Tuesday, August 30, 2016

PERMOHONAN MAAF MAHATHIR TIDAK MAMPU TUTUP KEBOBROKAN PENTADBIRANNYA YANG SEWENANG-WENANGNYA GUNA WANG RAKYAT BAIL-OUT SYARIKAT KRONI SEPERTI PERWAJA STEEL!!!



Permohonan maaf Mahathir merupakan salah satu saat paling signifikan dalam sejarah negara!

Masakan tidak, seorang lelaki yang sangat besar egonya, yang tidak pernah mengaku sebarang kesalahan, malahan sentiasa menuding jari ke arah orang lain, tiba-tiba sahaja memohon maaf kerana 'kesilapan' yang dilakukan pada zaman pentadbirannya.

Mahathir memohon maaf kerana dia adalah orang utama yang menyebabkan DYMM Yang di-Pertuan Agong dan tandatangan serta kelulusan baginda tidak lagi menjadi keperluan bagi menjadikan suatu akta sebagai undang-undang.

Namun bagi mereka yang hidup dan membesar, atau lebih tepat lagi menjadi penentang pada zaman Mahathir, sudah tentu amat maklum, permohonan maaf Mahathir itu sebenarnya tidak lebih daripada cubaannya menutup bangkai gajah dengan sehelai lalang tidak cukup baja.

Mahathir hanya memilih isu paling kecil untuk mensucikan dirinya sama seperti dia menyibukkan diri dan pemikiran rakyat Malaysia dengan isu 1MDB dan RM2.6 bilion yang dia sendiri mengakui, hanya HEARSAY, tanpa sebarang bukti yang boleh diketengahkan dan lebih meyakinkan majoriti rakyat Malaysia.

Para penyokong dan Mahathir sendiri terlupa bahawa zaman HEARSAY sudah lama berlalu. Sekarang adalah zaman menampilkan bukti kalau benar mahu mencari pengaruh.

Mahathir bisingkan isu RM42 bilion yang langsung tidak membabitkan dana awam tetapi memberikan persepsi bahawa wang tersebut dicuri daripada tabungan negara, sepertimana yang dia lakukan sepanjang 22 tahun pentadbirannya.

Bising tentang 1MDB, bising tentang TRX, malahan bising tentang produksi anak tiri Najib di Amerika Syarikat yang dituduh menggunakan dana dari Malaysia walaupun DOJ sendiri telah mengeluarkan arahan kepada bank dan institusi kewangan Amerika Syarikat agar meneruskan urusniaga dengan produksi anak tiri Najib selepas membatalkan tindakan sita. Tetapi Mahathir tidak berani langsung bercakap tentang kerugian-kerugian yang melibatkannya secara langsung yang terang-terang menggunakan dana awam.


Salah satu projek terbesar Mahathir yang terbukti semenjak penubuhannya, tidak pernah mencatatkan keuntungan walau SERINGGIT pun adalah P ERWAJA STEEL.

Ironinya, PERWAJA STEEL bukan sahaja tidak mampu membayar hutang dan terpaksa dibail-out, tetapi kilangnya terpaksa ditutup berbanding 1MDB yang diheboh-hebohkan sebagai warisan hutang rakyat Malaysia.

Pada tahun 2013, SPRM telah mengakui bahawa kos penyiasatan bagi kes penyelewengan PERWAJA STEEL merupakan antara yang tertinggi. (RUJUK SINI)

Tempoh penyiasatan pula adalah 8 tahun iaitu bermula pada tahun 1996 sehinggalah 2004. Dari Suruhanjaya Penyiasatan Rasuah Malaysia (SPRM) masih lagi bernama Badan Pencegahan Rasuah (BPR).

Kita dapat lihat bahawa permainan di dalam Perwaja Steel Sdn Bhd dilaksanakan oleh mereka yang rapat dengan mantan Perdana Menteri. Kita lihat yuran guaman bagi beberapa perjanjian dalam Perwaja Steel. V.K Lingam yang terlibat dalam skandal etika Ketua Hakim Negara menerima berjuta-juta ringgit sebagai yuran guaman. V.K Lingam adalah antara mereka yang rapat dengan Ketua Hakim Negara dan Ketua Hakim ini mendapat lanjutan khidmat dari Dr Mahathir sungguhpun terbukti menyalahi etika kerja. Yuran VK Lingam berjumalah hampir RM 12,204 juta. (bukti lampiran daripada laporan oleh Price Waterhouse Coopers)



Pada 26 Februari 1999, Tun Dr Mahathir telah menyampaikan ucapan di hadapan pelajar-pelajar Malaysia di Imperial College. Di dalam ucapannya Tun Dr Mahathir telah memperakui kerugian yang dialami oleh PERWAJA dan berlaku penyelewengan di dalam pengurusannya. Namun begitu, beliau menjadikan alasan tidak mendapat kerjasama daripada Bank Swiss sebagai jawapan mengapa siasatan terhadap kerugian ini masih tidak selesai. Ini adalah sebahagian daripada apa yang disebut oleh Tun Dr Mahathir Mohamad di dalam ucapannya, “RM10 billion is a big money but we must accept that losses will be incurred in industrializing Malaysia”.

Implikasi daripada penyelewengan, salah guna kuasa dan skandal kewangan yang terbesar ini atau, ‘The Biggest Financial Scandal In The History Of Malaysian’. Apa implikasinya? Jumlah RM10 bilion ini adalah lebih daripada jumlah belanjawan yang diperuntukkan kepada Kementerian Kesihatan dari segi pengoperasian dan pembangunan dengan untuk tahun ini sahaja, di mana Kementerian Kesihatan diberikan belanjawan berjumlah RM6.3 bilion. Jumlah RM10 bilion ini juga adalah lebih daripada mencukupi untuk melangsaikan segala hutang-hutang seluruh kerajaan negeri kepada Kerajaan Pusat.
BACA SELANJUTNYA DI SINI

Mahathir hanya meminta maaf tentang perbuatannya mengenepikan DYMM Yang di-Pertuan Agong tetapi Mahathir tidak pernah berani berterus-terang tentang kerugian-kerugian yang perlu ditanggung oleh rakyat Malaysia menerusi PENCURIAN HARTA DAN DANA AWAM bagi menyelamatkan kroni-kroninya.

PERWAJA STEEL hanyalah merupakan salah satu daripada berpuluh kes-kes bail-out lain yang telah menghilangkan RATUSAN BILION RINGGIT wang rakyat hanya untuk kepuasan dan kemewahan kroni-kroni Mahathir.



Maka benarlah seperti yang dikatakan oleh Ahli Parlimen Jerlun, Datuk Othman Aziz, seharusnya Mahathir terlebih dahulu memohon maaf dan memberikan penjelasan tentang kehilangan dana-dana awam sepanjang 22 tahun pentadbirannya.

Kilang PERWAJA STEEL di Gurun yang sekarang ini terbiar dan menjadi GAJAH PUTIH merupakan mercu tanda pembohongan, pengkhianatan dan kecurangan Mahathir yang harganya perlu dibayar oleh rakyat Malaysia.

Sama jugalah seperti PLAZA RAKYAT di tengah-tengah Bandaraya Kuala Lumpur yang sekarang ini hanyalah menjadi sarang untuk penagih-penagih dadah.


5 comments:

Anonymous said...

Ini ada lah realiti manusia.. iaitu bila kita mencari kesalahan dan kesilapan orang lain,kita lupa yg kita pun tidak sunyi dari membuat kesalahan dan kesilapan. Jadi sekarang orang menggali semula kesalahan dan kesilapan silam. Jadi jangan lah nak marah kan sesiapa.

Anonymous said...

apa nak dibuat dengan bangunan kilang itu bro? akan dibuat tugu atau muzium industri atau jual pada pembeli besi buruk? kalau jual kati, mungkin dapat cover 0.1% dari yuran yang dibayar pada Linggam Gate. kah kah kah

Anonymous said...

Kalau lah wang sebanyak kerugian yang dialami Perwaja dijadikan Brim, selamanyalah United National Maha Organization akan kekal memerintah. Satu pembaziran yang mana rakyat yang celik-celik tak sepatutnya biarkan ianya berlalu pergi begitu saja.

Anonymous said...

Hidup Tun M! Down with Najib!!!!

Anonymous said...

perwaja steel tu ada kat Kedah rupanya...mcm gini lah apakata kilang tu kerajaan kedah suruh pihak pertanian buat pusat tanam cendawan....rugi tau biar nagunan besar mcm tua tak digunakan...tanam cendawan...ada gak hadil kan...cuba panjangkan idea saya ni yer..

top