Tuesday, December 15, 2015

LOW YAT 2: ISMAIL SABRI MENGELUH, KERANA NAK TOLONG MELAYU, DIA DIKECAM DAN DIHINA!!!



Pengecualian sewa selama enam bulan yang diberi kepada peniaga di Pusat ICT Majlis Amanah Rakyat (MARA) di Jalan Tunku Abdul Rahman (TAR) di sini, bertujuan membantu usahawan Melayu memulakan perniagaan. 

Menteri Kemajuan Luar Bandar dan Wilayah, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob, berkata langkah itu dibuat memandangkan tempat baharu biasanya memerlukan masa untuk dikenali dan maju. 

"Saya cuma nak kurangkan bebanan kepada penyewa sebab biasanya tempat baharu perlukan masa untuk dikenali dan maju. 

"Orang ini bimbang jika 'free rental' (tanpa sewa) peniaga akan turunkan harga dan sudah tentu beri saingan kepada peniaga di pusat beli belah lain. 

"Sepatutnya kita suka 'free rental' untuk bantu orang Melayu, tapi saya dihina dan dicerca kerana nak tolong Melayu," katanya menerusi entri di akaun Facebook rasminya, pagi ini. 

Ahli Parlimen Bera yang juga Ahli Majlis Tertinggi UMNO itu turut berharap inisiatif ini mendapat sokongan daripada usahawan serta masyarakat Melayu dan Bumiputera kerana ia memanfaatkan golongan sasar. 

Beliau turut mengharapkan sokongan masyarakat Melayu dan Bumiputera dalam memastikan kejayaan MARA Digital. 

"Saya tidak kisah kalau tak mahu sokong tapi jangan cuba gagalkan. "Perancangan saya untuk buka di seluruh negara bagi lahirkan lebih ramai usahawan Melayu dalam bidang IT (teknologi maklumat). Halangan dan rintangan tidak akan melemahkan semangat saya meneruskan usaha membela usahawan Melayu dan Bumiputera ini," katanya. 

Pusat ICT MARA yang dikenali sebagai MARA Digital bertempat di Jalan TAR, di sini dibuka secara rasmi minggu lalu, yang menjadi pemangkin kepada aktiviti perniagaan ICT khusus bagi usahawan Bumiputera. (SUMBER)

5 comments:

Anonymous said...

Yg hina tu sape..yg kecam tu sape.. yg terlebih mulut tu sape...kalau penyokong pakatan, bukan berbangsa melayu, tak herannnnnn...tapiiii kalau org tu ada sangkut paut ngan melayu...tu bukan bangsa melayu, tu namanya bangsa.....t

Datuk seri, teruskan perjuangan.. ramai melayu menyokong anda...

Anonymous said...

biasalah tu. saya boleh bagi ibarat di sini. dalam sebuah hutan, tentunya tinggal binatang2 seperti rusa, kijang, kancil, landak, seladang dan lain2 lagi. dalam kumpulan lain2 lagi tu mestilah ada yang bernama BABI HUTAN. memang la binatang ini selalu memberi masalah kepada binatang lain, tapi kewujudannya tidak boleh disangkal. jadi, biarlah BABI HUTAN itu wujud, jangan terlalu fikirkan sangat. biarkan BABI HUTAN itu buat kerja dia....

Anonymous said...

CANMNI BARU MENTERI....YANG LAIN TU KEJA DOK KIPAS, WAT KEJA BANGANG

Anonymous said...

kalau sambutan dari Ali dan Abu dapat dijelmakan dan perniagaan berdaya maju dan berdaya tahan, seterusnya sambutan dari Dapster2 akan datang dengan sendirinya.

usah takut persaingan dan usah memandang rendah upaya sendiri, namun paling utama dari semua itu adalah berbalik kepada pengusaha itu sendiri. kemahuan, semangat, kerajinan dan sikap harus ditransformasikan.

Anonymous said...

Hidupkan busana mara tu dulu. Jangan tutup awal sgt kedai2 kat situ. Paksa kedai2 tutup kul 10 mlm ambik tindakan denda bg yg tutup awal. Buat la mcm mall2 lain. Ni tak kul 8 tingkat2 atas byk dh tutup. Asal mlm je mati dah atas tu. Nasib baik ada mcd kat bawah meriah sikit. Dulu ada foodcourt pon bole tutup. Byk kedai2 kosong kat tingkat atas tutup bila tya mara semua dh ada owner tp spi sudah x buka2. Ada yg ckp kna tya ketua umno dulu... Pehal plk nk kena tya umno.. Bu red betul lah semua ni!!!

top