Saturday, March 12, 2016

CFO CABAR PENYEMBAH TEGAR MAHATHIR JAWAB ISU FITNAH TABUNG HAJI RUGI KERANA PELABURAN DALAM SPAC!!!



Seorang Netizen yang dikenali ramai terutama selepas Rafizi Ramli, Tony Pua dan yang terbaharu, Pendebat Terbaik Asia tiga kali berturut-turut yang juga merupakan penyembah Dr. Mahathir bernama Syed Syaddiq terpaksa menyekatnya dan enggan berkomunikasi atau berdebat dengannya dalam isu-isu yang mereka sendiri timbulkan.

Netizen tersebut adalah AZMI ARSYAD, seorang CFO yang kali pertama muncul dan dikenali ketika dia menjawab tohmahan Wan Ahmad Fahysal, admin laman FB Saya Sayang Tun Dr. Mahathir Mohamad (SSTDMM), yang didakwa bekerja di Unit Peneraju Agenda Bumiputera dan sebelum itu bertugas di Petroliam Nasional Berhad (Petronas). 

Beberapa laporan polis sebelum ini telah dibuat ke atas Wan Ahmad Fayhsal kerana tohmahan dan fitnah yang dibuatnya menerusi Facebook, tetapi sehingga kini tiada sebarang tindakan diambil terhadapnya. 

AZMI ARSHAD sekali lagi melontarkan cabaran kepada Wan Ahmad Fayhsal untuk menjawab tuduhannya sendiri secara terbuka di Facebook. 

Berikut adalah terjemahan daripada posting yang dibuat oleh Azmi Arshad di laman Facebooknya:


PERMINTAAN KEPADA WAN AHMAD FAYHSAL (ADMIN SSTDMM) UNTUK MENDEDAHKAN BERAPA BANYAK KERUGIAN YANG AKAN DITANGGUNG OLEH TABUNG HAJI KERANA PELABURAN DALAM SPAC

Salah seorang Melayu busuk hati yang menfitnah Tabung Haji adalah Wan Ahmad Fayhsal, admi SSTDMM. Dia mempromosikan pembohongan dan putar belit Rafizi, Ganesh Sahathevan (dan juga pandangan-pandangan jahat Dr. Mujahid Yusof Rawa dan Salahuddin Ayub dari Parti Amanah) dan menjalankan peranannya untuk meyakinkan orang awam bahawa Tabung Haji berhadapan dengan masalah kewangan. Dia secara terang dan nyata, mengkagumi Rafizi dan Ganesh Sahathean kerana pengetahuan mereka dalam bidang kewangan dan menggesa para pengikutnya agar mempercayai mereka. 

Kini, Wan Ahmad Fayhsal sekali lagi cuba menipu orang ramai untuk mempercayai yang para pendeposit Tabung Haji akan kehilangan wang mereka kerana pelaburan Tabung Haji di dalam Reach Energy Berhad, sebuah syarikat pemgambilalihan khas minyak dan gas (SPAC) yang disenarikan di Papan Utama Bursa. Semuanya dilakukan kerana niat jahat, dengki dan khianat.

Saya hanya tahu tentang posting tersebut apabila pengikut tegarnya Rosli Simons Rashid 'tagged' saya. Saya kemudianya segera mencabar Wan Ahmad Fayhsal untuk menunjukkan dan membuktikan bagaimana Tabung Haji boleh rugi dalam pelaburan. Sehingga kini dia tidak memberi maklumbalas. Tidak menghairankan kerana itulah Wan Ahmad Fayhsal sebenarnya, bersikap pengecut - baling batu sembunyi tangan. Sesiapa yang tahu sejarah antara saya dengan dia, Wan Ahmad Fayhsal seringkali lari daripada membicarakan tentang 1MDB selepas melemparkan tuduhan. Dia merupakan salah seorang yang mempunyai perangai terkeji yang pernah saya jumpa, terutama dengan serangannya, pembohongannya, hipokrasinya dan sikap pengecutnya.  

Sekurang-kurangnya Rafizi berusaha juga untuk menyokong dakwaannya dengan hujah-hujah dan analisisnya sendiri, sekalipun mengarut dan salah. Wan Ahmad Fayhsal bagaimanapun, hanya pandai berbohong dan bersembunyi apabila dia dicabar untuk mempertahankan semua tuduhannya walaupun di laman FBnya sendiri. Dia mengamalkan gaya, tembak dan lari. Wan Ahmad Fayhsal hampir menyerupai Rafizi apabila dia telah menyekat ramai orang yang telah mengkritiknya kerana pembohongan dan putar belitnya atau bertanyakan soalan yang mudah. Dia juga menyekat sesiapa sahaja yang menyukai komen-komen saya di laman FBnya. Berbanding Rafizi, Wan Ahmad Fayhsal jauh lebih teruk, tidak cekap dan tenggelam punca dalam bidang kewangan dan perakaunan, dan tidak dinyatakan juga, jauh lebih pengecut!

Berhubung dengan ghibah terhadap Tabung Haji, Reach Energy dan diri saya sendiri, Wan Ahmad Fahysal ternyata jahil terhadap dua faktor kritikal: 


(i) Pengambilalihan ini memerlukan penilaian oleh jurunilai bebas serta kelulusan oleh Suruhanjaya Sekuriti - jika aset adalah terlebih nilai, pengambilalihan itu tidak akan diluluskan jika harga tidak dikurangkan, dan 

( ii) Jika pemerolehan tidak boleh dilakukan, Tabung Haji dan pelabur utama lain turut dilindungi oleh wang yang dipegang dalam akaun amanah Islam yang hanya boleh digunakan untuk pengambilalihan kelayakan atau dibayar balik kepada pelabur. 

Saya telah ajar Wan Ahmad Fahysal mengenai perkara ini sebelum ini (RUJUK SINI)

Saya ingin meminta pertolongan daripada sesiapa sahaja. Saya tahu ramai anda telah disekat oleh Wan Ahmad Fayhsal tetapi mereka yang tidak disekat, bolehkah anda memasuki tulisannya dan bertanyakan kepadanya untuk memberitahu kita, berapa banyakkah kerugian Tabung Haji yang difikirkannya berlaku akibat pelaburan dalam Reach Energy. Saya sudah pun mencabarnya untuk menunjukkan angka-angkanya tetapi seperti biasa, dia tidak mempedulikan saya. 

Sekiranya, dia tidak dapat memberikan angka-angkanya, bolehlah semua orang melihat pembohongan dan kejahilan dalam bidang kewangan serta pengecutnya Wan Ahmad Fayhsal. Sekiranya dia menjawab dan memberikan kepada kita angka-angka tersebut, saya akan menjadikannya sebagai sarapan. 

Pautan kepada posting Wan Ahmad Fayhsal:

AZMI ARSHAD

A few posts on Wan Ahmad Fahysal:
Blocked, unblocked, unfriended by WAF:https://www.facebook.com/azmi929/posts/872977246156413
Police report made on WAF:https://www.facebook.com/azmi929/posts/864857740301697
WAF is schooled by Lim Sian See and Daniel Goh in economics: https://www.facebook.com/azmi929/posts/864516097002528WAF is schooled on SRC’s debt raising:https://www.facebook.com/azmi929/posts/839177039536434


2 comments:

Anonymous said...

Kes Wan Ahmad Fayshal ni sama seperti kes Syed Saddiq: di mana keyakinan tentang kebagusan dirinya melebihi keupayaan diri yang sedia ada untuk menganalisa situasi . Kepercayaan bahawa masing2 mereka ini ada bintang yang bersinar menggerhanakan hakikat bahawa kemampuan mereka untuk berfikir secara rasional memang sebenarnya NOL, ditambah lagi dengan umur yang orang puteh kata "too early too soon". Untuk pengetahuan kedua-dua adik saya tersebut ini, ingin diperingatkan bahawa memang terdapat ramai "enfant terrible" dalam sejarah dunia ini yang menjadi penggoncang dunia walaupun sejak waktu muda lagi. Tapi percayalah bila kita katakan: tak seorangpun antara kamu berdua mempunyai ciri-ciri taraf "enfant terrible" ini. Jadi dinasihatkan di sini, sebelum adik-adik berdua menjadi mangsa kepada persepsi yang songsang dan kepercayaan kepada diri sendiri yang ralat dan perasan, baiklah adik-adik berdua lajakkan perahu ke belakang dan pikir apa yang kamu berdua sedang lakukan.

Dan bila kita tengok adik-adik ni mula bermain dengan Ambeeganya, dengan Tony Puanya, dan menjadikan sumber-sumber seperti WSJ, hatta Malaysian Insider sekalipun (yang sedang beruja mengangkat kamu semua sebagai wira), maka terus kita iqtiqadkan kepercayaan dalam diri kita bahawa sebenarnya hangpa berdua ni tak tahu apa yang hangpa berdua sedang lakukan. Tak sedar itu satu hal: tapi tak tahu? Itu lebih memerbahayakan! Kamu tak SEDAR dengan iblis mana yang kamu tanda-tangani MOU dan kamu tak TAHU apa yang mal'un-mal'un ini semua beriktiqad dalam sanubari mereka.

Kita terpaksa menulis begini kerana satu pihak sibuk untuk mempergunakan selfie diri bersama-sama LGBT pembenci kerajaan seolah-olah aset muka comel itu disangkanya lebih bermarkah dari tahap intellek yang matang. Sementara seorang lagi ni pulak sibuk menulis petikan dari buku-buku tebal yang di "imbas"nya seolah-olah memberi gambaran dianya telah menyerap segala karya para ilmuwan dunia. Samada itu yang menjadi umpan pengikutnya, ataupun mungkin beberapa perbendaharaan kata bahasa lain yang bunyinya canggih, yang bermaksud untuk menekankan impressi dan menakutkan lawan dan bukannya untuk memberi penerangan atau menjelaskan kekeliruan.

Dan inilah, tuan-tuan semua, TAHAP graduan muda kita dewasa ini. Lebih isi dari kuah, lebih perasan dari kebenaran.

Juliana

Anonymous said...

Indeed.

Salwa Safe

top