Wednesday, May 11, 2016

SUPERMAN CUM SCREW-PERMAN KEPALA BANA!!! TAHU PULAK KECUT PERUT DAN BERLAGAK BODOH, KONONNYA DIA TAK RASIS!!!



Hew Kuan Yau, nama yang amat sinonim dengan RASIS, kebencian keterlaluan kepada kepimpinan negara, amat memusuhi Melayu-Bumiputera dan apa-apa sahaja perkara berkaitan hak keistimewaan Melayu dan Islam menurut Perlembagaan Persekutuan.

Dia pernah dan hampir dicalonkan di Teluk Intan pada PRK tahun 2014 tetapi pada saat-saat akhirnya, namanya sengaja dicicirkan dan Lim Kit Siang secara peribadi telah memilih Dyana Soyfa Mohd Daud sebagai calon pengganti.

Dyana Sofya kemudiannya gagal mempertahankan kerusi Parlimen Teluk Intan yang sebelum itu disandang oleh Seah Leong Peng sebelum kematiannya pada 1 Mei 2014. Lawan Dyana Sofya adalah Mah Siew Keong, bekas AP Teluk Intan selama dua penggal (PRU-10 dan PRU-11) tetapi kalah dua penggal berturut-turut pada PRU-12 dan PRU-13.

Hew Kuan Yau merajuk dan tidak muncul-muncul lagi untuk berkempen setelah dia yang memendam dan bekerja lama untuk menjadi calon DAP di Teluk Intan, diketepikan begitu sahaja. Namun walaupun dia tidak terlibat dengan politik DAP, Hew Kuan Yau terlibat dengan politik jalanan di Hong Kong pula.


Selain baju berlogo SUPERMAN yang kerap dipakai dan menjadi identitinya, Hew Kuan Yau sangat terkenal dengan bahasa-bahasa kasar, kurang ajar, biadap dan cubaan mencetuskan provokasi. Malah dia secara sengaja bagi tujuan mencetuskan kemarahan awam, menghina para pemimpin UMNO dan Barisan Nasional dalam setiap ceramah mahupun tutur katanya.

Banyak laporan polis telah dibuat terhadap individu ini tetapi dia sangat 'kebal' dan tidak pernah serik untuk mengulangi perbuatannya.


Pendedahan dan viral yang dilakukan oleh Netizen berhubung ceramahnya yang penuh berunsurkan rasisme, dituturkan dalam Bahasa Mandarin, mendapat perhatian luar biasa semalam. Dan dalam tempoh yang singkat DAP terus mengeluarkan klip video tersebut bagi mengelakkan natijah undang-undang selain cubaan menyelamatkan Hew Kuan Yau.

Lebih menarik lagi ialah apabila Hew Kuan Yau BERSEGERA MENYALAHKAN UMNO!!!

Katanya, ucapannya itu telah diputarbelitkan oleh cybertrooper UMNO. Terjemahannya juga dikatakan tidak tepat.

Kata Hew Kuan Yau, klip video yang dipancarkan dari Ibu Pejabat DAP kepada puluhan ribu penduduk Sarawak. Video tersebut kemudiannya disiarkan di saluran rasmi YouTube DAP.


Hew Kuan Yau tak mengaku dia telah melakukan hasutan berbentuk perkauman. Anda baca pula terjemahan yang dibuatnya sendiri bagi menunjukkan dia tidak rasis.

Sebelum ini, cubaan Malaysiakini untuk menipu dan mengelirukan dengan tidak menyiarkan terjemahan sebenarnya, mendapat perhatian ramai. Apatah lagi, Malaysiakini juga cuba menyembunyikan ayat 'biarkan Aziz skrew orang Melayu sendiri'.

Isu tersebut dibangkitkan oleh blogger Raja Petra Kamaruddin menerusi laman sesawangnya, Malaysia Today dengan tajuk, "Vote DAP so that we can screw the Malays".

Ucapan tersebut dalam Bahasa Mandarin tetapi blog Raja Petra menyediakan sarikata. Antara yang menarik perhatian ialah apabila kata-kata Hew, "skrew puak Melayu mereka sendiri, skrew Melayu rasuah, skrew puak Melayu pok kai."

Kita tunggu, apakah tindakan pihak berkuasa ke atas Hew Kuan Yau atau dia sekali lagi akan lepas bebas seperti selalu.


3 comments:

Anonymous said...

apa tindakan pihak berkuasa...????...hmmm...tunggu la tahun depan...itu pun kalau masih ingat lagi la...

Anonymous said...

Buat le banyak mana pun lapuran polis,confirm x kan ada tindakan susulan.dah faham sangat.

Anonymous said...

kecuali kalau melayu. laju jer....

top