Monday, May 9, 2016

PRK SUNGAI BESAR DAN PRK KUALA KANGSAR ADALAH MISI TEBUS KEKALAHAN DAP DAN 'BERHALA TUN' DI SARAWAK!!!



Walaupun pengumuman rasmi tentang kekosongan dua kerusi Parlimen belum dibuat dan diuwar-uwarkan, namun sudah banyak pihak, termasuklah di dalam UMNO-BN sendiri yang sudah bertepuk kompang bercakap tentang dua pilihanraya kecil yang mungkin akan diadakan tidak lama lagi.

Dua pilihanraya kecil tersebut adalah Parlimen Sungai Besar dan Parlimen Kuala Kangsar. Kedua-dua kerusi Parlimen tersebut kosong apabila Ahli-Ahli Parlimennya terlibat dalam tragedi helikopter pada minggu lepas.

Namun sesuatu yang lebih menarik untuk dilihat ialah bagaimana sebilangan penyokong DAP dari Semenanjung melepaskan kemarahan ke atas rakyat Sarawak, khususnya orang Cina dan penganut Kristian kerana membenarkan BN Sarawak menang besar dan DAP Sarawak kehilangan 5 kerusi DUN yang mereka kuasai pada tahun 2011.

Walaupun hakikatnya, peratusan keluar mengundi terutama di kawasan-kawasan bermajoritikan Cina, lebih rendah sehingga dikatakan menjadi salah satu faktor kepada kekalahan tersebut, namun nampaknya para penyokong DAP yang berlagak sebagai tuan dari tanah Semenanjung, mengutuk, mencerca dan menghina kaum sejenis mereka sendiri.

Malah... sehingga terbabas-babas dengan tuduhan mengatakan Cina-Cina Sarawak dan beragama Khatolik sengaja membiarkan UMNO membesarkan kuasa di Sarawak, walaupun hakikatnya, UMNO tidak wujud pun di Sarawak dan PRN Sarawak adalah pilihanraya negeri, khusus buat Adenan Satem, bukannya untuk Najib Abdul Razak.

Dua pilihanraya kecil yang mungkin diadakan - dan mungkin juga tidak - begitu mengujakan semua pihak terutama sekali geng-geng PROTUN yang tidak berpuas hati kerana rakyat Sarawak tak peduli pun dengan segala tohmahan mereka sebelum ini dengan tetap memenangkan Adenan Satem dan menolak DAP.

Dua PRK tersebut dilihat sebagai cara dan kaedah untuk membalas dendam kepada Najib Abdul Razak. Kononnya, suasana dan kaedah politik tidak sama antara Semenanjung dan Sarawak. Semenanjung lebih kritikal dan lebih sinikal terhadap Najib, kononnya. Jadi indikasi lebih mudah dibuat berdasarkan reaksi.

PAS telah menzahirkan keinginan mereka untuk bertanding di kedua-dua PRK berkenaan. Lagipun yang dibangga-banggakan kerana berjaya menurunkan kadar majoriti kemenangan UMNO-BN di kedua-dua kerusi tersebut, adalah PAS, bukannya DAP atau PKR.

Justeru, memandangkan kedua-dua kerusi tersebut juga bermajoritikan Bumiputera, apakah DAP akan memasukkan proksi mereka ke dalam kedua-dua PRK tersebut?

Parti Amanah Negara yang diwujudkan selepas kegagalan DAP 'membersihkan dan meletakkan kepala-kepala mereka dalam saf kepimpinan utama PAS', masih belum menunjukkan bukti dan keberkesanan serta kewujudan langsung mereka.

Di sebalik pelbagai gimik dan publisiti, PAN dan Mat Sabu tidak dipandang pun. Setidak-tidaknya itulah yang berlaku di Sarawak apabila calon-calon PAN hilang wang deposit mereka.

Di Semenanjung, PAN mendabik dada kononnya kekuatan yang ada pada PAS sekarang adalah kekuatan mereka. Jadi, dua PRK di Sungai Besar dan Kuala Kangsar merupakan wadah terbaik untuk PAN mendapatkan kepercayaan daripada tuan besar mereka, DAP.

Dan DAP juga sudah pasti mahu membalas dendam kerana pengundi-pengundi di Sarawak telah memalukan mereka. Apatah lagi kali ini dengan bantuan Tun Dr. Mahathir dan konco-konco PROTUNnya,

Atau barangkali PROTUN dan Dr. Mahathir mempunyai perancangan yang lebih besar menerusi penyertaan secara langsung mereka dalam usaha menggulingkan Najib.

Kalau setakat menyalak-nyalak dan memekak-mekak tentang Deklarasi Rakyat, habis dakwat turunkan tandatangan pun, takkan jadi apanya. Jadi lebih baik buktikan menerusi penerimaan di kerusi Parlimen menerusi pilihan rakyat.

Bukankah group PROTUN kata Najib dah takder pengaruh manakala perjuangan Mahathir pula mendapat sokongan yang amat meluas.

Sekaranglah masanya untuk buktikan...

Atau setakat berani cakap sahaja, macam Mukhriz dan Muhyiddin yang hanya berani bercakap tapi tak berani nak keluar dari UMNO!!!


3 comments:

Anonymous said...

Tak kisah 3 penjuru atau 8 penjuru, bak kata wan azizah "undi asal bukan UMNO". KAH KAH KAH.. Macam mana mau menang?

Anonymous said...

Protun/assmin team B Parti PKR akan bertembung dng team A dari PKR gandingan jijah/nurul/ezam .... sekutu PKR adalah DAP mungkin buat sesuatu utk mrngajar Assmin di Sgork.... PAN dan PAS brrtembung rebut pengaruh sesama srndiri... bonos untuk BN dng majoriti yg lebih besar... tungguuu

Anonymous said...

Kerna duit sanggup hina org lain berhala.

top