Friday, May 13, 2016

JAWAPAN 'WIN' AZNIL HISHAM DAN ABDUL RAHMAN KADIR KEPADA SEORANG ANAK YANG RASA DIA LEBIH PANDAI DARI DOKTOR DI HOSPITAL!!!



[ Apa yang anda perlu tahu tentang abscess ]

1. Rawatan untuk abscess (nanah) ini bergantung keadaan abscess, adakah pesakit mempunyai tanda2 sepsis, bagaimana co-morbid mereka, adakah tisu itu rosak (necrosis), adakah mempunyai tanda2 ischaemia dan lain2.

2. Dari gambar yang dipamerkan, besar kemungkinan abscess pada ibu saudara Zul Halid agak teruk. Saya dapat lihat sludge yg ada. Namun, saya tetap tidak tahu severity nya. Hanya doktor yang merawat sahaja yang tahu.

3. Dari kajian2 yg dilakukan, common pathogen (70%) selalunya adalah dari S. Aureus. Namun, terdapat beberapa cabaran dalam memberi rawatan seperti di bawah:


• Apabila pathogen (kuman) adalah bukan terdiri dari satu jenis - Polymicrobial (Lebih dari satu kuman). Akibat ini, selalunya kita rawat secara empirical antibiotic therapy. Apabila rawatan secara empirical (rawak) dilakukan, ditakuti keberkesanan rawatan adalah tidak optima.

• Seperti yang saya kata di atas, pathogen yg common adalah S. aureus. Dan kita dapati bahawa pathogen ini mengalami evolusi yang lebih "ganas". Akibatnya, kebanyakkan antibiotic mengalami resistant. Pada masa yang sama kuman ini menjadi lebih bahaya. Maka, rawatan sekadar antibiotic masih tidak mencukupi. Kita terpaksa keluarkan nanah itu secara pembedahan.

• Apa yang paling kita risau adalah apabila kuman ini merebak seluruh badan (sepsis) melalui pembuluh darah. Maka, combinasi antibiotic dan pembedahan di perlukan.

• Satu lagi keadaan yang cukup kami takuti adalah "necrotizing infection". Ianya adalah medico-surgical emergency. Untuk mengesan amat sukar dan sangat mencabar. Jika terlepas pandang, pesakit boleh maut. Sekali lagi, rawatan bagi ini adalah pembedahan.

• Sekiranya rawatan tepat dilakukan, abscess ini akan merebak ke tulang (osteomyelitis), paru2 (lung abscess), otak (brain abscess) dll.

4. Pada pendapat saya, apa yang doktor hospital Selayang lakukan itu adalah tepat. Kesan operation pada mata pandang saya amat kemas. Tahniah kepada doktor yang berkenaan.

.

‪#‎Kesimpulan‬

1. Saya tak tahu situasi ibu Zul Halid. Saya harap saudara dapat bersabar. Saya nasihatkan saudara dapatkan pandangan doktor yang berkenaan dari menviralkan sesuatu yg saudara sendiri tak tahu. Jika viral, saya tak nampak apa kebaikkan yang ibu saudara dapat perolehi. Lagi pun, pembedahan ini dilakukan dengan consent pesakit atau waris.

2. Bila saya lihat situasi ibu Zul Halid ini, saya teringat akan seorang pesakit saya. Kami mencadangkan agar untuk di bedah kakinya. Namun, waris mahu berbincang dahulu dgn adik beradik sebelum buat keputusan. Malangnya, sebelum keputusan di buat, ibu telah menghembuskan nafas terakhir akibat sepsis. Hati saya cukup marah ketika itu. Ianya mempunyai peluang untuk selamat. Namun sebagai penjawat awam, kita kena sentiasa senyum.

"..Sabar encik, mungkin ini adalah takdir tuhan.."

- dalam hati, saya sambung

"..sebab dapat anak macam kamu.."


DR. AZNIL HISHAM

‪#‎KENAPA_KAMI_SIAT_KAKI_PESAKIT_SESUKA_HATI‬ (Pun intended) 😎

Tolong cakap kat mamat ni, bahawa dia yang sedang berak dulu baru bukak seluar. Viral di facebook sedangkan kat depan mata ada begitu ramai petugas hospital yang lalu lalang. Bukak mulut dan tanya. Bukan bukak mulut dan confirmkan kebangangan di media sosial.

Walau mak dia buta huruf, consent operation mmg diambil dari mak dia sebab mak dia adalah manusia dewasa yg kami hormat. Consent cuma diambil dari waris jika mak dia coma, tak sedar diri, gila atau nyanyuk. Biasanya prosedur2 ini akan dimaklumkan pada waris sekiranya waris ada disebelah bertanya. Melainkan waris pun lesap dan jarang jenguk mak ayah, mmg xde nye lah kami nak explain. Kami ada banyak urusan lain. Selagi kami nilai pesakit tidak faham akan sakit dan prosedur yang akan dilakukan selagi itu kami tidak akan sentuh pesakit. Ini simple medical law yang mana2 hospital dunia pakai hatta negara2 Afrika.

Ada pesakit yang akan bertegas mahukan waris diberitahu ttg prosedur. Kalau pesakit tak mintak, kami mmg x terangkan pada waris sebab pesakit adalah manusia dewasa yg hidup, berakal dan boleh membuat keputusan bebas. Kami terangkan segala2nya pada pesakit terutama jenis operation dan apa yg akan kami lakukan. Sungguhpun penerangan diberi kepada waris, consent ttp diambil dari pesakit. Walau kononnya waris ada lama di hospital, kalau tak tanya memang kami tak explain. Penerangan jika diberikan pun hanya kepada seorang dua waris terdekat saja. Kami tak explain kat satu kampung.

Ini adalah polisi kerana yang sakit adalah pesakit dan mereka yang paling berhak terhadap diri mereka. Betapa ramai waris yang melengah2kan memberi consent atau keputusan kerana bersikap tidak bertanggungjawab. Bukan saya kata mamat ni macam tu, tapi saya hairan kenapa dia tension dengan tindakan pantas doktor membuang kuman2 dan tisu2 terjangkit dan busuk yang boleh membunuh ibu dia jika dibiarkan?

Kedua, pertanyaan tentang bagaimana saya tau ia adalah kuman pemamah daging sedangkan keputusan makmal cuma dapat semalam. Pertama sekali, saya adalah pakar kecemasan. Sakit mak dia ni adalah medical emergency yang kalau saya tak geti diagnose, elok saya resign dan buang degree saya dalam longkang. Untuk mendiagnose necrotizing fasciitis ni, mmg setakat klinikal dan spot diagnosis saja. Tengok saja dah boleh diagnose. Nak uji apa lagi? Lagi lama tunggu, lagi tinggi la risiko maut.
Dah gambar2 mak dia bersepah dia bubuh dengan macam2 angle, pelajar perubatan tahun 2 pun boleh diagnose.

Saya bagi analogi lain supaya terjangkau dek akal dia. Bila baby kamu berak dalam pampers, kamu boleh tau kan dengan bau dan kadangkala colour pampers yang bertukar. Apakah kamu terus bukak, bersihkan dan tukar pampers baby atau kamu nak biar dia peram lama2 hingga 2-3 hari sampai melecet punggung dia kena jangkitan kuman? Nak tunggu company pampers mai sahihkan ia mmg taik? Nak tunggu analisis makmal baru nak tukar? Tak kan?

Kalau takat tukar pampers taik yang tak bahaya mana pun kita buat lekas2, inikan pulak untuk buang kuman yang akan membunuh mak kita? Mak yang dulu tak lambatkan walau sedetik nk tukar lampin kita.

Apa lagi anda mahu?

DR. ABDUL RAHMAN KADIR

5 comments:

Anonymous said...

Terbaik lah doktor.. doktor yang berani menjawab.. sekarang ni ramai orang tahu menghentam saja.. tak tahu terima kasih... asyik nak cari salah orang saja.. orang yang merawat mak kita.. mmg doktor pun bukan perfect,.. tapi itu yang dibelajar selama 6 tahun.. atau lagi beberapa tahun untuk menjadi pakar.. awak tu pakar apa?..complaint??

Kalau tak percaya kepada doktor.. pergi saja dekat singseh cina ..
kalau tak percaya pada cikgu.. ajarlah nak sendiri....

Anonymous said...

Padan muka budak berok berhingus tuh. Bodoh macam sial nak berlagak pandai. Akhirnya, geng2 facebook dia dapat tahu kebodohan dia. Apa yang terviral adalah kebodohan dan otak biol budak bodoh tu.

Doctor, your explanation is the best!!

Anonymous said...

Tahniah Dr.Abdul Rahman. Diharapkan akan lebih ramai Dr.yang mempunyai karekter sepeti Tuan Dr. Dalam kes di atas jika lambat tindakan dibuat pihak Hospital akan disalahkan dan akan ditohmah sebagai tidak cekap, kurang sensitiviti dan macam-macam lagi . Jika tindakan segera pula dibuat dikatakan pihak Hospital buat keputusan tak tunggu ujian makmal, tak dapat kebenaran waris dan sebagainya.
Kita tunggu dan lihat apa yang akan berlaku pada maknya nanti.

Anonymous said...

KAWE NOK KATO GINI JAH,CERDIK TAK LEH TUPE,BODO TAK LEH AJAR DAN MEME KUREY AJAR.

Anonymous said...

Tahniah Dr Abdul Rahman utk swift decision yang dibuat.. mungkin tak popular kat mamat tu tapi keputusan tak popular itulah yang memungkin dia utk terus mempertahankan mak dia.. nasihat saya kat mamat tu.. len kali jaga lah mak kamu betul betul bukan setakat bikin havoc jer..

top