Social Icons

Pages

BULETIN 247

Thursday, November 12, 2015

EH, APASAL LAK MARAH TARIF AIR NAIK DI SELANGOR? TU LA KEBAJIKAN... KAN DAH PILIH PAKATAN MASA PRU-13 HARI TU, KAN?



Keputusan kerajaan Selangor untuk menaikkan tarif air setelah proses pengambilalihan syarikat konsesi air selesai sepenuhnya tidak munasabah kerana bercanggah dengan matlamat asal penyusunan semula industri air di negeri itu.

Bekas Menteri Besar Selangor, Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim berkata, sepatutnya kenaikan tarif air hanya boleh dipertimbangkan selepas tiga hingga empat tahun industri perkhidmatan air Selangor berjaya distruktur semula sepenuhnya dan kenaikan itu tidak melebihi 12 hingga 15 peratus setiap tiga tahun.

“Saya amat terkejut dan terkilan dengan perubahan mendadak pada dasar-dasar awam seumpama ini memandangkan antara sebab asal utama penstrukturan semula indusri air dilaksanakan adalah supaya rakyat boleh menikmati perkhidmatan air yang lebih efisien dan pada tarif yang berpatutan,” katanya dalam kenyataan pada Khamis.

Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Pelabuhan Klang itu menggesa satu badan pengawasan bebas industri air ditubuhkan agar dapat memantau penetapan tarif itu.

“Bagi memastikan hak dan kepentingan rakyat terpelihara, saya menggesa agar satu badan pengawasan bebas industri air ditubuhkan dengan fungsi antara lain memantau metodologi penetapan tarif dan mutu perkhidmatan di samping memastikan keabsahan justifikasi dan legitimasi keperluan menaikkan tarif seperti yang didakwa.

“Meskipun kewajaran bagi kenaikan tarif wujud, perkara tersebut perlu dibentangkan di Dewan Negeri Selangor terlebih dahulu agar semua wakil rakyat faham dan jelas tentang isu-isu yang terlibat,” katanya yang turut mempersoalkan syarikat manakah yang dilantik sebagai penilai bebas bagi nilai pampasan kepada SPLASH dan bayaran konsultansi yang dibayar kerajaan negeri.

Katanya, selain menaikkan tariff air, kerajaan negeri yang mengawal sepenuhnya industri air boleh mengelakkan pembaziran dan ketirisan dalam kos operasi dengan memotong perbelanjaan tidak perlu, mengurangkan kontrak berlapis-lapis dan menghentikan serta-merta penganugerahan sub-kontrak.


“Kerajaan negeri tidak perlu lagi mengikut Perjanjian Konsesi kerana sudah mempunyai kuasa mutlak untuk menetapkan kaedah ‘harga’ dan ‘kos’ yang baharu untuk mengurangkan dan menghapuskan keperluan menaikkan tarif,” katanya.

Dalam masa sama, Khalid juga menasihatkan agar kerajaan negeri faham secara mendalam segala butiran dalam akaun dan rekod kewangan operator perkhidmatan air terutama aspek perbelanjaan.

“Dari situ, satu formula lestari boleh digarap bagi mengelakkan kenaikan tarif buat jangka masa panjang,” katanya.
Khalid turut membidas Pakatan Harapan yang sering mencari kelemahan pihak lain tetapi mendiamkan diri terhadap kepincangan yang berlaku di Selangor.

Katanya, Pakatan Harapan perlu berhenti bersikap hipokrit dan berdolak dalih dengan membuktikan keupayaan mengurus industri air lebih baik berbanding era Barisan Nasional disamping menunaikan tawaran dalam manifesto PRU13. (SUMBER)


No comments:

 
Blogger Templates