Thursday, October 6, 2016

KENAPA MARAH? ZAMAN SERBA CANGGIH NI, MENARA KOMUNIKASI PUN BOLEH BERBENTUK KUBAH MASJID!!!



Sudah dua hari kecoh tentang menara azan di Surau Ar-Raudhah yang dirobohkan oleh MBSA yang terletak di Setia Alam. Alasan pertama bahawa menara tersebut membahayakan keselamatan orang ramai dan pengguna jalanraya, tidak terpakai dan kemudian muncul pula alasan kedua kononnya menara tersebut merupakan menara komunikasi yang dibina tanpa kebenaran, selain penglibatan Majlis Agama Islam Selangor untuk mengukuhkan alasan bahawa menara itu sebenarnya adalah menara telekomunikasi, membuatkan ramai yang mencemuh Kerajaan Negeri Selangor dan MBSA sendiri.

Akhirnya, pihak MBSA menuntut Utusan Online menarik balik artikel berkenaan dengan alasan, ianya adalah satu fitnah dan memperlekehkan kakitangan MBSA yang telah berikrar untuk memberikan khidmat terbaik kepada penduduk Bandaraya Shah Alam.


Sebaik-baiknya tidak perlulah pertikaikan alasan yang diberikan oleh MBSA. Terima sahajalah alasan-alasan tersebut walaupun penduduk setempat sendiri mengakui bahawa menara tersebut memang memancarkan azan sekaligus menjadi salah satu daripada medium komunikasi pemberitahuan masuknya waktu solat kepada penduduk setempat.

Mempertikaikan alasan yang diberikan oleh MBSA samalah seperti memperlekeh-lekehkan pegawai serta kakitangan MBSA. Mereka mempunyai otak dan tahap kecerdikan luar biasa yang digunakan untuk memberikan khidmat terbaik sepertimana yang diperakui oleh Muhammad Shakir Ameer yang merupakan Ahli Majlis MBSA yang turut mengancam akan mengambil tindakan undang-undang terhadap Utusan kerana laporan atau artikel yang mengandungi 66 patah perkataan itu.

Artikel tersebut sekadar menyatakan sebuah menara surau dirobohkan oleh MBSA kerana tidak mendapat kebenaran dan setelah menerima aduan daripada orang ramai tentang ancaman bahaya daripada menara tersebut, meskipun menara itu dibina hampir dua tahun lalu.


Beberapa orang penduduk yang mempertikaikan alasan bahawa ianya adalah sebuah menara komunikasi dengan memperincikan bentuk menara komunikasi yang sudah tentu tidak mempunyai kubah masjid, seharusnya mendiamkan diri kerana MBSA lebih faham dan lebih maklum tentang perkara itu.

Ia samalah seperti apabila dinyatakan tentang ancaman keselamatan daripada menara setinggi 30 meter itu dengan pembesar suara berbanding kewujudan mesin-mesin judi dan premis-premis judi haram selain rumah-rumah urut yang bersepah-sepah di bawah MBSA yang tidak diambil sebarang tindakan walaupun MBSA mempunyai kuasa untuk menyita premis.


4 comments:

Anonymous said...

Tahniah rakyat selangor darul pluralisma ... pluralisma adalah murtad... dah sokong tu duduk diam2 la.... lu pilih lu tanggung ..... Tahniah Selangor Darul Pluralisma Murtad....

Anonymous said...

Beginilah nasib Islam sekiranya Pakatan memerintah.

Anonymous said...

Nak buat camner..dah Menteri Besar pun bengap..semua nya mengikut telunjuk cina DAR demi pengekalan kuasa nya..mana ada pembahruan dan penyelesaian yang dia lakukan cuma mulutnya akan menyalahkan orang lain dengan apa yang berlaku, sedangkan dia sendiri tidak tau apa yang sepatutnya dilakukan dalam mentadbir sebuah negeri..NASIB LAH RAKYAT SELANGOR..KALIAN YANG BUAT PILIHAN ...HIDUP PAKATAN..

Anonymous said...

kenapa MBSA boleh pulak approve kawasan perumahan yg berada dalam kawasan merbahaya, seperti di terletak di lereng bukit merbahaya, di tepi bukit yg boleh runtuh bila-bila masa? Harap ada la pihak berkuasa menyiasat.

top