Wednesday, March 16, 2016

AHLI-AHLI PARLIMEN DAP KECOH APABILA ABDUL RAHMAN DAHLAN PECAHKAN DAN LABELKAN LIM GUAN ENG SEBAGAI PEMBOHONG DALAM ISU RUMAH MAMPU MILIK!!!


video

Abdul Rahman Dahlan yang merupakan Menteri Perumahan, Kesejahteraan Bandar dan Kerajaan Tempatan berterus-terang bahawa Ketua Menteri Pulau Pinang merangkap Ahli Parlimen Bagan adalah seorang pembohong apabila menyatakan Kerajaan Persekutuan dan bukannya Kerajaan Negeri yang telah menetapkan harga rumah mampu milik pada harga RM400,000.

Kata Abdul Rahman, Kerajaan Persekutuan tidak pernah menetapkan harga rumah mampu milik sebanyak RM400,000 seunit sebagaimana yang dibohongkan oleh Lim Guan Eng. Sebaliknya harga maksimum rumah mampu milik di Pulau Pinang ditetapkan sendiri oleh Kerajaan Negeri Pulau Pinang. 

Orang ramai khususnya yang berbangsa Cina dan Melayu hamlau, amat mudah percaya dengan pembohongan Lim Guan Eng. Ini terbukti daripada reaksi yang ditunjukkan di dalam media-media sosial seperti Facebook apabila mereka menyalahkan Kerajaan Pusat, sedangkan Kerajaan Pusat langsung tidak terlibat dan kenyataan yang dikeluarkan oleh Lim Guan Eng itu hanyalah satu pembohongan dan penipuan semata-mata. 

Lim Guan Eng sememangnya terkenal dengan pembohongan dan penipuan serta seringkali menyalahkan orang lain bagi mengelakkan dia dikecam. Seringkali apabila dia sudah terkantoi besar, dia akan menyalahkan Kerajaan Barisan Nasional terdahulu, kalau tidak pun UMNO.

Ternyata, apabila terkantoi menipu begitu, macai-macai Lim Guan Eng yang berada di Parlimen serta-merta bangun mempertahankan Lim Guan Eng malah cuba memaksa Abdul Rahman Dahlan menarik kembali label 'PEMBOHONG' yang diberikan kepada Lim Guan Eng, walaupun ternyata Lim Guan Eng adalah seorang pembohong.


Kashturi Patto (DAP-Batu Kawan) yang turut menyertai acara pemaksaan ke atas Abdul Rahman Dahlan selain cuba membela pembohongan Lim Guan Eng, turut bertanya, mengapa hanya Pulau Pinang yang menjadi sasaran Abdul Rahman Dahlan, sedangkan banyak Ketua Menteri dan Menteri Besar lain di Malaysia. 

Jawapan sinis Abdul Rahman Dahlan sememangnya PALING SEDAP DIDENGAR HARI INI...

"Kerana Menteri-Menteri Besar dan Ketua-Ketua Menteri (lain) tidak seperti Bagan yang kuat berbohong!"

Sepatutnya ada beberapa orang Abdul Rahman Dahlan yang berani menggunakan KEKEBALAN PARLIMEN untuk menyesah Lim Guan Eng dan DAP yang sentiasa berbohong dalam segala hal, termasuklah tentang wang derma politik mereka sendiri. Sedangakan DAP sudah lama menggunakan keistimewaan itu dengan sebebas-bebasnya.


1 comment:

Anonymous said...

jgn komen bnyk2 lge tu nanti ketua pan marah

top