Berdiam bukan bererti kalah, tapi berdiam untuk tidak mengeruhkan keadaan. Apa yang berlaku semalam, motifnya hanya satu iaitu kerana ketidakpuasanhati suami kepada pesakit saya.
Siapa kata doktor dan misi jahat?garang?kurang ajar?Tak kisah apa yang hendak orang awam labelkan kami sebagai pekerja di sektor kesihatan, tapi apa pun tugas yang telah diamanahkan kepada kami, kami akan jalankan dengan penuh rasa tanggungjawab. Betul, ada masa-masanya, mungkin ternampak kami bermasam muka, kami bercakap agak kasar, tapi benda itu semua tidak menghalang kami untuk memberikan yang terbaik utk pesakit kami.
Semua pesakit yang berada di wad saya, saya cuba berikan yang yang terbaik. Jika perlu rujukan dibuat ke team yang lain (contoh pembedahan, medikal dan lain-lain), saya akan buat demi kebaikan pesakit saya. Dan bila mana team tersebut sudah terlibat sama dalam memastikan kesihatan pesakit berada di tahap yang baik, jika pesakit dibenarkan pulang, team berkenaan hendaklah dimaklumkan terlebih dahulu. Ini adalah kerana pesakit berkemungkinan memerlukan rawatan susulan dengan team berkenaan di masa akan datang.
Saya biadap?Jika kita pergi rumah orang, perlulah ketuk pintu, beri salam dan perkenalkan diri tak lupa juga tujuan kedatangan kita ke rumah orang itu. Jika tujuan kita dikemukan dengan cara biadap dengan ayat yang kasar, agak-agak tuan rumah akan layan tak? Entah-entah tuan rumah dah report polis ada orang nak menceroboh ke rumahnya.
Dengan ini, saya meminta maaf secara terbuka jika ada perbuatan atau perkataan saya yang telah menyakitkan hati mana-mana pihak. Walau bagaimanapun, saya telah membuat aduan polis dan akan memastikan kejadian yang berlaku ke atas diri saya tidak akan berulang lagi untuk mana-mana penjawat awam. Saya akan mengambil tindakan undang-undang kerana kejadian ini telah memalukan saya, menggugat reputasi saya dan tempat kerja saya serta secara tidak langsung menganggu emosi saya.
Terima kasih.
SUMBER: FB DZURATUL AIN
NOTA:
RAKYAT MALAYSIA SEMAKIN MENGADA-NGADA DAN MEMANDAI-MANDAI. ELOKLAH PAKAR SAKIT PUAN BERKENAAN BUAT LAPORAN POLIS BAGI MEMBERI TELADAN KEPADA PARA PEMBULI SIBER INI.
4 comments:
Saya sokong tindakan undang-undang diambil terhadap pengadu yg membuat tohmahan.
Saya kira tiada pegawai kerajaan akan bertindak diluar batasan jika tiada diprovokasi.
Every action has a reaction.
gi hospital swasta tengok...bila krikal diorang hantar mane...
hospital kerajaan punya ramai pesakit. sabar la sikit. pengalaman saya...4 orang anak lahir kat hospital. elok jer doktor dan nurse layan. terima kasih.
yang nak layanan bak putri...pegi hospital swasta. kalau kritikal...tengok diorang hantar mane..?
Sokong laporan Polis dibuat. Biar orang berkenaan jadi viral ditangkap polis. Baru dia tau....
Pengadu yg memuat turun gmba org tanpa izin lgi biadab. Saman je dorg, bila bertambah sakit dia lgi... Banggang!!! Sendiri kurang ajar x nk beritahu. Sila muhasabah diri wahai pesakit yg x sedar diri...
Post a Comment