Berikut petikan daripada portal The Coverage yang memetik status dimuatnaik wanita ini:
Raine wrote on her Facebook page on May 8 “It’s ntg (nothing) new to be honest, I always get accused of being from China or Thai A LOT not only from cops but from random strangers who have the nerve to come up to me & ASK.““Saya dipaksa menyanyikan lagu Negaraku yang mengarut / pelik itu,” tulis Raine.
How did the officers resolve this issue? They asked her to sing the national anthem “Negaraku”.
“I was forced to sing the freakin ‘Negaraku’ song,” Raine wrote.
She sang the national anthem with a heavy heart but failed to finish it.
Jika benar apa ditulis Raine, ia adalah sesuatu perkara yang menyedihkan apatah lagi bukankah sesuatu lagu kebangsaan itu adalah satu kebanggaan negara? Lihat betapa atlet kita ada yang menitiskan airmata ketika lagu Negaraku berkumandang di negara asing. Itu hanya satu contoh kecil.
Tanyalah askar kita yang berkhidmat di negara asing di bawah panji-panji Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB). Dengan penuh bangga mereka melaungkan setiap bait-bait perkataan Negaraku ketika berada di bumi asing.
Berikut, untuk anda yang sudah terlupa akan lagu kebanggaan negara kita ini, inilah lirik Negaraku:
NegarakuTanah tumpahnya darahku,Rakyat hidup,Bersatu dan maju,Rahmat bahagiaTuhan kurniakan,Raja kita,Selamat bertakhta,Rahmat bahagia,Tuhan kurniakan,Raja kita,selamat bertakhta.
Bait permulaan lagu Negaraku ini sudah cukup menggetar jiwa kita. Tanah tumpahnya darahku. Ya, inilah bumi dipijak. Di sinilah langit dijunjung. Mengapa kita menganggap lagu Negaraku itu sebagai satu yang pelik atau mengarut? Biarpun hanya dua perenggan di mana perenggan keduanya diulang, ia memberi maksud mendalam akan perpaduan, raja berpelembagaan dan tanah bernama Malaysia yang kita sanjung ini.
Sebenarnya, Raine bernasib baik tidak ditahan mengikut Seksyen 25(1)(n), Peraturan-peraturan Pendaftaran 1990 Pindaan 2007.
Setiap warganegara Malaysia hendaklah sentiasa membawa kad pengenalan sebagaimana yang diterangkan pada Peraturan 6, Akta Pendaftaran Negara 1959 (Akta 1978) dan Peraturan-Peraturan 1990 (Pindaan 2007), iaitu tanggungjawab menjaga kad pengenalan, hendaklah pada setiap masa masa membawa pada dirinya kad pengenalan.
Adalah lazim jika kita lihat operasi dijalankan pihak berkuasa seperti Jabatan Imigresen Malaysia yang menahan mereka yang gagal mengemukakan dokumen diri mengikut Seksyen 6(1)(c), Akta Imigresen 1959/63 kerana kesalahan tiada dokumen perjalanan yang sah.
Dan tindakan anggota polis di sekatan jalan itu adalah satu sifat toleransi terhadap wanita ini kerana jika undang-undang dikuatkuasakan, Raine berdepan hukuman penjara hingga tiga tahun dan denda sehingga RM20,000 atau kedua-duanya sekali mengikut Seksyen 25(1)(n), Peraturan Pendaftaran Negara 1990 kerana tidak membawa kad pengenalan.
Kesalahan tidak membawa kad pengenalan itu juga adalah satu kesalahan boleh tangkap, maka permintaan anggota polis terbabit adalah wajar bagi mengelak Raine bermalam di lokap, seterusnya didakwa di mahkamah. Ia bukanlah satu paksaan sebagaimana dakwaan Raine. Dakwaan itu ‘dipaksa’ itu agak keterlaluan jika kita tidak tahu bahawa tidak membawa kad pengenalan adalah satu kesalahan boleh ditangkap.
Dalam pada masa yang sama, ada juga rakyat Malaysia yang merasakan ia satu tindakan keterlaluan anggota polis terbabit meminta Raine menyanyikan lagu Negaraku di kala mereka sendiri tidak mengetahui, ia bukanlah satu kesalahan kecil apabila gagal mengemukakan kad pengenalan yang sah.
Ketua Trafik Persekutuan, Senior Asisten Komisioner Akhir Darus turut menjelaskan anggota terbabit telah mengendalikan situasi di sekatan jalan itu secara profesional biarpun ia bukanlah satu Prosedur Standard Operasi (SOP) pihak polis.
“Anggota saya tidak melakukan sebarang kesalahan (dengan meminta menyanyikan lagu Negaraku) jika mereka yang ditahan gagal mengemukakan kad pengenalan MyKad mereka,” katanya.
Jika dibaca secara tersiratnya, Raine sebenarnya bernasib baik tidak ditahan apabila gagal mengemukakan MyKad.
Di kala Jabatan Imigresen Malaysia hampir setiap hari menjalankan operasi terhadap pendatang tanpa izin, ada juga yang bersifat negatif terhadap agensi ini malah menuduh yang bukan-bukan kononnya mereka tidak menjalankan tugas dan tanggungjawab menguatkuasakan undang-undang terhadap pendatang tanpa izin.
Begitu juga dengan anggota polis yang bertugas pada sekatan pada 8 Mei lalu. Mereka berjaya melaksanakan tugas mereka dengan baik dan melakukannya dengan toleransi biarpun hakikatnya Raine sudah boleh ditangkap pada malam itu kerana undang-undang amat jelas mengenainya.
Raine seharusnya memohon maaf kepada anggota polis terbabit dan seeloknya, jika kad pengenalannya hilang, buatlah laporan sewajarnya di mana-mana pejabat Jabatan Pendaftaran Negara berhampiran dan bukannya memandang remeh akan dokumen pengenalan sebagai warganegara Malaysia ini pada ketika ramai warga asing berbangga dapat menjadi sebahagian daripada rakyat negara bertuah ini.
COPY PASTE MY NATION
4 comments:
rkyat mlysia ke mcm tu
YA,RAKYAT MALAYSIA ZAMAN LONING@GEN X
Patut ditahan je biar dia tau untungnya ada kp.. baru suh nyanyi bukan tya bab bab kenegaraan lain tuh..
pelacur tu kena simpan dalam lock up baru dia ingat balik lirik lagu negara ku.
Post a Comment