Wednesday, May 25, 2016

SATU LAGI KEJADIAN CUBAAN ROGOL DI TANDAS, KALI INI DI TANDAS RESTORAN MAKANAN SEGERA PULA!!!


Seorang wanita muda berjaya menyelamatkan dirinya daripada dirogol ketika dia berada di bilik air sebuah restoran makanan segera di Johor Bahru, pagi Jumaat lepas. 

Menurut China Press, mangsa sedang menghias dirinya di hadapan cermin di bilik air itu apabila seorang lelaki secara tiba-tiba memeluknya dari belakang dan menutup mulutnya sambil cuba mengheretnya ke sebuah bilik air yang dikhaskan untuk orang kurang upaya.

Mujurlah bagi wanita muda itu, dia terpandang seorang wanita lain yang sedang berjalan ke bilik air dan segera menjerit. Jeritannya itu membuatkan penyerangnya panik dan terus melarikan diri dengan beg tangan gadis tersebut.

Ketua Polis Johor Bahru Selatan, Sulaiman Salleh mengesahkan berita yang dipetik oleh akhbar berbahasa Cina itu dan laporan kejadian tersebut telah diterima tetapi enggan mengulas lanjut.

Adalah difahamkan, polis telah mendapatkan rakaman CCT dari restoran makanan segera itu.

Sementara itu, seorang pengguna Facebook yang memperkenalkan dirinya sebagai David Lim mendakwa, penyerang adalah kakitangan restoran makanan segera itu dan dikatakan sedang bercuti pada hari kejadian. 

Kurang sebulan lalu, seorang wanita berusia 30 tahun hampir dirogol di tandas wanita di stesen petrol di Rawang. 

Beberapa kejadian seperti ini pernah dilaporkan berlaku. Walaupun CCTV dipasang, namun penjenayah langsung tidak takut untuk berbuat begitu.

Rondaan dan kawalan keselamatan perlu dibuat oleh pemilik outlet seperti stesen petrol mahupun restoran makanan segera, terutama sekali apabila bilik-bilik air atau tandas terletak di bahagian belakang bangunan.




.

1 comment:

Anonymous said...

Iblis ni dalam jamban pun bernafsu... Low class punyer otak

top