Social Icons

Pages

BULETIN 247

Wednesday, May 11, 2016

GUAN ENG LAGI MAMPUS!!! DARI RM2.8 JUTA, KINI SUDAH BERGANJAK KEPADA PENYELEWENGAN RM305 JUTA!!!!



Dari Pulau Pinang, manusia yang sikit-sikit nak berdebat, sikit-sikit nak berbahas di hadapan orang ramai, langsung tidak berani panggung muka dan menjawab persoalan-persoalan tentang skandal dan penyelewengan kuasa di Pulau Pinang yang sedang dibangkitkan oleh Abdul Rahman Dahlan. 

Lim Guan Eng buat pertama kalinya merasai sendiri serangan walaupun selama ini dia yang lebih banyak menyerang. Dia terus ditanya dan ditanya. Dan akhirnya jawapan-jawapan yang diberikan semuanya adalah putar belit.

Banglonya di Jalan Pinhorn, adalah pemangkin kepada siri pemecahan yang lain. Dari banglo tersebut yang mempunyai kaitan rapat dengan tanah Taman Manggis yang sepatutnya digunakan untuk membina perumahan rakyat termiskin, tetapi dijual kepada syarikat KLIDC yang kemudian merancang untuk menjual pula tanah tersebut yang langsung tidak dibangunkan pada kadar harga yang jauh lebih tinggi berbanding harga yang mereka bayar kepada Kerajaan Negeri Pulau Pinang.

Satu persatu Lim Guan Eng dipersoalkan. Kini, Abdul Rahman Dahlan bertanyakan tentang mengapa Kerajaan Negeri Pulau Pinang di bawah kepimpinan Lim Guan Eng, telah membazirkan wang rakyat sebanyak lebih RM300 juta semata-mata untuk membayar kertas kerja dan kajian bolehlaksanaan sahaja.

Lim Guan Eng cuba berputar belit dan cuba menyelamatkan dirinya tetapi memandangkan dia sudah banyak kali terkantoi, akhirnya dia menyerahkan kes tersebut kepada Exco Pulau Pinang. Namun jawapan daripada Exco dan Kerajaan Negeri Pulau Pinang juga membenarkan kenyataan dan pertanyaan Abdul Rahman Dahlan berhubung wang sebanyak RM305 juta telah digunakan untuk membayar kesemua tiga kajian dan kertas kertas serta kajian bolehlaksanaan dengan sekurang-kurangnya RM100 juta telah dibayar kepada syarikat konsesi tersebut.

Mungkin sekarang adalah tempoh bertenang Lim Guan Eng. Almaklumlah dia kan baru lepas daripada soal-siasat SPRM berhubung pembelian dan pemilikan banglo di Jalan Pinhorn yang dibeli pada kadar harga di bawah harga pasaran dan kaitan antara pemilik awal banglo tersebut dengan Lim Guan Eng.

Guan Eng bukan main nak berdebat dan mengejek-ngejek Abdul Rahman Dahlan apabila menteri tersebut terpaksa mengikut nasihat Ketua Polis Negara dan SPRM yang meminta agar perdebatan itu ditangguhkan namun dalam isu kali ini, Guan Eng tahu dia memang terkantoi besar!!!


12 comments:

Anonymous said...

Typical pemimpin umno. Kalau dah jumpa salah orang ..bukan main lagi walaupun ada sikit je bukti. Tapi bila presiden sendiri samun terang2 ...buat bodoh je. Rahman ni dia ingat org taktau kot apa dia buat kat ministry dia sendiri. Bukti pun banyak. Silap2 dia pun kedalam nanti. Tak percaya peganglah cakap aku.

Anonymous said...

buat kajian pakai sattelit kot ....tu sebab mahai
kajian tambak laut pulak mesti pakai khidmat surveyor dari planet marikh ... lagi meletop
tungguuu ......

Anonymous said...

Sama la tu KM dengan PM...dua2 melantak duit rakyat.

Anonymous said...

Betul bro.. jadi marilah kita sama2 sokong komunis & parti penjubo

Anonymous said...

Guan eng memang melantak duit rakyat sebab dah ada bukti sahih..dengan banglolah dengan isu taman manggislah tapi kalau Pm Najib kau ada bukti ada kertas hitam putih ke dia melantak duit rakyat tak pun kau ada foto Pm Najib sedang bersantai kat atas kapal layar mewah mcm boboi Tun ada kapal layar untuk anak dara dia ada Pm najib kapal mcmtu.siap tertulis nama Rosmah ke.ada..so.jangan bawa mulut longkang tu.kalau tak nampak dengan mata kepala sendiri...tu fitnah..namanya..hukumnya lebih berat dari membunuh

Anonymous said...

kalo ini dapat kat klu kangsar dan sg besar, woh!!!

https://si.wsj.net/public/resources/images/BN-NV832_0512SA_M_20160504024926.jpg

Anonymous said...

apa pun najib tetap menang...2.6 Bilion

Anonymous said...

Dah masuk duit 2.6b dlm ak peribadi tanpa alasan munasabah tu, itulah bukti bodoh! Salah tak salah, mahkamah yang tentukan bangang! Langgar Akta AMLA, kau tahu atau tak tahu?

Anonymous said...

Senangnya kau ni kena kencing . . .mudah2an kita semua tak kena jual.Ya Allah, selamatkan negara kami ini dari dajjal atau sewaktu dgn nya.

Anonymous said...

Aduhai ..kesitu lak anon 12.15. Kau ni bebal ke apa ...

Anonymous said...

kalau nama pembangkang jerrkk ..mesti bangAng...cekik duit pulau pinang tu bermakna cekik duit rakyat yg patut untung ....sama la dengan selangor, rasuah azmin dgn pecah amanah...azmin pun bakal disASAT sprm...jangan fitnah PM ok...najib tiada kes, arab dah kata , kes ditutup...kalau bodoh pun jangan nampak sangat...cover sikit bahalol tu....undi BN lain kali...

Anonymous said...

Kenape...? Kau jeles ke..? Bapak kau addo 2.6b..?

 
Blogger Templates