Semuanya bermula apabila sebuah klip video yang menunjukkan bagaimana bapa Lim Siew Khim diasak dan didesak agar memulangkan kembali wang daripada beberapa orang mangsa yang kononnya hendak digunakan bagi menjamin unit rumah kos murah yang akan dibina oleh Kerajaan Negeri Pulau Pinang.
Lim Siew Khim telah mengheret ibunya dalam satu sidang media dan menjual air mata bagi mendapatkan simpati dengan mengatakan dia tidak tahu menahu tentang perkara itu, walaupun beberapa laporan menyatakan, isu tersebut telah berlarutan agak lama. Lebih menarik lagi ialah apabila Lim Siew Khim turut menyalahkan bapanya tanpa sedikit pun menyalahkan dirinya walaupun modal yang digunakan oleh bapanya adalah pengaruh dan kedudukan Lim Siew Khim.
Rupa-rupanya kerana klip video tersebut menarik perhatian SPRM. Klip video tersebut hanyalah satu daripada sekian banyak lubang rasuah dan penyelewengan serta salahguna kuasa yang tidak terdedah lagi melibatkan DAP dan kaum kerabat pemimpin DAP.
Ketua SPRM Pulau Pinang telah mengesahkan, memanggil dua orang saksi untuk dirakam percakapan mereka membabitkan isu tersebut. Manakala pemimpin GERAKAN Pulau Pinang pula, membidas RSN Rayer dan ancaman samannya agar segera mengheret mereka ke mahkamah kerana mendedahkan rasuah dan salahguna kedudukan membabitkan pemimpin DAP itu.
Isu ini mungkin tidak besar kerana hanya melibatkan penipuan ke atas orang miskin. Jumlah wangnya juga tidak besar. Namun ia lebih keji kerana mempergunakan orang miskin untuk mengaut keuntungan besar walaupun hakikatnya mereka yang sepatutnya dibantu dan ditolong.
Ini adalah penipuan secara langsung ke atas rakyat. Ini adalah pencabulan hak dan kepercayaan yang telah diberikan kepada parti yang bercakap melaung-laung tentang anti rasuah tetapi menjadikan rasuah dan salahguna kuasa sebagai amalan utama.
Lim Guan Eng telah diseret ke mahkamah kerana rasuah dan salahguna kuasa tetapi dia menyalahkan Najib, UMNO, GERAKAN dan Barisan Nasional.
Lim Siew Khim dan RSN Rayer juga nampaknya mengamalkan benda yang sama. Yang melakukan perbuatan keji itu adalah bapa Lim Siew Khim tetapi yang dipersalahkan adalah GERAKAN, kononnya untuk mengalihkan tumpuan dan perhatian.
3 comments:
Kalaulah Pak Jun yang buat kerja kotor ini pastinya Probunga akan cepat cepat melatah dan bertindak apologetik sambil mencela Pak Jun sebagai memalukan agama dan bangsanya. Beruntunglah Dapigs kerana dapat penjilake yang bekerja bagi pihak mereka dan dengan itu tak perlulah Pak Kim bersusah payah jilat apa jua kekotoran di laman mereka. Wakakaka
Harga rumah campur caj tambahan: duit bawah meja, dengan sendirinya membuatkan harga rumah di Pulau Pinang menjulang tinggi ke paras Bukit Bendera. Salah siapa?
Kalau anak tidak mahu memikul beban yang di cipta oleh si bapa, siapa lagi boleh diharapkan. Apakah organisasi akan mampu memikul semua itu?
Dalam kepantasan menuju Pulau Moden dan Maju, jenis masyarakat yang mahu dibina haruslah mementingkan kekeluargaan dan bukan perorangan.
Adalah aneh apabila seorang anak meletakkan nama baik parti mengatasi kepentingan dan nama baik keluarga sendiri.
Post a Comment