Social Icons

Pages

BULETIN 247

Tuesday, September 27, 2016

MALAYSIA BANKRAP TAHUN 2020, LIANG TECK MENG CABAR HEW KUAN YAU PERTARUH RM5 JUTA UNTUK BUKTIKAN!!!



1. Tujuan saya mengadakan persidangan akhbar pada hari ini adalah untuk menyangkal kenyataan yang dibuat oleh bekas ahli DAP Hew Kuan Yau di mana beliau mendakwa bahawa Malaysia akan menjadi muflis menjelang tahun 2020 semasa memberi ceramah kepada orang ramai.

2. Saya amat kecewa dengan dakwaan Hew yang tidak berasas dan mengelirukan orang ramai. Isu Malaysia akan menjadi bankrap bukannya isu baru, dakwaan tersebut sering dibangkitkan oleh pembangkang dan pihak-pihak yang tidak bertanggungjawab sejak tahun 70-an sehingga ke baru-baru ini.

3. Selepas mencetuskan pelbagai kontroversi, pada bulan Julai, Hew terpaksa untuk undur diri sebagai ahli DAP untuk selamatkan imej parti dia. Walaupun kononnya sudah berhenti, Hew masih sering berkerja sebagai penceramah di pelbagai acara dan ceramah anjuran DAP. Ini bermakna, pengunduran Hew sebagai ahli DAP tidak bermakna.

4. Selama 40 tahun, ahli-ahli politik dari DAP sering menuduh Malaysia bakal bankrap ataupun menjadi negara gagal. Realitinya ialah ekonomi Malaysia semakin berkembang dan bertambah makmur sejak 40 tahun ini.

5. Kini pula sampai giliran Hew Kuan Yau yang cuba mengelirukan orang ramai dengan dakwaan sembarangan beliau yang tidak berasas dan hanya bertujuan untuk menghasut kemarahan orang ramai demi mencapai agenda politik.

6. Ahli-ahli politik seperti Hew mengemukakan fakta dan statistik ekonomi yang tidak betul kononnya Malaysia akan mengikut jejak Greece yang mengalami masalah ekonomi bagi menghasut orang ramai dengan menimbulkan rasa marah dan kebimbangan. Hakikatnya, Malaysia masih menjadi destinasi pelaburan asing, dakwaan tersebut terbukti salah dan tidak menjadi realiti

7. Pembangkang lebih gembira melihat kejatuhan ekonomi negara dan bertepuk tangan, hanya disebabkan oleh kepentingan politik mereka.

8. Mereka terus memburukkan negara tetapi tidak menyumbang kepada usaha kerajaan untuk mengatasi cabaran dan ketidakpastian ekonomi yang melanda negara kita.

9. Dengan ini, di bawah saksi peguam dan para pemberita di sini, saya ingin mencabar Hew Kuan Yau dalam perjanjian bertulis berikutan dengan dakwaan beliau.

10. Sekiranya Malaysia tidak menjadi bankrap pada tahun 2020 sebagaimana yang didakwa oleh Hew, maka beliau perlu menderma RM 5 juta kepada pertubuhan kebajikan yang dinamakan oleh saya. Akan tetapi, sekiranya Malaysia betul betul bankrap pada tahun 2020, saya dan sekumpulan kecil ahli perniagaan akan menajakan RM 5 juta kepada pertubuhan kebajikan yang dinamakan oleh beliau.

11. Ini adalah satu cabaran kredibiliti kepada Hew dan DAP yang sering kali menggunakan isu tersebut sebagai topik ceramah bagi mengelirukan orang ramai dan menghasut kemarahan mereka demi tujuan politik.

12. Saya ingin menegaskan di sini bahawa perbuatan Hew Kuan Yau adalah tidak bertanggungjawab, mementingkan diri sendiri, mengelirukan dan hanya bermotif politik, ia tidak menyumbang kepada pembangunan negara dan perpaduan masyarakat, perbuatan sebegini perlu diberhentikan.

13. Susulan pertumbuhan ekonomi memberangsangkan selama beberapa tahun - terutama sejak tahun 2009 - Sehingga 30 Jun 2016, KDNK tahunan semasa negara diunjur pada RM1.2 trilion. Ini adalah kira-kira 17 kali saiz ekonomi negara pada tahun 1986 dan sekitar 3 kali saiz ekonomi pada tahun 2003.

14. Ekonomi negara sebenarnya berkembang secara stabil dan sihat menurut fakta rasmi, bukannya sebagaimana yang didakwa oleh Hew dalam ceramah bahawa ekonomi kita merosot sejak penubuhan negara. Berhenti menipu dan mengelirukan rakyat.

15. Logiknya jika pendapatan negara meningkat, kita mampu menanggung hutang yang lebih besar. Nisbah semasa 53.4% bagi hutang berbanding KDNK masih terkawal. kadar ini adalah rendah jika dibandingkan dengan kadar antara tahun 1980 hingga 1985 apabila nisbah hutang berbanding KDNK melonjak daripada 44.0% kepada 103.4% dan kekal di tahap melebihi 55% sehingga tahun 1994.

16. Tidak logik untuk Malaysia menjadi 'bankrap' atau ekonomi negara berdepan masalah sekiranya nisbah hutang berbanding KDNK melepasi had 55% seperti yang didakwa pihak tertentu. Jika kita tidak muflis ketika kadar 103.4% pada tahun 1985, bagaimana mungkin kita boleh menjadi bankrap pada kadar 55%? Apatah lagi kadar 53.4% pada masa sekarang?

17. Dengan kadar semasa pada 53.4%, Malaysia berada dalam senarai ke-71 tertinggi daripada 179 negara. Sejumlah 70 negara mempunyai nisbah lebih tinggi berbanding Malaysia, termasuk negara maju seperti Jerman, Jepun, Kanada, Amerika Syarikat, United Kingdom dan Singapura.

18. Nisbah semasa hutang berbanding KDNK kita adalah terkawal dan ekonomi negara masih menikmati pertumbuhan sederhana 5% setahun pada tahun 2015 dan 4.1% pada separuh pertama tahun 2016.

19. Walaupun berdepan harga komoditi semasa yang rendah, kesan Brexit dan ketidaktentuan keadaan ekonomi global secara keseluruhan, kerajaan telahpun berkata tidak berhasrat melepasi had 55% dan akan terus menguruskan kewangan negara secara bertanggungjawab.

20. Bank Dunia, IMF dan agensi-agensi penarafan antarabangsa seperti Moody's. Standard & Poors dan Moody's menarafan dan sering memberi pengiktirafan bahawa ekonomi Malaysia kukuh pada gred A dan berada di laluan yang betul.

Siapakah Hew dan DAP untuk menuduh Malaysia akan bankrap dalam 4 tahun ini?

21. Saya mengambil kesempatan di sini untuk menggesa Hew dan sesetengah parti politik atau individu yang tertentu supaya berhenti menyebarkan propaganda untuk mengeliru dan menakut-nakutkan rakyat, kerana ia akan menjejaskan keyakinan pelabur dan pengguna terhadap ekonomi negara. Berhenti mensabotaj negara sendiri tetapi menyumbang secara membina kepada pembangunan negara.

Liang Teck Meng
Setiausaha Agung
Parti Gerakan Rakyat Malaysia

1 comment:

Anonymous said...

Wah...cina Dap lawan cina berjiwa Malaysia... Yes...biar cina yang selalu sokong Dap ni bukak mata.. Nak sokong Dap apasal..ekonomi Malaysia berasaskan perniagaan berbilang kaum bukan cina jer...so cina rasis buka mata besar besar sedar diri....klau rasa Malaysia ni nak bangkrap... Elok lah kau orang berambus cari negara yang kau orang rasa ksu orang jer betul

 
Blogger Templates