Social Icons

Pages

BULETIN 247

Wednesday, March 16, 2016

PEMBELAAN DAN PEMBOHONGAN LIM KIT SIANG, MENJELASKAN KEHADIRAN DUA WARTAWAN BIADAP AUSTRALIA, ADA HUBUNG KAIT DENGAN DAP!!!



Kerjasama erat yang ditunjukkan oleh Lim Kit Siang dan portal berita kaki putarbelit, Malaysiakini dalam isu dua orang wartawan dan jurukamera Australia yang ditahan oleh pihak polis dan kemudian dihalau keluar dari negara ini, tidak menghairankan langsung.

Apa-apa sahaja yang menentang negara ini, melanggar undang-undang oleh pihak asing, akan mendapat sokongan penuh daripada Lm Kit Siang dan Malaysiakini. Manakala yang menyokong kerajaan atau membela individu seperti Najib Abdul Razak pula, akan segera difitnah oleh Lim Kit Siang dan Malaysiakini sebagai 'telah dibayar' dan 'telah dirasuah' seperti yang berlaku kepada Menteri Luar Arab Saudi.

Jadi, apabila Lim Kit Siang bersungguh-sungguh menipu menerusi pembelaannya ke atas sikap biadap wartawan ABC, Louis Besser dan jurukamera, Louie Oraglu, ia langsung tidak menghairankan kerana kecenderungan Lim Kit Siang adalah berbohong sepertimana yang diwariskan kepada anaknya, Lim Guan Eng sambil beharap, bukti-bukti yang akan menyanggah pembohongannya akan ditolak lebih awal.

Klip video yang dirakamkan pada malam kejadian, amat berbeza daripada kepercayaan dan doktrin pembohongan yang cuba ditanam oleh Lim Kit Siang.


Di dalam klip video itu, memang jelas Louis Besser memang melanggar anggota-anggota polis yang membentuk barisan kawalan ke atas Perdana Menteri. Wartawan Australia itu memang tidak beradab manakala Lim Kit SIang pula tidak berada di tempat kejadian dan hanya bergantung kepada cerita-cerita yang menyedapkan telinganya. 

Itu sebablah untuk menguatkan hujahnya, Lim Kit Siang menerawang merata-rata, memetik tajuk-tajuk berita pada media-media antarabangsa yang dirasakannya akan menyelamatkan dan mengukuhkan hujahnya. (RUJUK DI SINI)

Semenjak bila pula media-media yang dipetik dan dijadikan sandarannya itu, memberikan publisiti positif kepada Malaysia dan para pemimpinnya? Dari zaman Mahathir lagi, kebanyakan media yang dirujuknya itu, lebih banyak mempromosikan kebencian ke atas Malaysia dan kepimpinannya. Tetapi orang seperti Lim Kit Sianglah yang banyak menyalurkan berita-berita negatif itu kepada pihak asing untuk dipublisitikan dan DAP menikmatinya.

Bukankah itu kerja DAP dan Lim Kit Siang sepanjang Mahathir sebagai Perdana Menteri sehingga Mahathir pernah bercakap tentang penggubalan undang-undang untuk dikuatkuasakan ke atas individu-individu yang memburuk-burukkan negara dan kepimpinan negara di negara asing?



Lim Kit Siang bercakap tentang kebebasan media. Apa yang dimaksudkannya dengan kebebasan media? Boleh berbuat apa-apa sahaja walaupun yang datang itu sebenarnya adalah pembunuh upahan yang menyamar sebagai wartawan dan pihak berkuasa pula tidak boleh mengambil sebarang langkah-langkah pencegahan biarpun mereka menunjukkan sikap agresif yang tidak mungkin akan mereka lakukan di Amerika Syarikat atau di China?

Kalau benar Lim Kit Siang dan DAP hebat sangat membela kebebasan media, mengapa maki hamun Anwar Ibrahim dahulu kepada wartawan tempatan yang menanyakan soalan bahkan diancam saman sampai muflis dengan label sebagai 'PERKAKAS UMNO' tidak pernah ditempelak atau ditegur?

Apakah hanya kerana ini melibatkan Presiden UMNO dan Najib Abdul Razak, maka Lim Kit Siang mahu kebebasan media, tetapi apabila melibatkan anak lelakinya yang menjadi Ketua Menteri Pulau Pinang, dan Anwar Ibrahim, maka para wartawan memerlukan adab dan etika yang perlu dipatuhi?

Patutlah nyawanya masih panjang...



1 comment:

Anonymous said...

muka sebijik muka yahudi
mossad agent lah tu.. jelas!

 
Blogger Templates