Dengan segala macam peruntukan, pembangunan mahupun kempen agama setiap masa demi kemantapan iman mahupun mempergunakan agama untuk pelbagai tujuan lain termasuklah politik, sepatutnya rakyat Malaysia di mana-mana sahaja mampu menjadi manusia beragama yang lebih baik, malah jauh lebih baik berbanding tempat asal agama-agama besar yang wujud di Malaysia.
Tetapi itu tidak berlaku...
Walaupun rakyat Malaysia beragama Islam sekarang ini cukup alergik dan cukup peka dengan aurat orang lain, terutama sekali wanita, malah boleh pula menjatuhkan hukum kepada orang lain berdasarkan fatwa ustaz-ustaz yang menjadi ikutan, namun dalam bab mengambil kesempatan untuk mencuri, nampaknya kesedaran melampau seperti tentang aurat, tidak begitu dititikberatkan.
Kejadian tersebut kali pertama dimuatnaik oleh Mohamad Fariduddin di laman kumpulan Truckers & Snaper (Malaysia Brand) yang kemudian diulas oleh seorang pengguna Facebook, Iella Cahaya KurniaMu dengan mendakwa orang ramai mengambil barangan tersebut setelah diberikan izin oleh pemandu atas alasan stok berkenaan sudah rosak dan telah diinsurankan.
"Tidak
Menurut Ong lagi, pada ketika pemandu dan kelindan lori malang itu terbalik, orang ramai terus merompak tanpa rasa bersalah walaupun beberapa orang polis trafik tiba untuk mengawal lalu lintas dan melarang orang ramai daripada berbuat demikian.
Dia turut menafikan pemandu dan kelindan lori malang itu telah memberi kebenaran kepada orang ramai untuk mengambil barangan berkenaan kerana mereka cedera teruk dan pengsan akibat kemalangan sebelum dibawa ke hospital. Malah dia turut menafikan dakwaan segelintir pengguna laman sosial bahawa barangan yang jatuh itu telah diinsurankan dan akan diberikan ganti rugi.
"Jika pelanggan kami mempunyai insuran, mungkin mereka boleh mndapatkan sedikit ganti rugi. Jika tiada, maka kami terpaksa bertanggungjawab untuk menggantikan kerugian tersebut," kata Ong lagi.
2 comments:
Apa bezanya dengan Ustaz2 glamour yang menjadi pujaan ramai?
Ceramah berapi sana-sini?
Orang Melayu tak bersatu juga, mengumpat makanan suji, menghina, fitnah mengadu domba?
Ada yang sangat tak kena.
Surah Al-Humazah paling kurang ditafsir. Sebab? Ustaz2 juga ramai yang PENGUMPAT.
Hadith supaya jangan memberontak dan mesti hormat pemimpin Negara, lagi disorokkan, sebab? Ustaz juga kaki pemberontak!!
Tidak semua Ustaz, siapa yang makan cili merekalah yang terasa...
Saya banyak dengar TV Hijrah je,kerana ustdan uszah nya terpaksa lebih berhati-hati sebelum mengeluarkan sesuatu pandangan,tak boleh hentam kromo ikut nafus sendiri atau ikut pihak mana yg mahu di hentam atau mahu di sokong.
Post a Comment