Tapi...
Semua orang tahu, Rafizi tidak akan berdiam diri tanpa memikirkan kaedah untuk dia menonjol semula dan namanya disebut-sebut. Sama ada tulen atau tidak isu yang dibawanya, Rafizi mempunyai satu pegangan yang amat kuat dan sehingga sekarang sukar dicabar iaitu para pemercayanya dari jenis bangang abadi yang akan percaya apa-apa sahaja yang dikatakannya tanpa perlu mereka berfikir secara logik dan waras.
Di sebalik kemelut Pakatan Harapan yang nampak semakin tidak ada harapan, manakala PKR sendiri semakin menampakkan keretakan dengan dua kem sudah mula memisahkan diri antara satu sama lain dan Azmin Ali menjadi sasaran untuk dikecam ekoran kekalahan memalukan DAP di Sarawak beberapa hari lepas, Rafizi Ramli selaku Setiausaha Agung PKR perlu mewujudkan isu baru agar cerita-cerita sebenar tentang DAP-PKR dan PAS serta PAN, disapu ke bawah karpet.
Tak kiralah sama ada isu tersebut 'bodoh' atau sebagainya...
Apatah lagi dengan seruan terbaharu Presiden PAS yang terang-terang memusuhi DAP, memerlukan satu isu yang lebih panas dan lebih mendapat perhatian kerana sensasinya.
Dalam hal ini, tiada isu lain yang lebih sensasi melainkan melibatkan Perdana Menteri, Najib Abdul Razak.
Satu fenomena dan trending di Malaysia sekarang ialah, keluarlah cerita apa-apa pun, termasuklah cerita paling tidak munasabah seperti 'NAJIB ABDUL RAZAK PELUK LUTUT ROSMAH UNTUK MERAYU'... pastinya akan mendapat perhatian luar biasa. Tidak cukup dengan itu, pasti ada juga cerita tokok tambah yang digunakan untuk mensensasikan lagi kisahnya.
Suasana itulah yang digunakan oleh Rafizi Ramli dengan sebaik-baiknya.
Dapatkan sepucuk surat yang ada kaitan dengan mana-mana pemimpin UMNO yang sedang bermasalah tetapi pada masa yang sama, cuba menunjukkan betapa rapat dan sayangnya mereka kepada Najib. Dedahkan surat tersebut dan kemudian, letakkan kapsyen-kapsyen persepsi yang menunjukkan Najib menyalahgunakan kuasa dengan membantu 'pengampunya' bebas daripada hukuman undang-undang kewangan.
Dalam isu terbaharu, Rafizi Ramli sekadar mencampakkan satu isu 'kecil' yang akan memberikan masa sekurang-kurangnya beberapa hari untuk dia mengatur strategi baru. Kali ini Rafizi berlagak seperti seorang bebal yang tidak faham Bahasa Melayu dan secara jelas, memang dia cuba melakukan pengeliruan dengan menyatakan surat tersebut sebagai 'arahan Perdana Menteri'.
Kita tengok rentetan seterusnya hari ini... tetapi yang pasti, memang ramai yang nampak bebal atau sengaja buat-buat tidak faham antara maksud 'cadangan' dan 'arahan' semata-mata kerana sensasinya berita yang melibatkan Najib Abdul Razak!
2 comments:
Apa perlunya Najib tulis Surat Kat CEO MBSB tu?...Mamat tu tak tahu nak tulis Surat ke?...tak tahu nak berunding sendiri ke? Memanlàh terpulang Kat MBSB untuk Buat keputusan tetapi adakah keputusannya sama antara jika tiada Surat sokongan itu? Kalau sama tak perlu lah buang masa menulis Surat sokongan ITU!!!
Ya Allah, hanya engkau saja yang maha mengetahui apa sebenarnya yang berlaku.Selamatkan Malaysia dari kuasa setan & iblis dan sekutu2nya.Letakkan kuasa pemerintahan negara ini ditangan pemimpin yang beriman.Amminn.
Post a Comment