Tuesday, August 2, 2016

KALAU GENG SENDIRI HINA SULTAN DAN PERUNDANGAN SYARIAH, AZMIN ALI TERUS JADI BERUK BISU DAN TIKUS BASAH SEBAB TAKUT!!!



1. Sepertimana yang Tuan/Puan mungkin sedia maklum, pada sekitar 7 Julai 2016, Naib Presiden PKR, Darell Leiking telah memuat naik status menerusi akaun Facebook peribadi beliau, yang antara lain kandungannya, mempertikaikan khutbah yang dikeluarkan oleh Jabatan Agama Islam Selangor (JAIS) sempena Aidilfitri 6 Julai lalu yang ada menyentuh mengenai usaha dalam mempertingkatkan serta memartabatkan institusi perundangan Syariah menerusi usul Rang Undang-Undang Persendirian mengenai Mahkamah Syariah (Bidang Kuasa Jenayah) (Pindaan) 2016 di Parlimen. Beliau selanjutnya menyatakan bahawa "kelihatan Selangor ditadbir oleh ekstrimis Islam" melalui kenyataan beliau, saya petik "It is beginning to look like the extremists are running the State of Selangor".

2. Sebagai langkah awal, saya telah menyuarakan cabaran kepada YAB Menteri Besar Selangor, Dato’ Seri Mohd Azmin Ali yang juga merupakan Timbalan Presiden PKR pada 16 Julai yang lalu, namun sehingga kini beliau masih menikus dan mengambil jalan yang bersikap hipokrit terhadap kenyataan pemimpin yang se-Parti dengannya.

3. Lanjutan daripada itu, pada 1 Ogos 2016, saya telah mengemukakan usul tergempar berkaitan dengan perkara tersebut diatas kepada YB Speaker Dewan Undangan Negeri Selangor untuk dibahaskan. Namun cadangan terhadap usul ini telah ditolak atas alasan isu ini sedang di siasat oleh pihak PDRM berikutan daripada laporan Pengarah JAIS.

4. Usul ini dikemukakan ke Dewan Yang Mulia adalah kerana rakyat sendiri sebenarnya sudah mula muak dan jijik dengan sikap serta amalan politik keterlaluan yang cuba menyentuh sensitiviti agama dan umat Islam yang hanya bertujuan untuk meraih sedikit perhatian dan populariti politik oleh parti PKR ini. Amalan politik keterlaluan seumpama ini sudah wajib ditolak rakyat.

5. Saya yakin dan percaya bahawa sekiranya cadangan untuk dibahaskan usul ini diterima, maka Dewan Yang Mulia ini dapatlah mengambil pandangan dan input daripada Yang Berhormat Kerajaan mahupun pembangkang, dan segala pandangan serta input ini bolehlah dijadikan sebagai garis panduan supaya keceluparan seperti ini tidak berlaku di masa akan datang.

6. Menyedari hakikat bahawa Rakyat dan Raja berpisah tiada, dan Rakyat bernaung dibawah payung pemerintahan Baginda, maka kita tidak mahu lagi kenyataan yang berkecenderungan menghina institusi Raja ini dijadikan satu norma dan kebiasaan kepada mereka.

7. Lantaran daripada itu, saya dengan ini menyatakan kekesalan saya yang amat bahawa penolakan terhadap cadangan untuk dibahaskan akan usul ini adalah suatu yang bersifat tidak peka, tidak sensitif dan tidak akademik didalam menjalankan urustadbir Negeri dengan sewajarnya.

BUDIMAN MOHD. ZOHDI
ADUN SG PANJANG
2 Ogos 2016

2 comments:

Anonymous said...

Azmin??? bukan cerdik mana pun. Berlagak je lebih.

Anonymous said...

Tang pembesar PKR tu biar ore Selangor yang tentukan nasibnya. Cumanya tang pembiadab itu harap-harap ada pihak yang dapat bawa si biadab untuk bertemu sama ada 1. buku dan ruas atau 2. dipasangkan silencer supaya kokokannya tak sampai mana mana.

top