Friday, December 11, 2015

RAHMAN DAHLAN KESAL, MUHYIDDIN BUAT TUDUHAN GAMBARKAN NAJIB TIDAK TAAT KEPADA PERINTAH ALLAH!!!



Saya baru membaca kenyataan Timbalan Presiden UMNO, Tan Sri Muhyidin Yasin (TSMY) dalam Facebook beliau.

Saya kesal kerana TSMY gagal menghayati apa yang dituntut oleh perwakilan sepanjang perjalanan PAU yang sedang berlangsung sekarang ini.

Tidak dapat dinafikan bahawa perwakilan mahukan persengketaan antara kedua pemimpin atasan dihentikan dan jika ada apa apa yang perlu dibincang perlu menggunakan landasan yang betul.

Membuat kenyataan-kenyataan terbuka seperti dalam laman media sosial Facebook hanya memburukkan suasana.

Pada saya bila tuduhan itu melibatkan orang nombor satu dalam negara ianya dituntut untuk ditangani dengan lebih berhemah. Bayangkan jika tuduhan itu terbukti tidak berasas, sudah tentu kerosakan kepada integriti presiden dan parti tidak mungkin dapat diperbaiki. Sebab itulah ianya perlu ditangani melalui landasan yang betul bukannya melalui "Road Show" atau media sosial.

Sayangnya, TSMY terlepas satu peluang untuk memperbaiki hubungan beliau dengan Presiden. Peluang itu ditawarkan oleh presiden sewaktu ucapan dasar di mana presiden mengajak mana mana pihak untuk berbincang dalam landasan yang betul. Cadangan itu mendapat tepukan gemuruh dari perwakilan yang menandakan mereka mahu isu ini dihentikan.

Peluang untuk menjernihkan hubungan antara kedua dua pemimpin ini dimusnahkan oleh TSMY melalui laman sosial Facebook bila beliau hari ini menuduh Presiden tidak amanah, tidak jujur, tidak berintegriti dan bersih serta terlibat dalam perkara-perkara mungkar.


Malah TSMY menggambarkan presiden sebagai orang yang tidak taat kepada titah perintah Allah!

Masya-Allah ini adalah tuduhan-tuduhan yang amat serius yang dibuat tanpa memberikan bukti! Tuduhan tidak taat kepada perintah Allah amat berat sekali bagi seorang yang beragama Islam. Ini tuduhan melampaui batas.

Pertelingkahan dua pemimpin tertinggi parti bukan perkara enteng atau kecil. Ianya boleh melibatkan ketidakstabilan politik yang serius. Sebab itu MKT merasakan jika dibenarkan PAU ini dijadikan tempat untuk tuduh menuduh, ianya akan melemahkan parti. Perwakilan akan pulang bukan dengan semangat kekeluargaan dan perpaduan tetapi dengan perasaan saling syak wasangka.

Malang sekali bagi UMNO jika itu berlaku. (SUMBER)


8 comments:

Anonymous said...

Takkan rahman ni nak suruh orang semua ikut cara dia. Kalau dikaji, rahman ni hidup atas dasar lantikkan dari zaman pemuda lagi. Kebolehan dia hanyalah positioning yang hebat. Ada masa dulu bertanding di bahagian pun kalah. Tapi melalui skill positioning dia yg hebat di federal dan state, cita2 dia tercapai. Jadinya, sebagai org yg tak berapa ada substance, tak payahlah bagi komen kepada elder stateman yg jauh lebih berpengalaman. Nak bodek pun, berpada2.

Anonymous said...

Dahlan, sudah2 lah,engkau apa kurang!...macai tetap macai, suroh pembela Kao tu pergi bercuti sebagaimana yang tsmy cadangkan, dalam fahaman aku tentang halal haram senang saja, kalau niat nya salah, Allah taala akan tunjuk, aku nak tanya Kao,kalau lah perkara ini tak didedahkan, agak raayat dan ahli umno tidak akan tahu sehingga mati!so maksudnya pembela Kao tak amanah, mcm mana kalau tak amanah nak jadi presiden.bodohlah Kao nie Dahlan, dah lah aku tak respect dia lagi dan Kao juga.

Anonymous said...

Nak kata taat macam mana?
bini pun tak tutp aurat
aku tengok wanita dan puteri dan entah apa apa laginama geng hawa ini majoriti dah pandai bertudung menutup rambut walaupun tutp aurat masih tak sempurna lagi, bahkan budak sekolah yang masih anak kecil pun dah pandi membiasakan diri mentaati perintah Allah ,, tapi yang junjung sarang tabuan ini degil dan sombong semacam..

nampak muhyiddin jauh lebih baik dari najib dalam banyak serbi, tidak kekok untuk mengimami solat dan bacaan jaharnya sangat baik dan sempurna,,bini pon sopan

Aku harap Tuan Guru Presiden PAS dapat memenafaatkan TSMY ...

Anonymous said...

Jawapan tiada sudah buat tuduhan. Cakap berlandaskan agama bertuhankan Allah s.n.w. Kata tidak di beritahu tetapi tindakan telah di rencana, berpijaklah dibumi yang nyata. Sesungguhnya kekuasaan Allah itu melangkaui kebijaksanaan manusia. Kepada TSMY patah tumbuh hilang berganti, jangan kerana ingin menjadi jaguh menang sorak kampung tergadai, sudah sudahlah.

Anonymous said...

Timur tengah bergolak bukan kerana kurang demokrasi tetapi kurang kesetabilan. Kestabilan tidak datang bergolek tetapi perlu ditarik datang dengan usaha yang gigih berterusan. Selebihnya kestabilan harus bermula dari rumah atau dari bawah dan harus melata. Makanya kalau satu rumah tidak stabil, rumah berdekatan mungkin tidak stabil. Kalau akar tidak stabil pucuk mungkin tidak stabil dan begitu juga sebaliknya.

Anonymous said...

REDHA KAT MULUT...DALAM HATI MASIH KUCIWA.
DAH LA DIN...TUHAN TU LAGI MAHA MENGETAHUI KENAPA KO DITARIK PANGKATNYA. KATA ORANG WARAK. REDHA JER LA....

Anonymous said...

Sebelum kita suruh orang lain, kita buat dulu.
Kalau diri sendiri tak ikut perintah Allah macam mana orang lain nak ikut?
Contoh Dato Harun Din. Walau pun berlainan parti, tapi masih dihormati kerana sifatnya. Kecuali yang memang sifat munafik.

Anonymous said...

Kita kene ditch away ketua yang berbohong kpd kite.
Kenape nak simpan.
Allah kata jgn taat kpd ketua yg jahat.
Kat Tadika dulu kite ada belajor.

top