Sebelum ini telah didedahkan bagaimana pentadbiran Mahathir telah meluluskan bahagian besar ccukai lapangan terbang bagi setiap penumpang yang menggunakan KLIA atau KLIA2 kepada ERL. Julah tersebut meningkat setiap beberapa tahun tanpa mengira sama ada penumpang pesawat menggunakan ERL atau sebaliknya.
Dengan kata lain, KLIA dan KLIA2 yang dibina oleh Kerajaan seperti menjadi lubuk wang kepada syarikat yang memiliki ERL.
Sebelum ini, pengkhianatan kepada rakyat Malaysia seperti kes ERL terlalu kurang didedahkan kerana kawalan media dan penguatkuasaan undang-undang yang melindungi golongan kroni serta Mahathir sendiri. Namun pentadbiran Najib yang lebih berorientasikan rakyat, membolehkan penyelewengan serta pengkhianatan seperti ini terdedah. Berbeza dengan perjuangan Reformasi yang juga mahu mendedahkan penyelewengan dengan 'bukti berkotak-kotak' yang dilakukan secara agresif bagi menaikkan Anwar Ibrahim sebagai Perdana Menteri sekalipun Anwar Ibrahim terlibat dalam perniagaan wang negara dengan syarikat kroni, perjuangan Transformasi Najib, jauh lebih lembut dan bersahaja.
Dan tidak hairanlah mengapa Mahathir dan konco-konconya bersungguh-sungguh mahu menjatuhkan pentadbiran Najib!
Laporan Ketua Audit Negara bagi tahun 2015 yang dikeluarkan beberapa hari lepas, mendedahkan ERL di mana YTL adalah pemilik saham terbesarnya telah menghantar tuntutan kepada Kerajaan sebanyak RM2.9 BILION sebagai pampasan kerana keuntungan mereka tidak mencapai sasaran.
Laporan Ketua Audit juga menyatakan, tuntutan pampasan tersebut adalah berdasarkan perolehan jangkaan yang terlalu tinggi dan tidak realistik.
"Audit mendapati perolehan sebenar ERLSB bagi tempoh antara 2012 dan 2014 hanyalah antara 11.5% ke 13.7% berbanding perolehan jangkaan. Angka ini lebih rendah daripada jangkaan perolehan keseluruhan."
Menurut perjanjian konsesi, kadar tambang yang dipersetujui bagi tempoh 10 tahun antara 2009 dan 2018 adalah RM56 dan RM74 tetapi kerajaan hanya membenarkan kenaikannya menjadi RM55 sahaja pada tahun ini.
Memandangkan kenaikan tambang seperti yang dikehendaki tidak dibenarkan oleh kerajaan, ERL menuntut kerajaan membayar pampasan kepada mereka berjumlah RM2.9 bilion.
Jumlah keseluruhan pelaburan oleh ERL hanyalah RM1.4 bilion dan kebanyakannya dibayar menggunakan pinjaman mudah dan modal daripada Tabung Haji dan Bank Pembangunan.
Dan sekiranya kerajaan membayar RM2.9 bilion yang merupakan dua kali ganda daripada kos pembinaan ERL, syarikat tersebut masih lagi memiliki konsesi yang membolehkan mereka membuat duit dan menuntut lebih banyak pampasan pada masa hadapan.
Reaksi daripada Kementerian Pengangkutan bertarikh 17 Mac, dikatakan ERLSB telah bersetuju untuk membatalkan tuntutan pampasan mereka sebagai tukaran kepada penyambungan konsesi selama 30 tahun bergantung kepada rundingan yang dijangka bakal diputuskan pada September nanti.
Reaksi daripada Kementerian Pengangkutan bertarikh 17 Mac, dikatakan ERLSB telah bersetuju untuk membatalkan tuntutan pampasan mereka sebagai tukaran kepada penyambungan konsesi selama 30 tahun bergantung kepada rundingan yang dijangka bakal diputuskan pada September nanti.
Cerita perjanjian konsesi era Mahathir seperti ini di mana syarikat konsesi menuntut pampasan yang besar daripada kerajaan, bukanlah sesuatu yang asing, sekalipun tidak didedahkan secara besar-besaran dan terperinci oleh pentadbiran selepas Mahathir.
Ia adalah tugas sukar bagi pentadbiran Najib mahupun pentadbiran selepas Najib dan pentadbiran-pentadbiran seterusnya untuk menangani ketamakan syarikat-syarikat konsesi era Mahathir melainkan wujud undang-undang baru yang dapat mengimbangi ketidakadilan perjanjian konsesi yang telah ditandatangani pada zaman Mahathir. Malah tindakan kontroversi dan berisiko tersebut akan menyebabkan pasaran kewangan dan para pelabur akan beranggapan Kerajaan (sama ada Barisan Nasional atau Pakatan), tidak menghormati perjanjian.
Hakikatnya, rakyat Malaysia secara keseluruhannya, termasuklah para penyokong Mahathir terperangkap dengan 'kesilapan' penswastaan Mahathir dan perjanjian bodoh yang menghisap darah mereka selama beberapa generasi dan dekad.
Kecuali kerajaan bersedia mengambil langkah berisiko untuk meluluskan undang-undang baru dan para pelabur tidak menjajah dan menakluk negara ini dengan alasan negara ini berhutang besar dengan syarikat-syarikat konsesi tersebut!!!
Dan tidak hairanlah mengapa Mahathir bersungguh-sungguh mahu menggulingkan Najib....
7 comments:
Tak pedulilah apa agenda Tun. Cerita sekarang ni kita semua nak Najib melingkup. PM kau ni memalukan. Membohong tak habis2. Muka buat selamba je bila tiba bab nak menipu.
ayoyo tok gundu hantam kaw kaw. sudah mati hidup balik sudah mati lagi hidup. utang tak habis. lepas cucu cicit pun tak habis.
najib turun ingat boboi bolih naik. malam sikit lo...ingat yidin bolih naik. suboh sikitttt lo....
sampai kiamat pun hutang along ytl tak bolih habis.
Ale utoh...
Semua pemimpin umno drpd yg kecik smpai beso dr dulu zaman tunku sampai la ni disokong oleh tokey2 cina...drpd lim goh tong tokey genting sampai jho lo tokey 1 mdb semuanya buat duit berbillion2 dan untouchable..yg terkulat2 melayu mcm kita semua ni..dok bekerja bayo cukai dan terbeban dgn kos sarahidup yg tinggi..semuanya kata pemimpin melayu tp menggunakan melayu untuk perut diri sendiri dan kroni..isi depa dan kroni/tokey cina/india sapu..tulang bagi rakyat untuk berebut sesama sendiri..mereka semua hidup mega mewah mana ada pemimpin melayu dr zmn tunku smpai la ni hidup sederhana...khalas..
Mati lar nak... Ingatkan Ultra Malay... rupanya alat kepada Cina Kiasu...
menipu rakyat je keje korang ni.. haak tuih!!
Pijak je eloknya madey ni.. Rakyat suruh mentadbir negara.. dia buat business dengan kedudukan dia.. puih..
Post a Comment