Sunday, September 4, 2016

TMJ CARI FASAL BILA CADANGKAN SEKOLAH VERNAKULAR DI JOHOR DIHAPUSKAN DAN DIGANTIKAN DENGAN SEKOLAH BANGSA JOHOR!!!



FMT melaporkan yang Tengku Mahkota Johor telah menyeru agar sekolah-sekolah vernakular di Johor digantikan dengan sekolah satu aliran 'BANGSA JOHOR'.

Di dalam video yang dimuatnaikkan di laman Facebook pasukan bolasepak Johor, Tengku Ismail Iskandar berkata, "Anda mempunyai sekolah Tamil, anda mempunyai sekolah Cina, anda mempunyai sekolah Melayu. Dari kecil lagi, anda telah diajar untuk menentang penyatuan. Adakah anda fikir, mereka akan bersatu apabila mereka meningkat dewasa?"

"Pada masa hadapan, tiada lagi sekolah-sekolah Cina, Tamil, Melayu di Johor," katanya. Bagaimanapun TMJ berkata, sekolah-sekolah agama Islam akan dikekalkan sebagaimana yang ada sekarang.

Kedudukan sekolah-sekolah vernakular tidak diperuntukkan di dalam Perlembagaan membabitkan kerajaan walaupun itulah yang seringkali cuba diputarbelitkan oleh pejuang-pejuang vernakular. Walaupun Dr. Mahathir pada zaman kritikalnya sebagai Perdana Menteri pada penghujung 1990-an telah mengangkat tinggi sekolah-sekolah vernakular bagi meneruskan kelangsungan jawatan dan kedudukannya. 

Artikel 152 Perlembagaan Malaysia hanya membenarkan belajar dan mengajar dalam bahasa ibundi kaum-kaum lain dan bukannya sampai menubuhkan sekolah. Kalau ada sekolah-sekolah vernakular, kerajaan tidak boleh menggunakan dana dan peruntukan kerajaan, sebaliknya sekolah-sekolah tersebut perlu ditadbir dan diuruskan sendiri oleh lembaga pengelolanya. Menjadikan sekolah vernakular sebagai salah satu komponen aliran pendidikan negara, adalah salah dan bertentangan dengan Perlembagaan. 

Bagaimanapun, sekolah-sekolah vernakular wujud dalam Seksyen 28 Akta Pendidikan yang memberikan kuasa kepada menteri untuk menubuhkan sekolah jenis kebangsaan. 

Seksyen 28 Akta Pendidikan bertentangan dengan Artikel 4(1) Perlembagaan Malaysia, sekaligus peruntukan Seksyen 28 Akta Pendidikan adalah batal dan tidak sah.

Adakah saranan TMJ ini akan membangkitkan semangat dan sentimen para pemimpin MCA, MIC, GERAKAN dan DAP terutamanya, kerana mereka amat sensitif jikalau sekolah-sekolah vernakular yang tidak terdapat dalam peruntukan Perlembagaan Malaysia itu, mahu dihapuskan atau diusik, tetapi mereka sendiri banyak mempertikaikan sekolah-sekolah agama rakyat, mahupun institusi-institusi pendidikan agama Islam yang menerima peruntukan Kerajaan Pusat?

Atau adakah akan ada menteri-menteri serta pemimpin-pemimpin UMNO atau Cap Bunga atau PKR atau PAS terutama yang berbangsa Melayu-Bumiputeranya, akan terkinja-kinja menempelak TMJ kerana saranannya mahu menghapuskan sekolah-sekolah vernakular di Johor dan digantikan dengan SEKOLAH BANGSA JOHOR?

5 comments:

Ted Manoff said...

Steady TMJ. Gua chaya lu

Anonymous said...

Terbaik...kalau perdana menteri tak berani nak luahkan biar anak sultan...pulak...baru padan.orang yang tak sedar dek untung...ni..dah dapat jadi warga Malaysia pandai2 lah bawa diri

Anonymous said...

Idea terbaik dari TMJ. Rasanya tidak ada masalah jika sekolah satu aliran di peringkat sekolah rendah dilaksanakan. Murid dapat duduk sebumbung dari kecil. Pada waktu petang pula murid islam dengan sekolah agamanya dan murid cina dengan sekolah cinanya dan murid india dengan sekolah indianya serta sekolah inggeris pun boleh ada untuk yg berminat selama 3 jam. Apa ada masalah. Tidak perlu menghentikan sekolah cina atau sekolah india.

Anonymous said...

Terbaik..
Utk menyatukan rakyat malaysia yg berbilang kaum.. sy sokong demi masa depan negara..

Unknown said...

Memahami n memartabatkan Perlembagaan Megara tanggungjawab.seiap Warganegara n ia kunci Kepada Persatuan rakyat , perpaduan n kesejahteraan Negara

top