Monday, November 30, 2015

VIDEO VIRAL: ANGKARA TERGILA-GILAKAN BINI MUDA, ANAK-ANAK KANDUNG DILAYAN SEPERTI ANJING BURUK KEPALA!!!



video


Viral sebuah rakaman video berdurasi 3 minit di laman Facebook yang menunjukkan beberapa adik beradik disimbah dengan air oleh seorang lelaki.

Difahamkan, 4 beradik berkenaan datang mahu berjumpa dengan bapa kandung mereka itu untuk meminta diwalikan, namun disimbah dengan air sebanyak tiga kali.

Menurut individu yang memuat naik video tersebut, lelaki itu bekerja sebagai seorang Guru Penolong Kanan Hal Ehwal Murid di SMK Sanglang, Perlis.

"Kesan hasutan bini muda janda beranak tiga akibat terkena sihir. Selepas berkahwin dengan isteri muda, pertalian dengan anak hilang. Si bapa sudah menjadi seperti dikawal oleh si bini muda. Moga Allah memberi balasan yang setimpalnya pada si bini muda yang meruntuhkan pertalian darah daging," katanya.

Tampil pula seorang individu yang mendakwa kejadian itu berlaku pada saudaranya sendiri.

"Ayah kepada saudara saya telah berkahwin dengan isteri baru. Apa yang berlaku ialah ayahnya seolah-olah bukan dirinya yang dulu. Dia melupakan anak-anak dan ibu kandungnya sendiri. Tanggungjawab sebagai ayah dan anaknya juga telah diabaikan. Walaupun begitu, anak-anak selalu merinduinya.

"Mereka pergi ke rumah lama mereka untuk bertemu dengan ayah. Apa yang berlaku ialah si anak disambut dengan 3 simbahan air baldi oleh ayah, isteri baru dan anak-anak tirinya. Si anak menunggu untuk bertemu dengan ayah sambil membaca rukyah dan sehingga azan berkumandang.

"Tiba-tiba keluar perkataan 'Lada Ayah' di dinding rumah lama mereka yang kini didiami oleh ayah dan isteri mudanya. Jadi saya ingin tahu, apa maksud kejadian ini? Lada Ayah? Dari mana datangnya tulisan ini? Apa yang harus mereka lakukan? Hubungi saya untuk tindakan yang perlu kami ambil," kata Adam Haziq.

Video yang dimuat naik itu telah ditonton sebanyak 243,362 kali dan dikongsi sebanyak 8,460 di laman Facebook. - THEHYPEMEDIA.COM




1 comment:

Anonymous said...

Pada anak2 dan isteri... berdoalah dan patuh pd perintahNya dan solat jgn ditinggalkan. Solat itu perisai kita.... Amalkan berdoa sendiri dengan ayat2 al quran:

Surah yunus ayat 81-82
Surah al Araf ayat 118-121
Surah Taha ayat 69

Baca ayat2 ini bersama terjemahan. Terjemahan dapat memberi pemahaman dan motivasi  pada yang membacanya dan keyakinan pada kekuasaan Allah yang mengatasi sihir.

Yang penting juga dekatkan diri dengan AlQuran... amalkan baca quran setiap hari dgn terjemahan walaupun satu ayat. InshaAllah dengan kesabaran... Allah beri jalan keluar dengan caraNya.

 Saya kongsikan terjemahan ayat2 di atas... lihat betapa Allah beri jaminan sihir takkan menang...yg penting berdoalah dengan ayat2 ini disamping mengerjakan amal soleh yg lain.

semoga kita reda dan berlapang dada dengan setiap ujianNya.

Yūnus:81 - Setelah mereka campakkan (benda-benda itu), Nabi Musa berkata:" Apa yang kamu datangkan itu, itulah sihir; sesungguhnya Allah akan mendedahkan kepalsuannya (dengan mukjizat yang dikurniakanNya kepadaku); sesungguhnya Allah tidak akan menjayakan perbuatan orang-orang yang melakukan kerosakan.

Yūnus:82 - "Dan Allah juga sentiasa menetapkan perkara yang benar dengan kalimah-kalimah perintahNya, walaupun yang demikian dibenci oleh orang-orang yang melakukan dosa".

Al-'A`rāf:118 - Maka sabitlah kebenaran (mukjizat Nabi Musa), dan batalah (sihir) yang mereka telah lakukan.

Al-'A`rāf:119 - Oleh itu, kalahlah Firaun dan Ketua-ketua kaumnya di situ dan kembalilah mereka dengan keadaan yang hina.

Al-'A`rāf:120 - Dan (kemenangan Nabi Musa menjadikan) ahli-ahli sihir itu dengan sendirinya merebahkan diri mereka sujud,

Al-'A`rāf:121 - Sambil berkata: "Kami beriman kepada Tuhan sekalian alam.

Ţāhā:69 - "Dan campakkanlah apa yang ada di tangan kananmu, nescaya ia menelan segala (benda-benda sihir) yang mereka lakukan, kerana sesungguhnya apa yang mereka lakukan itu hanyalah tipu daya ahli sihir; sedang ahli sihir itu tidak akan beroleh kejayaan, di mana sahaja ia berada".

top