Friday, May 20, 2016

TANYA A, JAWAB B, JAWAPAN BERBELIT-BELIT, ADUN-ADUN PKR DAN DAP PULAU PINANG SYAK ADA PENYELEWENGAN YANG CUBA DISEMBUNYIKAN PENTADBIRAN GUAN ENG!!!



Wakil rakyat kerajaan pimpinan DAP Pulau Pinang mengakui mereka masih keliru mengenai projek mega yang dirancang kerajaan negeri termasuk Pelan Induk Pengangkutan (PIP).

Yap Soo Huey (DAP-Pulau Tikus) secara terbuka mengakui, ketika ini wakil rakyat kerajaan negeri sendiri masih tidak mendapat gambaran mengenai projek mega itu.

Beliau berkata mereka berdepan kesukaran untuk menjelaskan projek itu kepada penduduk di kawasan mereka dan menggesa kerajaan negeri mendedahkan setiap laporan projek itu kepada awam secara kata demi kata.

"Sebenarnya ramai daripada kami masih keliru dengan projek PIP dan terowong dasar laut ini. Syarikat mana yang dapat projek, apa atau bagaimana proses bayaran dibuat dan untuk apa?

"Semua soalan ini pun ada ditanya di dalam dewan tetapi jawapan yang kami terima tidak sama dengan jawapan yang kami mahukan," katanya ketika membahaskan usul terima kasih ucapan Yang Dipertua Negeri Pulau Pinang Tun Abdul Rahman

Dr Norlela Ariffin (PKR-Penanti) yang turut menyatakan rasa tidak puas hati terhadap jawapan yang diterima, berkata beliau tidak mendapat jawapan menyeluruh berhubung projek terowong dasar laut, antaranya mengenai kos kajian yang mencecah RM135 juta.

"Dalam laporan Jawatankuasa Kira-Kira Awam (PAC) negeri juga, jawapan yang diberi berbentuk teknikal serta tidak menyeluruh dan ada jawapan hanya dalam satu muka surat atau satu perenggan sahaja," katanya.

Sementara itu, Datuk Mohd Zain Ahmad (BN-Penaga) berkata kekeliruan dalam kalangan penduduk dan wakil rakyat berlaku kerana terdapat terlalu banyak projek mega yang dirancang kerajaan Pulau Pinang.

Lebih memburukkan keadaan, jelas beliau, projek mega itu seperti terowong dasar laut, tambakan laut untuk membentuk tiga pulau baharu dan lebuh raya, dirancang secara serentak.

"Jadi adalah penting untuk wakil rakyat mendapatkan maklumat lengkap berhubung projek ini untuk didedahkan kepada rakyat tetapi malangnya kami (ADUN) sendiri pun tidak faham kerana terlalu banyak projek mega," katanya.

1 comment:

Hidup Najib! said...

Bagus juga sesekali Umno/BN jd pembangkang...baru nmpak depa ni kritis dan bekerja..kalu x asyik pikir proooojek ja..masyuuuk..

top