Tuesday, September 27, 2016

KESIAN GUAN ENG... SUDAHLAH BAKAL HILANG JAWATAN KETUA MENTERI, JADI WAKIL RAKYAT PUN DAH TAK LAYAK LERR!!!



Setiausaha Agung DAP, Lim Kit Siang sedang berhadapan dengan perlucutan jawatan sebagai wakil rakyat sekaligus jawatannya selaku Ketua Menteri Pulau Pinang sekiranya mahkamah mendapati dia bersalah dan menjatuhkan hukuman kerana menghina mahkamah.

Minggu lepas, Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur telah memberikan kebenaran kepada Peguam Negara, Apandi Ali untuk memulakan prosiding menghina mahkamah ke atas Lim Guan Eng.

Menurut Apandi, Lim Guan Eng telah mengeluarkan beberapa kenyataan media dengan pengetahuan bahawa ianya mencampuri urusan perundangan, menghakis kepercayaan terhadap badan perundangan dan menghina maruah serta integriti mahkamah-mahkamah di Malaysia.

Lim Guan Eng pula mendakwa, dua tuduhan rasuah yang dihadapinya adalah 'konspirasi' ke atasnya dan sengaja direka-reka.

Setiausaha Agung DAP itu merupakan Ketua Menteri Pulau Pinang, Ahli Parlimen Bagan dan ADUN Air Puteh.

Jun lalu, Guan Eng dan rakan akrab isterinya, Phang Li Koon yang bersekongkol dengan ahli politik itu, meminta dibicarakan di Mahkamah Tinggi George Town.

Guan Eng telah didakwa menyalahkan kedudukannya untuk mendapatkan imbalan buat dirinya dan isterinya, Betty Chew. Dia telah dituduh meluluskan permohonan Magnificent Emblem untuk menukarkan status tanah pertanah kepada kegunaan hartanah, manakala tuduhan kedua adalah menyalahgunakan kedudukannya sebagai Ketua Menteri bagi mendapatkan imbalan menerusi pembelian sebuah banglo daripada Phang Li Koon pada harga RM2.8 juta yang merupakan harga di bawah pasaran.

Sekiranya mahkamah mendapati Lim Guan Eng bersalah kerana menghina mahkamah, dia bukan sahaja hilang kelayakan sebagai wakil rakyat, bahkan dia juga akan didenda dan dipenjarakan.

Artikel 48 Perlembagaan Persekutuan menyatakan, seseorang itu hilang kelayakan daripada menjadi Ahli Parlimen selama lima tahun sekiranya dia didapati bersalah dan dipenjarakan sehingga lebih satu tahun atau didenda lebih RM2,000.

Peruntukan yang sama juga terdapat dalam Undang-Undang Tubuh semua negeri, sekaligus Lim Guan Eng bakal berhadapan dengan jawatan yang paling digemarinya iaitu Ketua Menteri Pulau Pinang.


2 comments:

Anonymous said...

Lahabau ni nk tunjuk hero konon!!! Shoh4

Anonymous said...

Atau

top