Wednesday, March 23, 2016

ABDUL RAHMAN DAHLAN HERO DEWAN RAKYAT MALAM INI SEHINGGA MEMBUATKAN BLOK PEMBANGKANG KOSONG KECUALI MUJAHID DAN SAM KETOT!!!



Bagi sesiapa yang mengikuti siaran langsung Sidang Dewan Rakyat di SINI, sudah pasti tahu apa yang telah berlaku ketika Menteri Perumahan dan Kerajaan Tempatan, Abdul Rahman Dahlan cuba membuat penggulungan. Selama lebih 40 minit, dia bukan sahaja diganggu, bahkan umpanan Abdul Rahman Dahlan untuk Lim Guan Eng menjawab tentang tanah Taman Manggis Fasa II yang telah dijual oleh Kerajaan Negeri Pulau Pinang kepada sebuah syarikat, KLIDC dan kemudian KLIDC pula tidak berminat untuk memajukan tanah tersebut serta cuba menjual pula tanah berkenaan kepada pihak-pihak lain, juga berjaya dikekang apabila Lim Guan Eng dan kawan-kawannya dihalau keluar dari Dewan.

Dalam babak kedua, Ngeh Kor Ham cuba menimbulkan persoalan baru tetapi kemudian memilih angkat kaki apabila jawapan-jawapan daripada Abdul Rahman Dahlan, Noh Omar bahkan Ahli Parlimen Simpang Renggam bagaikan tukul besi yang menghentak kepalanya. Ngeh Kor Ham cuba mencabar Abdul Rahman mengulangi pendedahannya bahawa KLIDC tidak berminat untuk memajukan tanah Taman Manggis Fasa II sebaliknya lebih berminat untuk menjualnya kepada pihak asing, termasuklah kepada sebuah syarikat yang didaftarkan di Samoa.

Sepanjang provokasi yang dilakukan oleh Lim Guan Eng bersama-sama Kashturi Patto dan Gobind Singh Deo dan sesekali dicelah oleh Hanipa Maidin yang berlagak seperti budak-budak, Abdul Rahman Dahlan jelas sangat tenang dan hanya tersenyum. Butiran dua dokumen yang cuba dibacanya, berulang-ulang kali dihalang oleh jerit pekik Lim Guan Eng, Gobind Singh dan Kashturi Patto.

Akhirnya kedua-dua dokumen tersebut dibacakan dan ternyata, tidak bersalahan sama sekali tindakan Lim Guan Eng, Gobind Singh Deo dan Kashturi Patto kerana isi kandungan dokumen tersebut, jelas membuktikan yang Kerajaan Negeri Pulau Pinang di bawah DAP-Guan Eng sememangnya penipu.

Mujahid Yusof yang merupakan antara dua Ahli Parlimen Pakatan yang masih tinggal (seorang lagi Sam Ketot), cuba memerangkap Abdul Rahman Dahlan dengan cerita kononnya Kerajaan Negeri Pulau Pinang telah pun menggantikan tanah di Taman Manggis Fasa II dengan sebidang tanah yang lebih luas di Jalan Chelliah.

Bagaimanapun Ahli Parlimen Tasek Gelugor, Shabudin Yahaya segera memperbetulkan fakta songsang Mujahid Yusof dengan mendedahkan bahawa tanah di Jalan Chelliah itu sememangnya telah diperuntukkan oleh Kerajaan Negeri Pulau Pinang pada era Barisan Nasional lagi, bukannya selepas DAP mengambilalih.

Bera muka Mujahid Yusof dengan jawapan tersebut.

Apa-apa pun, malam ini, Abdul Rahman Dahlan tidak sahaja berjaya memerangkap Lim Guan Eng untuk membodohkan diri sendiri, bahkan untuk mendedahkan bahawa DAP tidak pernah mempunyai perancangan untuk rakyat marhein melainkan untuk syarikat-syarikat kroni dengan berselindung di sebalik nama rakyat.

Sesuatu yang cuba disorokkan oleh Lim Guan Eng sehingga terpaksa mencari helah, melakukan provokasi dan menggunakan helah lapok agar dihalau keluar dari Dewan dan kemudian cuba mendapatkan simpati dengan mengadakan sidang media.

Bravo Abdul Rahman Dahlan!!!


2 comments:

Anonymous said...

Kalau tak menipu bukan DAP nama nyer...melayu2 pkr/pan tu sebagai pecacai jer...

ar napiah abdul razak said...

dasar anak penipu

top