Social Icons

Pages

BULETIN 247

Tuesday, December 15, 2015

ADUN BAJU KOTAK, RAMBUT BELAH TENGAH DAN BERBINGKAI CERMIN MATA MURAH MINTA BANTUAN AGAR DIA TIDAK BERUBAH!!!



ADUN Sungai Panjang, Budiman Zohdi bukanlah nama besar dan tidak mempunyai banyak pangkat besar. Dia hanyalah seorang ADUN biasa, yang lebih banyak tersengih daripada menjuihkan bibir. Yang banyak berbaju kotak berbanding baju lengan panjang berkot dan bertali leher, berambut belah tengah dan dilumur minyak pekat berbanding berambut gaya fesyen terkini dan berbingkai cermin mata murah pekan Sungai Besar berbanding jenama-jenama mahal yang harganya mencecah ribuan ringgit.

Mengenalinya sebagai anak kampung, imej tersebut kekal lekat pada tubuh badannya walaupun dia menjadi 'jejaka yang direnung tajam' Hannah Yeoh kerana membangkitkan pelbagai isu termasuklah DEIG yang sehingga kini, terus senyap sunyi tidak terjawab, baik PKR apatah lagi DAP. Malahan DAP cuba mengelak dengan menyalahkan seratus peratus PKR dan Azmin Ali dalam isu tersebut meskipun faedahnya dibolot oleh DAP Selangor.

Berbanding wakil-wakil rakyat lain, Budiman Zohdi ternyata memiliki keperibadiannya yang tersendiri, terutama sekali dekatnya dia kepada masyarakat yang diwakili, bahkan masyarakat-masyarakat yang berjiran dengan DUNnya.

Pejabat khidmat masyarakatnya di pekan Sungai Besar adalah bukti nyata. Jadualnya yang bermula pada solat jemaah Subuh di masjid-masjid di sekitar Sungai Panjang, dan kemudian selesai bersolat, bersama-sama anggota jemaah bersarapan bersama-sama di kedai kampung. Dan kemudian berakhir dengan acara santai sembang-sembang selepas solat jemaah Isyak di mana-mana surau atau masjid juga di kawasan Sungai Panjang.

Melihat Budiman Zohdi berfungsi sebagai wakil rakyat, seolah-olah mengembalikan kita kepada cerita-cerita ideal tentang wakil rakyat yang kita harapkan. Walaupun tidak membawa beg besar berisi wang ringgit, walaupun tidak membawa suara-suara retorik dengan mengmpulkan orang ramai di tengah-tengah padang berceramah dengan suara berapi-api, namun Budiman Zohdi berjaya memahami dan menyelami masalah yang masyarakat amat rapat dengannya.

Mungkin sukar untuk mencari ADUN seperti Budiman Zohdi yang tidak memerlukan idea-idea retorik dengan nada berapi-api dan berusaha membuat pendedahan sana sini, menimbulkan cerita-cerita sensasi tentang politik nasional, sebaliknya menyelami masalah setempat bersesuaian dengan tugasnya selaku ADUN.

Alangkah baiknya jikalau Malaysia mempunyai lebih ramai wakil rakyat seperti Budiman Zohdi. Jumlah mereka terlalu kurang walaupun jumlah ADUN tidak pernah berkurangan di Malaysia. Nilai-nilai ADUN dan wakil rakyat yang mahu mengambil berat tentang masyarakat, semakin mengecil kerana masing-masing terlalu sibuk berpolitik sesama sendiri sehingga mereka terlupa tanggungjawab sebenar mereka adalah kepada masyarakat, bukan kepada parti politik yang diwakili mahupun pucuk pimpinan yang perlu dijilat-jilat sepertimana yang berlaku dalam PKR, DAP mahupun dalam UMNO sendiri.

Rakyat Malaysia dari hujung Padang Besar sehinggalah ke hujung Kudat memerlukan WAKIL-WAKIL RAKYAT untuk rakyat, bukannya WAKIL RAKYAT yang entah apa-apa!!!


No comments:

 
Blogger Templates