Tuesday, March 22, 2016

KITA BANDINGKAN PRESTASI SPRM APABILA BERDEPAN KES MEMBABITKAN GUAN ENG DENGAN KES NAJIB ABDUL RAZAK!!!



Berikut adalah sebagai perbandingan... untuk kita-kita sahaja...

KES MEMBABITKAN NAJIB ABDUL RAZAK: 

3 JULAI 2015: Wall Street Journal mendedahkan Najib Abdul Razak memiliki RM2.6 bilion dalam akaun peribadinya. 

3 JULAI 2015: Special Task Force telah dibentuk dan mereka telah menyerbu tiga buah syarikat yang didedahkan oleh Wall Street Journal iaitu SRC, Mentari dan Ihsan Perdana. 

6 JULAI 2015: 6 akaun bank dibekukan. 

JUMLAH MASA UNTUK MEMBENTUK SPECIAL TASK FORCE, SERBUAN KE ATAS TIGA SYARIKAT DAN PEMBEKUAN ENAM AKAUN BANK ADALAH 3 HARI


KES MEMBABITKAN LIM GUAN ENG:

17 MAC 2016: Pendedahan tentang kemungkinan Lim Guan Eng menyalahgunakan kedudukan dan kuasa sebagai Ketua Menteri Pulau Pinang merangkap Exco Tanah, telah didedahkan di Parlimen. 

19 MAC 2016: SPRM hanya mengeluarkan kenyataan yang mereka akan membuka fail siasatan sebaik-baik sahaja laporan diterima,

22 MAC 2016: Tidak dapat dipastikan sama ada SPRM telah membuka fail atau tidak di sebalik khabar-khabar angin yang mengatakan SPRM telah memulakan 'lawatan.'

JUMLAH MASA YANG DIAMBIL OLEH SPRM ADALAH 5 HARI DAN MASIH BELUM ADA TANDA-TANDA TINDAKAN LAIN. 


2 comments:

Anonymous said...

Perbandingan ini penting Admin...teruskan memantau tebiat SPRM ..

Anonymous said...

harap sprm tak pilih bulu.

top