Social Icons

Pages

BULETIN 247

Friday, December 11, 2015

PENDAPAT BIJAK MENTERI KPDNKK... TINGKATKAN KENAIKAN GAJI BERBANDING TURUNKAN HARGA BARANGAN!!!



Setelah sekian lama, barangkali inilah pendapat paling 'bijak' yang berjaya dihasilkan oleh KPDNKK menerusi menterinya.

"Kerajaan perlu fokus kepada kenaikan gaji berbanding menurunkan harga."

Seperti yang ditulis sebelum ini, menentang kenaikan harga atau mengekalkan harga pada paras terendah merupakan perkara paling tidak munasabah. Samalah seperti sodomi di Malaysia.

Dalam sejarah Malaysia sepanjang dekad atau tahun, kenaikan harga tidak wujud. Malah tiada sebuah negara pun di dunia ini, termasuklah negara paling miskin dan paling papa pun, kenaikan harga tidak berlaku.

Kita mahukan pembangunan negara ini dan selama-lamanya kita mahu menikmati harga murah?

Memberikan tumpuan kepada pertumbuhan pendapat dan standard of living jauh lebih penting dan realistik kecuali sekiranya kita mahu terus kekal sebagai negara membangun Dunia Ketiga yang mana kita biasanya lawati semasa musim percutian kerana harga yang lebih rendah.

Peningkatan harga antara lain adalah disebabkan oleh peningkatan permintaan. Sekiranya tiada permintaan, harga tidak akan meningkat dan para peniaga terpaksa menurunkan harga sehinggalah wujudnya permintaan.

Itu adalah ekonomi asas yang perlu difahami.

Menteri Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan, Hamzah Zainuddin berkata, kos hidup yang lebih tinggi tidak dapat dielakkan.

"Ia sukar dielakkan. Sekiranya negara ini mahu terus menjadi negara membangun, kita perlu ada infrastruktur yang lebih maju dan baik. Jadi, sudah tentu terdapat kaedah untuk mengimbangi kehidupan yang lebih baik dengan harga barangan yang akan terus meningkat," katanya.

Hamzah telah diminta untuk memberikan komen berhubung ucapan beberapa orang delegasi yang menyentuh tentang kenaikan harga barangan dalam Perhimpunan Agung UMNO.

Hamzah berkata, kerajaan memberi fokus kepada kenaikan pendapatan berbanding mengurangkan harga.

"Terdapat perbezaan antara harga barangan dengan inisiatif untuk memperolehi pendapatan tinggi," katanya.

Menteri tersebut seterusnya mendakwa, kuasa untuk mengurangkan atau menurunkan harga barangan dan produk tidak bergantung kepada kerajaan.

Hamzah turut ditanya tentang tuntutan Ketua Pemuda UMNO Malaysia, Khairy Jamaluddin bahawa parti dan kerajaan perlu menghentikan kenaikan harga barangan dan perkhidmatan.

Menurut Hamzah, dia faham apabila rakyat merintih kepada kerajaan tentang kenaikan harga barangan.

"Tetapi anda juga harus ingat dan faham, kementerian saya tidak menjaga secara langsung selepas pelbagai perkara diperkenalkan di negara ini."

Hamzah bagaimanapun menegaskan bahawa dia akan membincangkan dengan pihak-pihak terbabit bagi memastikan sebarang kenaikan harga perlu mendapat kelulusan kementeriannya terlebih dahulu. (SUMBER)

LIM SIAN SEE



4 comments:

Anonymous said...

Kalau tak makan gaji macamana.....pak Cik noreh getah Dan harga getah pun gomen tak naikkan ...camna tu pak menteri?

Anonymous said...

Aku tgk cite p.ramlee minum kopi secawan baru 5 SEN???
skrg sekopi secawan RM 1.20, kenaikkan 2400%, GILA BABI.
Nak tahu juga ade tak negara yg harganya makin lama makin turun, aku nk pindah la ke negara tu.
Yg aku tau negara akhirat SEMUA FREE, terpulang dpt mkn api ke air.

Unknown said...

Trend nya...Gaji Naik,Barang Naik...

Anonymous said...

Bodoh.
Naik gaji harga barang akan naik lagi.
Gomen tak leh kontrol bisnesmen.

 
Blogger Templates