Wednesday, September 7, 2016

PERSATUAN GURU-GURU SEKOLAH CINA MULA BERTINDAK KERANA BAHASA MELAYU DAN GURU-GURU BUKAN CINA DIANGGAP SEBAGAI PENJAJAH ANCAM SEKOLAH-SEKOLAH CINA!!!



Perhatikan bagaimana mereka bertindak dengan sangat pantas dan kemudian menggunakan persepsi kononnya pendidikan Cina akan dihapuskan bagi mendapatkan reaksi dan sokongan daripada masyarakat mereka, sekaligus mewujudkan tanggapan kononnya Kementerian Pelajaran sedang dalam usaha untuk menghapuskan atau lebih tepat lagi MENJAJAH SEKOLAH-SEKOLAH CINA dengan BAHASA MELAYU.

Sin Chew Daily semalam melaporkan persatuan guru-guru sekolah Cina (Jiao Zong) melahirkan kebimbangan ekoran kajiselidik yang dijalankan secara atas talian oleh Kementerian Pelajaran. 

Kaji selidik atas talian tersebut telah dimulakan di laman sesawang Kementerian Pelajaran bermula 22 Ogos lalu, sekaligus menyebabkan Jiao Zong menggesa mereka yang mengambil berat tentang PENDIDIKAN ALIRAN CINA untuk memberi reaksi kepada kajiselidik atas talian itu. 

Persatuan tersebut turut mendakwa, soalan-soalan yang ditanya dalam kajiselidik tersebut mengandungi elemen-elemen yang mengancam kewujudan sekolah-sekolah rendah Cina dan berharap lebih ramai yang memberikan perhatian kepada isu tersebut.

Setiausaha Agung Jiao Zong, Chen Qing Shun berkata, mereka yang mengambil berat tentang status pendidikan Cina dan mahu mempertahannya, perlu memberikan respons terhadap kajiselidih tersebut yang mana harian berbahasa Cina tersebut menganggap ia adalah sebahagian daripada Rancangan Lima Tahun Untuk Perpaduan dalam Pendidikan.

Tarikh akhir kajiselidik tersebut adalah 16 September.

Dua soalan yang benar-benar membimbangkan Jiao Zong adalah: 

Soalan 5: 'Pada pendapat anda, adakah dengan mewujudkan satu dasar yang mewajibkan guru pelbagai kaum mengajar dalam sesebuah sekolah akan menyebabkan peningkatan tahap perpaduan dalam kalangan murid di sekolah?'
(In your opinion, will introducing a policy for greater racial diversity of teaching staff in schools lead to better unity among children in schools?)

Soalan 12: 'Sekiranya Bahasa Melayu diwajibkan sebagai Bahasa komunikasi/interaksi dalam kalangan murid di semua sekolah, adakah dasar ini dapat membantu mewujudkan persekitaran perpaduan di sekolah?'
(If Bahasa Melayu is made compulsory as the language of communication/interaction among students in all schools, would this policy help create a unified environment in schools?)

Kedua-dua soalan tersebut dilihat sebagai ancaman kepada kewujudan sekolah-sekolah aliran Cina pada masa hadapan kerana dilihat sebagai satu bentuk penjajahan walaupun pada masa yang sama, yang membabitkan apa-apa sahaja berkenaan Melayu-Bumiputera, Cina juga mahu merasa sama walaupun mereka tidak menyumbang seperti pengagihan zakat dan hak istimewa.

Ketakutan kepada satu sahaja aliran pendidikan, sememangnya sudah lama menjadi stigma buat pengelola dan persatuan-persatuan dalam aliran vernakular Cina khususnya. Mereka sentiasa mahukan itu termasuklah merendahkan tahap kertas peperiksaan agar pelajar-pelajar mereka dilihat lebih cerdik dan pendidikan mereka lebih hebat, tetapi apabila pelajar-pelajar berkenaan berpindah ke sekolah menengah aliran kebangsaan, pelajar-pelajar tersebut banyak keciciran, sekaligus menyebabkan tuduhan sekolah-sekolah menengah aliran kebangsaan tidak berkualiti, dibuat sewenang-wenangnya.

Ironinya, ramai pula yang percaya bahawa sekolah-sekolah aliran Cina lebih baik dari sekolah-sekolah aliran kebangsaan!

Dan di sebalik sembang-sembang dan cakap-cakap besar kononnya negara ini perlukan perpaduan dan penyatuan, apabila Perlembagaan Persekutuan cuba diaplikasikan, golongan yang paling kuat mendabik dada itulah juga yang tampil pantas menentangnya!!!

9 comments:

Anonymous said...

Pemimpin melayu bangang

Anonymous said...

Kat mana link kajiselidik? Mohon share

The Saviour said...

anon 6:18 pm

https://www.surveymonkey.com/r/eduroadmap

Anonymous said...

Dah tutup :(

wamengong said...

Bila pemimpin tak tau bertegas malah berusaha meraih populariti maka inilah jadinya...

glassman said...

tepat sekali.. dah bukan bubur lagi.. nak basi dah..

Anonymous said...

Halaukan cina2 tu balik tongsang! X sedar diri..

Puan JayJay said...

East to talk ....only in fb.

Puan JayJay said...

Easy to talk....but doing nothing

top