Selepas itu, pemandu terbabit terus bermain dengan brek di hadapan kereta dengan niat untuk melakukan provokasi dalam tempoh hampir 10 minit. Pemandu kereta itu juga merekod insiden itu, namun saya tidak faham apa tujuannya berbuat demikian kerana apa yang terjadi bukan berpunca dari saya atau mungkin dia melihat cermin depan kereta saya ada 'Dashcam' membuatkan dia risau jika saya menyebarkan insiden yang berlaku walaupun dia yang bersalah dan melanggar kereta saya.
Saya menghubungi 999 untuk memohon bantuan, tetapi hampir 1 jam menunggu di RTC, Peronda tidak jua muncul. Saya terus menghubungi talian hotline PLUS dan mereka menasihatkan saya agar teruskan perjalanan dan mereka akan memaklumkan perkara itu kepada peronda lebuhraya untuk memantau kenderaan itu. - Hafiz Aziz
Lokasi: Lebuhraya PLUS (Selatan - Utara) berhampiran EXIT Ipoh.
Tarikh: 29 November 2015.
Waktu: Lebih kurang pada jam 3.30 petang.
4 comments:
Setiap kali turun KL, mesti kena hon dari belakang dan setiap kali itu jugalah ia datang dari kereta berplet W. Makanya timbul persoalan kenapa suka main hon. Apakah plet atau pemandu yang mempunyai tabiaat suka bunyikan hon. Apa yang tak kena. Moh bincang.
Biasanya budaya pemandu asal Indonesia selalu hon atak klakson.
Sebenarnya awak ubah haluan tampa beri isarat.ubah hluan melulu..btol x
Ubah haluan cara melulu.tampa isarat..betol x
Post a Comment