Monday, April 11, 2016

IGP BATALKAN FORUM ZAKIR NAIK DI UTEM KERANA TAJUK YANG JELAS PROVOKASI!!!



Kat Malaysia yang serba indah, serba meriah dan serba bebas ini, umat Islam perlu sentiasa akur dan menghormati umat-umat agama lain. Tidak boleh sama sekali menganjurkan atau melakukan apa-apa sahaja yang dianggap boleh mencetuskan provokasi kepada agama-agama lain. Walaupun umat Islam di Malaysia merupakan golongan majoriti yang telah banyak melakukan pengorbanan, tetapi dari semasa ke semasa, umat Islam tetap dikongkong oleh konsep keharmonian kaum dan mengelakkan konflik perkauman.

Sedangkan pada masa yang sama, pihak-pihak lain terus memprovokasi umat Islam sepertimana yang berlaku di Pulau Pinang apabila azan tidak dibenarkan menggunakan corong pembesar suara, atau bacaan tahrim tidak dibenarkan lagi ke udara. Atau halangan pembinaan masjid untuk keperluan sekelompok umat Islam terutama sekali kakitangan penjawat awam dan penduduk sekitar yang beragama Islam di dalam kelompok bermajoritikan Kristian di Sabah selain halangan pembinaan masjid oleh Ahli Parlimen Kota Kinabalu, provokasi penggunaan kalimah ALLAH di dalam Bible berbahasa Melayu sedangkan Bible berbahasa Cina dan Inggeris atau Tamil, tidak pula menggunakan kalimah Allah bagi menggantikan God, Father, Yehwa dan sebagainya. Kempen-kempen dan ceramah-ceramah DAP di Sarawak untuk PRN ke-11 juga sarat dengan provokasi kepada umat Islam, tidak pula diperberatkan.

Tetapi umat Islam yang hendak mendengar ceramah daripada seorang tokoh yang terkenal dengan ilmu perbandingan, dihalang kerana ia boleh menjejaskan keharmonian antara kaum di negara ini!

Hah!


Alasan yang paling hebat daripada pihak penguasa yang ternyata terlalu menjaga sensitiviti masyarakat minoriti tetapi pada masa yang sama menyekat kebebasan masyarakat majoriti!

Halangan daripada Ketua Polis Negara ke atas forum membabitkan Dr. Zakir Naik di UTEM pada Ahad, 17 April, bukannya susah difahami. Tajuk yang disediakan oleh penganjur adalah 'SIMILARITIES BETWEEN HINDUISM AND ISLAM' (Persamaan antara Hinduism dan Islam) sebenarnya mengundang provokasi kepada golongan yang cukup besar kepala selama ini sehingga membolehkan mereka membina kuil sebanyak-banyaknya di negara ini dan di mana-mana sahaja hatta di atas tanah orang.

Penganjur sepatutnya telah bersedia untuk berhadapan dengan kelompok penentang Dr. Zakir Naik dan telah memikirkan tajuk-tajuk yang lebih santai seperti 'MARI MAKAN NASI KANDAR BERSAMA DR. ZAKIR NAIK' agar tidak kelihatan RASIS dan PROVOKASI.

Penganjur juga perlu memahami sensitiviti di negara ini. Apa-apa sahaja yang dibuat, perlulah mendapat kelulusan daripada puak-puak bukan Islam terlebih dahulu kerana perasaan mereka amat penting di negara ini. Manakala perasaan umat majoriti di negara ini, bukannya apa-apa sangat, terutama sekali ia mudah dilabelkan sebagai RASIS.


13 comments:

Anonymous said...

nasib melayu sebab ada pemimpin lembiiikkkkkk....... berani tunjuk garang pada mat rempit dan pati aje...

Anonymous said...

nasib seorang pndakwah islam pringkat dunia apabila berada di negaraku yg trcinta...ya Allah berilah hidayahMu kpd org yg Engkau kehendaki.

Anonymous said...

Betul lh tu.. Nk buat ceranah jgn sentuh agama penganut lain.

Anonymous said...

tak payah susah2 nak halang zakir naik...dlm you tiub banyak dah..kita dah tau apa sebenarnya hindu...pandit banyak temberang dan kalah debat dgn zakir sbb ajar hindu tak ikut kitab hindu...pundeklah.

Anonymous said...

kebebalan apakah ini

Anonymous said...

Case closed...!! blogger putramerdeka.blogspot.com Red Bean Army di taja LGE... barua yahudi

Anonymous said...

Tajuk tu x sesuwai. Menyentuh agama org lain. Klu kita pun org kacau agama kita, kita pun hangin. X perlu batal, ubah je tajuk tu ... Tpi ianya boleh dibincng klu ada org tanya dlm sesi soal jwb..

Azman Ali said...

Benar, majoriti umat Islam diMalaysia seringkali dinafikan hak bagi menjaga kepentingan.agama lain..saya setuju dengan admin

Anonymous said...

Nama me Negara Islam ,pemimpin Islam malaysia Makan tahi lembu

Anonymous said...

Ok...mengapa IGP tak suruh tukar tajuk?
Bongok betul...macamana Islam boleh berkembang...Kristian buat gereja besar besar di Bukit jalil., Hindu..boleh buat kuil dimana-mana.....ok je...mengapa mesti tunduk dengan segelintir kafirun yang jahat itu?..

Anonymous said...

Malaysia perlu penceramaj betkualiti macam mujahid Dr Zakir Naik... bukan ceramah bodoh 1 stadiom.. masjid dan surau2 sambil doa mcm gampang... sllunya ceramah terpekik tetlolong datang dari PAS.... tanggungjawab kjaan skg lahirkan mujadid spt DR Zakir Naik..

Anonymous said...

Pilih tajuk ceramah tu biarlah berpada-pada. Barulah tak timbul isu.

Anonymous said...

Lain kalilah itu tajuk kasi tukarlah. Mau cerita pasal Islam apa pasal mahu bikin tajuk ada sebut pasal Hindulah. Sekarang sendiri juga yang kenalah.
Sana punya side pun satu hallah. Sikit sebut sudah mahu kasi repot polislah. Sendiri suka sebut Islam punya hal tarak apalah. Lapik sama hak asasi manusialah. Ini orang mungkin belum kenalah. Bila dia sudah satu kali kena nanti baru tahulah.

top