Social Icons

Pages

BULETIN 247

Saturday, July 30, 2016

1MDB: SATU PERJUANGAN SIA-SIA DALAM USAHA MENAKLUK PUTRAJAYA KERANA SALAH SENDIRI!!!



Kaum Protun dan Pakatan menyatakan kehairanan, mengapa masih ramai lagi yang menyokong Najib dan UMNO serta Barisan Nasional walaupun kata mereka, telah terbukti Najib melakukan penyelewengan dan melarikan wang negara terutama dengan pengumuman DOJ Amerika Syarikat yang mahu menyita harta-harta hasil penyelewengan dan diserahkan kepada 1MDB kembali.

Dalam mencari jalan pintas bagi mendapatkan sokongan, mahupun menakut-nakutkan dan memalukan golongan yang enggan menyokong serta percaya dengan mereka, puak Protun amat giat dan aktif melabelkan sesiapa sahaja yang dilihat tidak percaya dengan kata-kata Mahathir sebagai DEDAKIAN dan sebagainya.

Dari tahun 1987 sehinggalah kemuncaknya pada 1998, mereka yang waras dan mempunyai otak pasti dapat melihat bagaimana sandiwara politik dimainkan oleh pelbagai pihak, terutama di dalam UMNO mahupun DAP yang paling kuat menyalak tentang Malaysia akan muflis.

Tidak hairan sekiranya pada waktu-waktu tersebut, akan wujud golongan penyokong tegar dan penentang tegar yang mempunyai buah fikiran serta hujah-hujah mereka yang tersendiri yang dirasakan amat kuat dan kukuh.

Setelah sekian lama, drama politik itu kembali semula pada tahun 2005, bermula selepas Anwar Ibrahim dibebaskan daripada penjara 14 tahun kerana rasuah salahguna kuasa dan jenayah liwat. hasil daripada toleransi dan helah politik.

Anwar mencetuskan pelbagai drama. Para pengikut dan pemercayanya amat kukuh kepercayaan mereka bahawa kerajaan UMNO dan Abdullah Badawi dan selepas itu, Najib Abdul Razak akan tumbang dengan mudah. Apatah lagi, gelombang tsunami Cina pula amat kuat, selain trend di kalangan pengundi-pengundi muda selain peningkatan mendadak pengundi Cina.

2008, Pakatan yang Anwar Ibrahim adalah kepala bonekanya, gagal mengambilalih Putrajaya walaupun berjaya mengurangkan majoriti dua pertiga yang dinikmati oleh UMNO-BN semenjak dari zaman sebelum merdeka lagi. 2013, di sebalik drama panjang dari tahun 2008, PRU-13 dikatakan sebagai Ibu Segala Pilihanraya, menyaksikan sekali lagi kegagalan Pakatan untuk mengalahkan UMNO-BN walaupun jumlah kerusi kemenangan UMNO-BN berjaya diturunkan lagi.

Demonstrasi jalanan, politik sepanjang masa dan untuk apa-apa isu termasuklah isu-isu keselamatan, bahkan berita tentang penjenayah pun dipolitikkan, membuatkan masyarakat Malaysia semakin tepu dengan permainan dan sandiwara politik yang tidak nampak di mana titik akhirnya.

Ramai menyangkakan selepas Anwar masuk penjara kembali atas jenayah liwat kedua, iklim politik di Malaysia akan kembali pulih. Tetapi Najib Abdul Razak pula telah mengambil kesempatan itu untuk 'memperbetulkan semula' perjalanan ekonomi negara ini yang hanya berkisar di kalangan beberapa kerat manusia sahaja dengan kerajaan sendiri tidak mempunyai wang walaupun pelbagai projek yang kononnya mendatangkan keuntungan jangka panjang diumumkan, memandangkan semua keuntungan tersebut berakhir dengan pembayaran pampasan konsesi dan gantirugi kerana perjanjian berat sebelah.

Hasilnya ialah KEMARAHAN LUAR BIASA MAHATHIR yang selama 22 tahun berkuasa, telah memberikan kebebasan luar biasa kepada spekulasi dan pembentukan SUPER MEGA KAPITALIS yang akan memegang dan menentukan halatuju negara.

Kini Mahathir dan konco-konconya mengarahkan pementasan drama terbaharu. Cuma kali ini lebih menarik kerana ianya membabitkan media antarabangsa, termasuklah DOJ Amerika Syarikat yang sudah lama geramkan Malaysia, terutama selepas bekas Naib Presidennya, Al-Gore menyelar Mahathir dan memuji Anwar Ibrahim serta Gerakan Reformasi secara berdepan-depan hidung besar Mahathir dalam satu majlis makan malam APEC. (RUJUK SINI)

Mungkin jalan ceritanya diberatkan sedikit berbanding jalan cerita yang dikarang oleh Anwar Ibrahim. Bagaimanapun, hasilnya tetap sama iaitu ia adalah sebuah pementasan sandiwara yang menggunakan pelakon-pelakon yang sama, yang motifnya adalah sama, dan galakan yang menyebabkan mereka bertukar menjadi watak antagonis juga adalah sama iaitu LAPAR KUASA.

Lakonan-lakonan primadona pentas politik negara ini, perlu diperhalusi elok-elok kerana pada masa yang sama, mereka yang sangat bersemangat patriotik, mudah terpengaruh dengan lakonan-lakonan lantas menjadikan lakonan-lakonan tersebut sebagai sesuatu yang wajib diikuti, dipercayai dan diamalkan.

Kita bebas menyokong sesiapa sahaja. Kita boleh bercakap apa-apa sahaja. Malah kita juga boleh membodohkan diri sendiri dengan melabelkan sesiapa sahaja yang tidak berkenan di hati dan pemikiran kita dengan pelbagai gelaran, namun akhirnya, yang penting ialah, kita tidak boleh memaksa sesiapa pun untuk mempercayai apa yang kita kata memandangkan setiap orang mempunyai kebebasan untuk menentukan pendapat mahupun pendirian sendiri. Kita tidak boleh menjadi zombie yang ada otak tetapi terpaksa makan otak orang yang masih hidup untuk terus berfungsi.

Yang pastinya, dari sehari ke sehari, drama-drama politik ini semakin membosankan. Perebutan kuasa dan pengaruh yang cuba diistinbathkan kepada PERJUANGAN RAKYAT, akhirnya menghasilkan para pemimpin yang tidak pandai buat kerja tetapi hanya pandai bercakap.


8 comments:

Anonymous said...

Sepatutnya sebagai rakyat biasa kita perlu bersyukur negara kita masih aman hidup dapat diteruskan dapat mencari rezeki halal dan yang paling utama beribadat sebanyak mungkin kerana kita cuma hamba pada Yang Maha Esa....hidup kat dunia ni sementara sahaja....tiada guna pangkat dan harta sekiranya hati asyik sakit dan hitam...biar hidup biasa2....jer asal mendapat keredhaan Allah dunia akhirat....

Anonymous said...

Mlysia ni bile jd IRAQ bru smue mnusia kt mlysia ni tau langit tu tinggi...

Anonymous said...

Apa2 ucap terimakasih gak pada bapak segala penipu anwar ibrahim... dng berlatarkan super ilusi mengaburi mata rakyat dan super ilusi mempergunakan lebel islam termasuk pemimpii yg khususnya dari utara melacurkan agama islam dengan slogan islam madani... islam hadhari.. fundmentalist islamik state... melayu tuan dinegara ini tetapi akhirnya kjaan hilang negeri kepada pembangkang hilang majoriti 2/3 .... ini lah lakonan super haprak yg melunakkan slogan melayu dan islam untuk kepentingan kroni.. anak beranak dan tuan penjajah USA/Zionis kini rakyat Malaysia makin matang buat penilaian....

Anonymous said...

yea bang...btula la tu...kita patut bodohkan diri duk diam dan biaqkan jer wakil2 rakyat yang kita pilih utk memacu negara kita bolot sume harta dan hak generasi kita akan datang...lagi pun yang mengaut sume tu melayu kita juga...yea tak...len la kalo bangsa lain yang dok sesah duit tu..baru kita bleh bangkit menentang kononnya utk bangsa dan agama.

mohon ahjib tabur dedak lebih skit kat rakyat supaya kami bleh trus bodoh...

Anonymous said...

PEPATAH DUNIA BARU" Jangan jadi rakyat Iraq, bodoh tidak diajar cerdik mereka tidak boleh di ikut. Rakyat Iraq ibarat "Dengar cakap enggang makan buah beluluk (buah enau), dengar temberang orang amerika rakyat Iraq masuk lubuk.Dengar cakap orang barat,leher rakyat Iraq yg terjerat.Padan muka mereka.

Anonymous said...

Kita bebas menyokong sesiapa sahaja. Kita boleh bercakap apa-apa sahaja. Malah kita juga boleh membodohkan diri sendiri dengan melabelkan sesiapa sahaja yang tidak berkenan di hati dan pemikiran kita dengan pelbagai gelaran, namun akhirnya, yang penting ialah, kita tidak boleh memaksa sesiapa pun untuk mempercayai apa yang kita kata memandangkan setiap orang mempunyai kebebasan untuk menentukan pendapat mahupun pendirian sendiri. Kita tidak boleh menjadi zombie yang ada otak tetapi terpaksa makan otak orang yang masih hidup untuk terus berfungsi.

Yang pastinya, dari sehari ke sehari, drama-drama politik ini semakin membosankan. Perebutan kuasa dan pengaruh yang cuba diistinbathkan kepada PERJUANGAN RAKYAT,

Anonymous said...

Yang bodoh bahalul tu kau sorg..

Anonymous said...

Adik...hidup susah ke..tak cukup makan ke...tanah kena rampas ke..rumah kena roboh ke..anak nak sekolah kena bayar mahal ke..nak solat..masjid atau surau tak de ke...azan..dah tak kedengaran lagi ke...pergi hospital kerajaan kena bayar..ratus ribu ke....kalau hati dah hitam...semua yang ada di depan mata mcm tak ada..mcm dah.hilang..mcm..kamu ni orang yang tahu erti syukur..

 
Blogger Templates