Social Icons

Pages

BULETIN 247

Friday, September 30, 2016

MAHATHIR GAM KIT SIANG, MUHYIDDIN PULA PERDAYA HADI AWANG!!!



Bagi mereka yang telah dewasa dan membesar dengan UMNO pada tahun 1980-an, pastinya mereka masih ingat lagi bagaimana Tengku Razaleigh Hamzah berjaya mewujudkan dua pasukan yang berlainan ideologi tetapi mempunyai satu matlamat iaitu menumbangkan Barisan Nasional pada pilihanraya umum tahun 1990.

Dua pasukan tersebut adalah ANGKATAN PERPADUAN UMMAH yang terdiri daripada PAS, Semangat 46, Berjasa, Hamim dan Kimma serta GAGASAN RAKYAT yang terdiri daripada DAP, Semangat 46, PBS dan PRM.

Pilihanraya 1990, PAS berjaya merampas Kelantan dari tangan UMNO bersama-sama Semangat 46, manakala PBS pula berjaya menguasai Sabah tanpa banyak masalah kerana Mahathir kalah taktik politik dengan Pairin Kitingan.

Malangnya, Tengku Razaleigh gagal menjadi Perdana Menteri. Semangat 46 yang dibina dengan kekuatan pemimpin-pemimpin kanan dan akar umbi UMNO yang menentang Mahathir, hanya kuat di Kelantan manakala di Terengganu, Pahang dan Perak pula, Semangat 46 tidak mampu membentuk kerajaan negeri.

Angkatan Perpaduan Ummah (APU) dan Gagasan Rakyat akhirnya dilupuskan. Semangat 46 juga dilupuskan dan kesemua pemimpin serta ahli-ahlinya diserap masuk ke dalam UMNO. Semuanya seronok dan beranggapan segala-galanya telah selesai.

Tetapi daripada kewujudan APU dan Gagasan Rakyat itulah, DAP memperolehi kekuatan dan merangka strategi jangka panjang setelah mengetahui kelemahan dan kepincangan yang terdapat dalam pertubuhan-pertubuhan Melayu.

Kini Dr. Mahathir cuba mengulangi apa yang dilakukan oleh Tengku Razaleigh Hamzah. Bagaimanapun, menggunakan proksinya, Muhyiddin Yassin, Dr. Mahathir sebaliknya sekadar mampu memberikan tekanan dan memaksa PAS bergabung di bawah pentadbiran Parti Cap Bunga bersama-sama DAP dengan retorik-retorik politiknya.

PAS sudah berulang-ulang kali menegaskan bahawa mereka tidak akan bekerjasama dengan DAP lagi. PAS sudah pun berikrar bahawa mereka tidak akan diperdayakan oleh DAP buat kesekian kalinya. PAS bagaimanapun, belum lagi mengeluarkan sebarang kenyataan tentang ANAK-ANAK MAHATHIR walaupun PAS adalah pihak yang paling banyak mendedahkan tentang kecenderungan Mahathir untuk mengkayakan anak-anaknya menerusi kontrak-kontrak lumayan kerajaan suatu ketika dahulu.

Namun, menggunakan Muhyiddin Yassin yang dikatakan telah diarah untuk dilihat bersama-sama Abdul Hadi Awang dalam satu program di Marang, menunjukkan bahawa PAS sememangnya TERLALU PENTING kepada Mahathir walaupun sepanjang kerjaya politiknya, Mahathir amat memusuhi PAS dan melakukan pelbagai usaha untuk menghapuskan PAS termasuklah penangkapan-penangkapan dalam pelbagai operasi termasuklah yang paling terkenal, PERISTIWA MEMALI.

Dengan Mahathir sendiri cuba menjadikan DAP sebagai sekutu, manakala Muhyiddin pula bertindak serupa untuk PAS, ulangan APU dan GAGASAN RAKYAT yang kebanyakan pengguna media sosial yang cuma hidup pada zaman penghujung kerjaya Mahathir sebagai Perdana Menteri tidak tahu, sedang diulang semula.

Cuma kali ini dalam bentuk yang berbeza walaupun formatnya Mahathir tiru daripada Tengku Razaleigh Hamzah!

Sejarah tidak berubah walaupun ada cubaan untuk mengherotkan sejarah itu.


4 comments:

kiasfansuri said...

Hadi awang bukan bodoh

Anonymous said...

Sebok hal ehwal parti orang lain.

Pakai UMNO dah nak sendiri dah nak Mampos!!

Jaga tepi kain orang lain.. Kain bini sendiri orang lain tanggalkan!!

Kahkahkahkah...

Anonymous said...

Tak sibuklah...cuma kesian ngn Pas ke laut jer Pas ni...klau sombong berlagak nak perintah Kelantan pun tak berdaya tanpa bantuan Kerajaan Pusat...isu air pun mcm tak ada kesudahan..sekarang Selangor...bukak matalah rakyat Selangor pembangkang ni nak perintah utk perut mereka jer...bukan utk rakyat..contoh..Nenek lampir kejap dah jadi jutawan segera...

Anonymous said...

Kau yg dah buang tabiat nak kiok kot.
;-) ;-) ;-) seluar dalam mak masih pakaikan?

 
Blogger Templates