2. Sebagai langkah awal, saya telah menyuarakan cabaran kepada YAB Menteri Besar Selangor, Dato’ Seri Mohd Azmin Ali yang juga merupakan Timbalan Presiden PKR pada 16 Julai yang lalu, namun sehingga kini beliau masih menikus dan mengambil jalan yang bersikap hipokrit terhadap kenyataan pemimpin yang se-Parti dengannya.
3. Lanjutan daripada itu, pada 1 Ogos 2016, saya telah mengemukakan usul tergempar berkaitan dengan perkara tersebut diatas kepada YB Speaker Dewan Undangan Negeri Selangor untuk dibahaskan. Namun cadangan terhadap usul ini telah ditolak atas alasan isu ini sedang di siasat oleh pihak PDRM berikutan daripada laporan Pengarah JAIS.
4. Usul ini dikemukakan ke Dewan Yang Mulia adalah kerana rakyat sendiri sebenarnya sudah mula muak dan jijik dengan sikap serta amalan politik keterlaluan yang cuba menyentuh sensitiviti agama dan umat Islam yang hanya bertujuan untuk meraih sedikit perhatian dan populariti politik oleh parti PKR ini. Amalan politik keterlaluan seumpama ini sudah wajib ditolak rakyat.
5. Saya yakin dan percaya bahawa sekiranya cadangan untuk dibahaskan usul ini diterima, maka Dewan Yang Mulia ini dapatlah mengambil pandangan dan input daripada Yang Berhormat Kerajaan mahupun pembangkang, dan segala pandangan serta input ini bolehlah dijadikan sebagai garis panduan supaya keceluparan seperti ini tidak berlaku di masa akan datang.
6. Menyedari hakikat bahawa Rakyat dan Raja berpisah tiada, dan Rakyat bernaung dibawah payung pemerintahan Baginda, maka kita tidak mahu lagi kenyataan yang berkecenderungan menghina institusi Raja ini dijadikan satu norma dan kebiasaan kepada mereka.
7. Lantaran daripada itu, saya dengan ini menyatakan kekesalan saya yang amat bahawa penolakan terhadap cadangan untuk dibahaskan akan usul ini adalah suatu yang bersifat tidak peka, tidak sensitif dan tidak akademik didalam menjalankan urustadbir Negeri dengan sewajarnya.
BUDIMAN MOHD. ZOHDI
ADUN SG PANJANG
2 Ogos 2016
2 comments:
Azmin??? bukan cerdik mana pun. Berlagak je lebih.
Tang pembesar PKR tu biar ore Selangor yang tentukan nasibnya. Cumanya tang pembiadab itu harap-harap ada pihak yang dapat bawa si biadab untuk bertemu sama ada 1. buku dan ruas atau 2. dipasangkan silencer supaya kokokannya tak sampai mana mana.
Post a Comment