Social Icons

Pages

BULETIN 247

Saturday, July 30, 2016

MUHYIDDIN MASIH LAGI MALU-MALU KUCING... ULANGAN KISAH TAK BERHASRAT NAK JADI PERDANA MENTERI TAPI MEMANG BERCITA-CITA KE ARAH ITU!!!



Para penganut si tua sawan berkata, makhluk pujaan mereka mempunyai bukti yang kukuh untuk mengheret Najib ke mahkamah. Tetapi kerana tidak mahu ianya bocor dan disabotaj, bukti-bukti kukuh itu tidak ditampilkan sehinggalah hari di mana Najib akan memberi keterangan dalam saman Mahathir, Ainina Saadudin dan Khairuddin Abu Hassan yang menuntut ganti rugi RM2.6 bilion dan RM42 bilion secara berasingan.

Ketika sesi pendengaran di mahkamah minggu lepas, peguam Mahathir cuba menggunakan alasan-alasan teknikal - taktik yang seringkali digunakan oleh para peguam Anwar Ibrahim dan Lim Guan Eng, dan mereka berjaya - bagi membolehkan Najib disoaljawab di dalam kandang dalam perbicaraan sebenar nanti.

Agak aneh juga, mengapa peguam-peguam Mahathir tidak menggunakan bukti-bukti kukuh seperti yang didakwa oleh penyokong merangkap penjilat tegar Mahathir. Hasilnya, mahkamah menolak permohonan tersebut dan membenarkan peguam Najib agar Najib tidak perlu hadir untuk memberikan keterangan walaupun yang dipertikaikan adalah afidavit yang kononnya bercanggah.

Kat mana disimpan semua bukti-bukti tersebut sedangkan itulah masanya untuk dihadirkan segala bukti memandangkan sebutan itu dibuat dalam mahkamah. Mahkamah mana pula yang ditunggu oleh Mahathir dan peguamnya untuk menghadirkan bukti-bukti kukuh itu kalau bukan di mahkamah di Malaysia?

Adakah di mahkamah Amerika Syarikat?

Hari ini, Muhyiddin Yassin yang suatu ketika dahulu menyatakan dia tidak pernah berhasrat untuk menjadi Perdana Menteri, berada dalam satu saf dengan kepimpinan utama PKR. Dan seperti mereka yang kecewa sama ada ditendang keluar dari UMNO, gagal mendapat jawatan dalam UMNO, kalah pertandingan, mahupun tidak berpuas hati kerana gagal menjadi calon pilihanraya atau gagal memperolehi projek dan bantuan wang berjuta ringgit untuk menebus rumah dan kes insolvensi, Muhyiddin berikrar untuk bersama-sama PKR bagi menjelaskan kepada rakyat tentang penyelewengan di dalam 1MDB yang turut membabitkan Najib Abdul Razak, bekas ketuanya.

PKR dan Muhyiddin akan membuat road-tour di seluruh negara bagi tujuan tersebut. Agak aneh juga kerana Muhyiddin tiba-tiba sahaja rajin untuk mendekati turun berceramah dan berkempen walaupun sewaktu berjawatan tinggi dalam UMNO dan kerajaan dahulu, dia hanya turun untuk acara-acara tertentu yang membuatkan dia terpaksa turun.


Tak kisahlah kalau selepas hilang jawatan ini, dia jadi rajin tak tentu keruan. Muhyiddin orang politik dan sebagai orang politik, apa lagi yang harus dan boleh dilakukannya melainkan bertindak sebagai orang politik. Kalau dahulu, Anwar Ibrahim menjadi ejekannya. Bersetuju dengan wajah letih ketika Mahathir menerajang Anwar buat kali pertama, juga mengangguk dan membenarkan keputusan Mahkamah Persekutuan bahawa Anwar Ibrahim memang bersalah dalam kes liwat keduanya, kali ini, sewaktu bersama-sama barisan kepimpinan PKR, cakap Muhyiddin sudah berubah. Dan jangan terkejut kalau tiba-tiba pula tidak lama lagi, Muhyiddin menjadi penyokong dan pejuang Anwar Ibrahim yang paling tegar.

Apatah lagi, Muhyiddin telah pun memberitahu bahawa dia adalah satu-satunya menteri kabinet yang bertemu dengan Anwar Ibrahim selepas Mahathir menerajang Anwar Ibrahim dari UMNO dan Kabinet pada tahun 1998 dahulu.

Cuma hairanlah, mengapa Muhyiddin masih lagi mengekalkan sikap MALU-MALU KUCINGnya. Kalau dalam UMNO dahulu, mungkinlah dia takut kena cantas, pangkas atau kena pancung sebab bercita-cita menjadi Perdana Menteri dan Presiden UMNO, tetapi dalam PKR, apa yang dia malukan dan takutkan. Sepatutnya selepas Mahathir masih lagi berdolak dalih tentang penubuhan parti baru sebagai platform untuk menawan Kedah terutamanya pada PRU-14 nanti, setidak-tidaknya, Muhyiddin boleh berada di dalam PKR sebagai Ketua Umum menggantikan Anwar Ibrahim yang tidak boleh berfungsi kecuali menerusi surat-suratnya sahaja.

Takkan masih tak boleh dibuang sifat itu? Sedangkan semua orang sudah tahu, Muhyiddin hanyalah pengamal tegar, MAHU TAPI MALU...


6 comments:

Anonymous said...

seriusly lah...apa jasa dia pada negara dan rakyat malaysia pun saya tak tau.

Anonymous said...

Malu kucing tak pa lagi..
Jangan seperti najib dah sampai tahap tak tahu malu..

Anonymous said...

Memang tak ada jasa. Bestarinet hanya untuk kantungnya. Masa jadi MB Johor pun tak ada jasa. Jasanya menyerahkah tanah2 kerajaan kepada cina dalam program pengswastaannya.

Lepas tu jasa menukar cuti jumaat dan sabtu kepada sabtu dan ahad. Itu pun Sultan Ibrahim betulkan balik.

Anonymous said...

Konon dlm darah dia ada dna umno...taik lembu lah...boleh blah...aku pun ada byk perkara nak minta najib jawab..tak da kedudukun dlm umno..cuma ahli biasa..walau apapun berlaku insyaallah tak akan biarkan dap berkuasa...

Anonymous said...

Sukahati dia la...

Anonymous said...

MULUT CAKAP TAK MAU. HATI MAU.

JADI KITA JER LA YANG REDHO.....

 
Blogger Templates