Malaysiakini menerusi KiniTV telah menyiarkan klip video yang deskripsinya adalah seperti berikut:
Satu rakaman yang didakwa daripada kalangan pemuda Umno negeri Selangor mendesak Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak dan Timbalan Perdana Menteri Datuk Seri Zahid Hamidi melepaskan jawatan kini viral di laman sosial. Rakaman tersebut dipercayai berlaku ketika satu mesyuarat pada hujung minggu lalu. Di dalam rakaman tersebut jelas terdengar laungan rasuah!... rasuah!
Bagaimanapun, fitnah yang cuba diutarakan oleh Malaysiakini tidak berhasil. Video berkenaan adalah video kitar semula pada tahun 2009 yang tidak ada kena mengena langsung dengan DS Mohd Najib Tun Razak mahupun DA Ahmad Zahidi.
Pergerakan Pemuda UMNO Selangor telah pun membuat laporan polis di IPK Selangor kerana fitnah tersebut. The Selangor Chronicle pula menjelaskan bahawa fitnah tersebut merupakan sinambungan daripada gambar-gambar yang telah disiarkan menerusi Facebook oleh pihak tidak bertanggungjawab dan gambar-gambar tersebut dirakamkan pada tahun 2009, telah digunakan untuk menimbulkan persepsi negatif ke atas Presiden dan Timbalan Perdana Menteri walaupun sebenarnya langsung tidak berkaitan.
Nampaknya, peguam-peguam UMNO kenalah bekerja keras untuk menyaman Malaysiakini dan KiniTV... cuma janganlah hendaknya, kes saman tersebut diselesaikan di luar mahkamah.
Pemuda UMNO Selangor tak teringin nak saman ke? Kalau Lim Guan Eng pun nak saman Shabudin Yahaya, takkan Pemuda UMNO Selangor sekadar buat laporan polis sahaja kut?
2 comments:
Kalau betul pun apa salahnya memang najib tu bapak rasuah.
UMNO selangor ni ada sikit sengal...asal masyuk dia bedal jer....tak kira sapa yg bagi..isu2 di salangor cukup banyak tapi apa umno bole buat... rumors ada menyakatak assmin sudah kau tim dengan UMNO selangor...warlord umno sudah kenyang..
Post a Comment