Social Icons

Pages

BULETIN 247

Monday, September 12, 2016

MUHYIDDIN YASSIN PEMBOHONG BESAR!!! ENTAH-ENTAH DIA KELIRU ANTARA UBAT MATI PUCUK DENGAN PANADOL!!!



Bila menentang UMNO-BN, maka wajib BERBOHONG dan MENIPU demi mendapatkan lebih kepercayaan dan pengaruh?

Muhyiddin Yassin, Presiden protem Cap Bunga barangkali sedar, orang yang khayal mendengar ceramahnya adalah terdiri daripada kalangan bodoh yang boleh ditipu sewenang-wenangnya. 

PEMBOHONG BESARLAH bekar Timbalan Presiden UMNO itu tentang pemberian PANADOL di hospital-hospital kerajaan kerana kerajaan sudah tidak mampu membiayai perubatan rakyat Malaysia!

Punyalah kemaruk nak tunjuk kononnya, dia sedang berjuang untuk rakyat, sehingga berasakan perlu untuk menipu tanpa rasa bersalah sedikit pun!

Dia kata, dia pergi ke hospital... hospital mana yang dia pergi kerana semua hospital kerajaan tetap memberikan ubat-ubat mengikut penyakit walaupun hanya dibayar seringgit atau RM5 (klinik pakar). Pesakit-pesakit jantung, darah tinggi, kencing manis hatta kanser sekalipun, tetap menerima bekalan ubat mereka yang kalau dibeli di farmasi harganya mencecah ratusan ringgit kalau tidak pun ribuan ringgit untuk bekalan sebulan. 

Atau dia sekali lagi mengulangi HEARSAY yang dia sendiri tidak mempunyai sebarang bukti tetapi mudah dipercayai oleh totok-totok yang sentiasa mendabik dada mereka lebih bijak daripada golongan yang menyokong UMNO sedangkan hakikatnya, mereka jauh lebih bangang berbanding lembu yang diumpan lalang kering!

Atau barangkali MUHYIDDIN YASSIN TIDAK DAPAT MEMBEZAKAN PANADOL dengan UBAT LIBIDO yang sudah tentu perlu dibeli dari farmasi kerana hospital kerajaan tidak membekalkannya!!!



7 comments:

morsimahad said...

tak kan duit berbilion masih mahu dapat penadol percuma, kedekutnye. padanlah hospital tu kata dah habis.

Anonymous said...

Pasti admin dah siasat mmg tiada kejadian seperti yang dikatakan berlaku di malaysia kan? Admin x tipu, admin kukur x makan dedak....kan?

Anonymous said...

Politik andaian dan tuduhan melulu ni patut dijauhi...buruk akibatnya. Belum lgi cakap pasal dosa fitnah.

Unknown said...

Bila kali terakhir korang pergi spitak KERAJAAN.......?????
Kali terakhir aku pergi, bulan JULY.
Spital Besar MELAKA.
Bila preskripsi ubat diserahkan kat farmasi,
farmasi kata takda ubat. Dia soh isi borang, nanti
akan diposkan!!!!
Dulu tak pernah ada macam ni.
Bukan ubat mahal pun.
Takat ubat gosok untuk lutut yang sengal je.
Beli jelah kat farmasi, habis cerita.

megat panjialam said...

Jika dlm blog blh post pic aku letak ubat sakit pipi emak aku yg baru diambil pagi tadi utk tempoh 2 bln d hospital taiping. cik minah pi spetal mana?

Anonymous said...

ko nak obat ape cik minah oi... obat terlajak laris? obat qu putih gedik2? memang takado kat spital. aku dapat sebakul ubat doktor bagi doktor bagi kerana aku pesakit buah pinggang.
setakat sakit lutut kerana yidin banyak main kuda kepang...carilah obat gosok serai de herb pasti mujarab.

Anonymous said...

Setakat ni alhamdulillah, kerajaan masih membantu utk ubat2an warga emas...mak mertua sakit...ada bermacam2 ubat perlu diambil..harganya beratus ringgit..begitu juga ayah saya...ubat sakit stroke...tak pernah bayar hingga saat ini..di hospital serdang dan klinik kerajaan di bangi...alhamdulillah..syukur pd Allah dan terimakasih pd kerajaan..

 
Blogger Templates