Tuesday, September 13, 2016

PATUTLAH MUHYIDDIN TERSILAP UBAT LIBIDO DENGAN PANADOL, RUPA-RUPANYA SIBUK NAK COVER ANAKNYA YANG KAYA RAYA!!!



Muhyiddin Yassin menimbulkan kegemparan dengan cerita sensasi penuh penipuannya tentang bekalan ubat di hospital. Anehnya, walaupun berbohong, ada pula yang membela dengan memberikan contoh yang memperkukuhkan dakwaan Muhyiddin sekalipun dia sendiri memberitahu, hospital berkenaan memintanya mengisi borang untuk ubat berkenaan dihantar melalui pos.

Seperti Mahathir yang bertukar menjadi PEJUANG RAKYAT setelah kepentingan perniagaan anak-anak dan kroni-kroninya terjejas, Muhyiddin juga rupa-rupanya mengikuti jejak langkah yanga sama. 

Anaknya, Datuk Fakhri Yassin merupakan pemegang saham terbesar dalam Thriven Global Bhd (sebelum ini dikenali sebagai Mulpha Land Bhd) yang merupakan syarikat senaraian. Fakhri juga merupakan pengarah Health Management International yang dimiliki oleh dua hospital persendirian Malaysia iaitu Mahkota Medical Centre dan Regency Specialist Hospital, yang berpangkalan di Singapura.

Sungguh melucukan apabila Muhyiddin merungut tentang tidak diberikan panadol dalam ceramahnya yang jelas bertujuan untuk menipu dan memperdayai orang ramai memaandangkan anak lelakinya itu boleh memasukkan dia ke hospital swasta milik sendiri dengan mudah sahaja.

Panadol memang tidak dibekalkan oleh hospital-hospital kerajaan kerana yang ada adalah paracetamol dengan jenama yang berlainan. Paracetamol merupakan pain-killer yang sering diberikan oleh doktor kepada pesakit untuk penyakit-penyakit tertentu, termasuklah kepada mereka yang menghidap penyakit buah pinggang yang tidak boleh memakan ubat secara sembarangan.

Pembayaran tetap RM1 dan RM5 untuk klinik pakar di hospital-hospital kerajaan dengan bekalan ubat yang harganya ratusan ringgit kalau dibeli di farmasi.

Pembohong apa lagi si Muhyiddin kalau Mahathir sendiri pun masuk IJN dan kemudian keluar tanpa membayar sesen pun! Menghairankan jugalah bagaimana Muhyiddin tidak diberikan ubat oleh hospital kerajaan. Barangkali ada sesuatu yang tidak kena dengan dirinya atau dia sebenarnya memburuk-burukkan hospital kerajaan demi melindungi seseorang, atau lebih tepat lagi anak-anaknya yang menjadi kaya raya kerana kedudukannya di dalam jawatan kerajaan.

Mulpha Land Bhd merupakan anak syarikat Mulpha Holdings sehingga dibeli oleh Fakhri pada tahun lepas. Mereka telah membangunkan projek hartanah terbesar di Johor terutama pada tahun 1991 apabila merek amelancarkang projek tanah dikenali sebagai Leisure Farm berkeluasan 1,765 ekar.

Muhyiddin Yassin adalah Menteri Besar Johor dari 12 Ogos 1986 sehingga 13 Mei 1995. 

Serangan Muhyiddin kali ini adalah disebabkan pindaan Bajet 2016 apabila peruntukan untuk Kementerian Kesihatan dipotong 10% atau lebih kurang RM250 juta kesan dari kejatuhan harga minyak dunia. 

Bagaimanapun, potongan tersebut dibuat dengan meningkatkan keberkesanan dan kecekapan sektor kesihatan di pelbagai peringkat. Tiada lagi lawatan luar negara, atau menghadiri konferens, latihan atau mesyuarat di luar negara selain meningkatkan penggunaan ubatan generik.

Potongan tersebut dibuat tanpa menjejaskan tahap perkhidmatan di hospital-hospital kerajaan. 

Ironinya, mulut dan lidah yang sama jugalah yang banyak komplen atau mengecam apabila bajet untuk pengurusan hospital meningkat saban tahun tetapi apabila kerajaan cuba mengurangkan bajet bagi meningkatkan kecekapan tanpa mengorbankan tahap perkhidmatan, mulut dan lidah yang sama jugalah yang tetap merungut!!!


9 comments:

Anonymous said...

Moidin mana boleh pakai. Dia dah jadi pembohong.

Anonymous said...

Dasr si tua terdesak terpaksa menipu
Cilakalah manusia gila kuasa mcm situa keparat tu

Anonymous said...

mmmm...kan dah kantoi....

Anonymous said...

Mana Ada org masuk UMNO tak nak duit, nak jadi Pak lebai. UMNO sudah jadi lubuk rasuah. Semua pasal projek. Kalau projek dibuat betul tak apa .Ini macam air longkang Kat Taman perumahan tak mengalirkan sebab tak ada gradient . Sama dgn lantai bilik Mandi di hospital air tak masuk lubang sink. Yang merosakkan Negara mungkinlah melayu umno bab nak jadi kaya cepat. Madir mengunakan kelemahan melayu dgn mencurah duit tapi tempiasan sudah kena pada Negara yg goncang sekarang. Tak ada org yg nak buat kerja secara betul di Msia

Anonymous said...

Harap Muhyiddin tidak berbohong. Kerana salah satu dosa penyebab siksa kubur ialah berbohong.

Saya beberapa kali (mengikut giliran) membawa ibu saya dan adik saya ke Hospital Besar Alor Setar (Sultanah Bahiyah). Ibu saya mengidap penyakit jantung, darah tinggi dan juga Diabetes Type II. Manakala adik saya mengidap penyakit Diabetes Type I. Seingat saya tidak pernah pihak hospital memberi Panadol ataupun Paracetamol kepada mereka. Ubat yang mereka perlukan tidak pernah kehabisan dan tidak pernah pula mereka diberi prescription supaya membeli ubat di Farmasi swasta. Mereka memberikan tidak kurang dari 5 jenis ubat kepada ibu saya termasuk insulin.

Adik saya pernah terkena leptospirosis/meningitis, dimasuk ke ICU dan berjaya diselamatkan. Semasa di ICU injection ubat-ubatan (morphine, antibiotics, anti-virus dsbg) dibuat secara computerise. Dia dirawat selama lebih kurang 2 minggu. Kos rawatan kalau dimasukkan hospital swasta rasanya puluhan ribu.

Adik juga saya mempunyai masalah penglihatan dan matanya memerlukan pembedahan dan injection Lucentis. Sebelah matanya baru dibedah dan pendarahan/darah didalam matanya berjaya dibuang. Dia telah diberi injection lucentis oleh pihak Hospital tidak kurang dari 5 kali kerana kedua-dua belah matanya bermasalah. Kos sekali injection lucentis di hospital swasta ialah RM5,000.00

Saya menghargai perkhidmatan yang professional dan sikap belas kasihan kakitangan Hospital Sultanah Bahiyah kepada ibu dan adik saya walaupun dengan bayaran yang tidak seberapa (setakat ini jumlah bayaran tidak melebihi RM1,000.00 untuk adik saya dan beberapa puluh ringgit untuk ibu saya). Semoga Allah membalas jasa baik kalian.

Anonymous said...

jilake punya mat sembab !! makin lama , perangai mcm haram . serupa dah nuor . menipu je kejanya . tapi heran kan , ramai lagi percaya muka sembab penipu kaki kencing ni. bodoh level berapa tak tahu lah. kalau diletak bersebelahan dgn lembu , lembu 1 , penyokong si sembab ni 0 .

Anonymous said...

Kahkah...

Anak dia kaya masa dalam parti bunga raya ka parti dacing? Tak heran la kalau betul pun... umno atau bekas umno semua...

janji jgn lawan umno.... selamat la kamu...

Anonymous said...

Eh kau...
Kau ingat kakitangan sepital tu ke yg beli obat kau? Diorang pun dpt gaji tau... semua dibayar oleh duit2 hasil cukai rakyat malaysia dan hasil bumi...

Anonymous said...

Semenjak kantul kes ketahuan bermesraan dengan nika gee menyebabkan stanley augustin mendendangkan lagu sudah ku tahu di mahkamah menyebabkan jiwa midin menjadi selimut tetangga - gekBN

top