Social Icons

Pages

BULETIN 247

Monday, April 11, 2016

PENGARAH SIASATAN SPRM NAFIKAN PEGAWAINYA DITANGKAP KERANA RASUAH DAN CUBA MENGHAPUSKAN BUKTI JENAYAH LIM GUAN ENG!!!



Anti-Rasuah Malaysia (SPRM) hari ini menafikan bahawa penangkapan salah seorang pegawainya mempunyai kaitan penyiasatan membabitkan Ketua Menteri Pulau Pinang, Lim Guan Eng. Sekaligus menafikan laporan awal bahawa pegawai itu ditangkap kerana cuba memusnahkan bukti-bukti penting. 

Pengarah (Siasatan) SPRM, Azam Baki berkata, pegawai tersebut yang berusia dalam lingkungan 30-an telah ditangkap kerana disyaki mengambil rasuah sebanyak RM20,000 sebagai wang perlindungan daripada pegawai polis yang telah disiasat oleh Suruhanjaya tersebut. 

"Oleh kerana itu, saya mengesahkan bahawa tuduhan pegawai tersebut ditangkap kerana memusnahkan bukti dalam siasatan membabitkan Lim Guan Eng adalah tidak benar. Pegawai tersebut yang bertugas di SPRM Putrajaya telah diberkas oleh SPRM di Bangi, Selangor," katanya kepada BERNAMA.

Azam Baki diminta megulas tentang tuduhan yang telah disiarkan oleh beberapa buah blog yang mengatakan SPRM cuba memusnahkan bukti dalam siasatan ke atas pembelian banglo di bawah paras harga pasaran oleh lim Guan dengan penangkapan pegawai yang dikatakan berasal dari Pulau Pinang di Putrajaya.

Selain itu, menurut blog itu lagi, penangkapan pegawai itu juga mempunyai kaitan dengan siasatan dalam penyelewengan dana kerajaan berjumlah lebih RM100 juta dalam Kementerian Belia dan Sukan. 

Azam memberitahu, pegawai tersebut telah ditangkap pada tengah hari 7 April di Bangi dan SPRM menemui bersama-samanya RM20,000.

Kertas siasatan sudah sedia dan pegawai tersebut akan didakwa di mahkamah esok, katanya lagi.

– BERNAMA


No comments:

 
Blogger Templates