tolak kepada banyak perubahan termasuklah status halal, pengharaman jualan arak secara terbuka, larangan ke atas umat Islam berjudi atau membeli nombor ekor mahupun perkara-perkara yang melibatkan hukum syariat.

Penubuhan JAKIM selaras dengan Artikel 3 Fasal 5 yang menyatakan,

"Walau apa-apa jua dalam Perlembagaan ini, Yang Di-Pertuan Agong hendaklah menjadi Ketua Agama Islam dalam Wilayah-Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur, Labuan dan Putrajaya dan bagi maksud ini, Parlimen boleh dengan undang-undang membuat peruntukan-peruntukan bagi mengadakan peraturan mengenai hal-ehwal agama Islam dan bagi menubuhkan suatu Majlis untuk menasihatkan Yang Di-Pertuan Agong mengenai perkara-perkara berhubung dengan agama Islam."

Sebelum Tawfik Ismail menyuarakan cadangannya agar JAKIM dimansuhkan, DAP dan Lawyers for Liberty sudah terlebih awal menyerang JAKIM, terutama yang membabitkan khutbah Jumaat. Begitu juga dalam isu murtad, DAP dan beberapa NGO pro-DAP turut menyerang JAKIM dan menuduh JAKIM sedang melakukan Islamilasisi dan pemaksaan ke atas bukan Islam untuk memeluk Islam.

Malah JAKIM dituduh sebagai tempat penggalakan keganasan dan pembiakan teroris!

Agama Islam berdasarkan kepada Artikel 3 Perlembagaan Persekutuan telah diperuntukkan sebagai Agama Rasmi Persekutuan. Sebagai Agama Rasmi Persekutuan, sudah tentu, ada badan khas yang menjaga dan mengawalselia halehwal umat Islam di dalam Persekutuan.

Keterbukaan sekarang ini, telah menyebabkan golongan yang terlebih sekular cuba melakukan sesuatu yang sebenarnya membawa negara kepada kemusnahan yang lebih besar.

Hanya semata-mata kerana permusuhan mereka ke atas Islam. Hanya semata-mata kerana mereka beranggapan agama adalah faktor yang memundurkan masyarakat!!!


No comments:

top