Ada yang bercakap besar terutama sekali puak Cap Bunga, kononnya, zaman Najib sebagai Perdana Menteri, rasuah bermahajaralela dan terbukti apabila SPRM berjaya membuat tangkapan-tangkapan jerung berbanding zaman Mahathir.
Yang mereka tidak pernah cuba melihat sejarah ialah, pada zaman Mahathir pun, memang ada tangkapan anti rasuah, baik oleh Biro Siasatan Negara (BSN) kemudian Biro Penyiasatan Rasuah (BPR) sebelum zaman Abdullah Badawi ditukar namanya menjadi Suruhanjaya Pencegahan Anti Rasuah (SPRM). Bagaimanapun, tangkapan hanyalah melibatkan bilis-bilis dan ikan-ikan kecil membabitkan penjawat-penjawat awam berpangkat rendah tetapi membiarkan yang berpangkat besar bermaharajalela mengumpul kekayaan secara keji. Malah operasi anti rasuah tersebut bolehlah dikategorikan sebagai 'BERSKALA HIBURAN'.
Dan ianya berlaku pada zaman Najib Abdul Razak, bukan zaman Abdullah Badawi dan jauh sekali dari zaman Mahathir!
Sesuatu yang menarik yang mungkin masih cuba disangkal oleh sebilangan pihak di negara ini ialah - zaman maklumat di hujung jari ini - sekadar penafian tidak dapat menghilangkan keraguan apatah lagi semakin ramai yang memperkatakannya secara terbuka tentang amalan dan perlakuan rasuah sedangkan pada masa yang sama, bukti mata pula adalah sebaliknya.
Kalau dahulu, cerita rasuahnya sekadar bernilai kecil tetapi zaman di mana Facebook menjadi medium utama, rasuah-rasuah yang didedahkan pula sangat besar. Dan walaupun terdapat keterbukaan tentang laporan yang perlu dibuat kepada pihak berkuasa, khususnya SPRM, namun ianya tidak menjadi penghalang kepada orang awam untuk terus menghebahkan 'industri' berkenaan menggunakan medium media sosial.
Turut ditimbulkan juga adalah tentang sejumlah pendatang asing yang diberikan status PR dan warganegara sungguhpun sebahagian daripada mereka, bukan sahaja tidak boleh bertutur dan menulis dalam Bahasa Kebangsaan sebagaimana syarat yang tertulis dalam Perlembagaan Malaysia, bahkan tidak boleh langsung faham Bahasa Kebangsaan.
Dalam tempoh terdekat ini sahaja, sudah ada beberapa penangkapan 'besar' yang dilakukan oleh SPRM melibatkan penjawat awam dan jerung besar dalam GLC termasuklah Bank Rakyat. Sekaligus tindakan SPRM selepas rombakan jawatan yang dibuat pada zaman Najib ini telah mengesahkan cakap-cakap selama ini bahawa rasuah telah berakar umbi dalam perkhidmatan awam.
Tidak dinafikan, memang ada campurtangan politik terutama sekali kalau kita rajin mendengar dan keluhan daripada anggota-anggota rendah kakitangan awam yang menguruskan pemberian visa, permit kerja mahupun dokumen diri selain membabitkan pemberian atau penjualan tanah. Namun sekiranya, jerung-jerung besar di lubuk-lubuk sensitif tersebut berpegang teguh kepada integriti dan menjunjung kedaulatan undang-undang, apa yang berlaku di Sabah semalam, tidak akan berlaku!
Zaman di mana HEAR-SAY orang itu rasuah, orang ini rasuah, sudah tidak terpakai kerana sebarang tindakan undang-undang tidak memerlukan teori atau laporan daripada media-media asing menggunakan teknik HEAR-SAY, sebaliknya ia memerlukan pembuktian yang cukup untuk mensabitkan pengamal rasuah agar peguam-peguam mereka tidak boleh memanipulasikan undang-undang sewenang-wenangnya.
Dan itulah nampaknya dilakukan oleh SPRM dalam tangkapan-tangkapan 'mega' kali ini.
Walaupun mungkin agak terlewat tetapi tindakan SPRM menangkap JERUNG-JERUNG RASUAH adalah sesuatu yang perlu dipuji dan disokong. Cuma, banyak juga cakap-cakap yang mempersoalkan, mengapa yang menerima sahaja yang ditangkap dan didakwa, manakala pemberi rasuah pula seperti terlindung dek undang-undang.
SPRM dan kerajaan perlu memperbetulkan 'jurang' ini dengan kadar segera!
Beruntung benarlah, pengamal dan pemberi rasuah di Malaysia sekadar dihukum 'ringan' dan bukannya dijatuhi hukuman mati seperti di China...
10 comments:
Kes Najib terima duit masuk akaun peribadi tak cukupnkukuh ke? Najib pun ada mengaku sendiri. Kurang2 boleh dakwa atas kes mengelak cukai.
kalau fikir logik, tiada tangkapan masa zaman mahathir maknanya tidak terbukti la ada rasuah. zaman najib ada tangkapan jerung bermakna zaman najib mmg rasuah berluasa secara besar-besaran. kalau zaman mahathir ada isu rasuah, sila siasat..jgn main cakap je..
Yang sekarang ditangkap besar-besaran adalah penerima. SPRM patut buat tangkapan serampang dua mata melibatkan pemberi-pemberi pula. Bukan lagi rahsia yang pemberi-pemberi ini juga mempunyai kaitan dengan ahli politik.
Tidak mengapa. Yang penting sekarang SPRM teruskan tangkapan rasuah besar-besaran menjelang PRU14. Boleh jadi juga dana-dana rasuah digunakan untuk membiayai kempen pilihanraya.
Yang dok tabur dedak kat penulis blog ni tak kena pulak ye.....yg nickname MO1 tu....hahahaha
APA SUSAH..
pengarah dan timbalan pengarah tu cakap je lah itu semua DERMA DARI SESEORANG YANG TIDAK INGIN DIKENALI..hehe
Tidak kukuh sebab tidak pun di dakwa di mahkamah macam Guan Eng.
duit derma boleh kena cukai kah??
Rasuah guan eng pula ape cite, cuba komen
Klu x brpe cerdik, maka kluarlh komen2 spt yg anon 10.20AM kt atas ni tulis...kikiki
zaman madey bukan tak ada bukti, tapi tiada siapa berjaya buktikan mengikut kehendak madey,
indikasi penyelewengan byk sgt la kalau nak disebutkan disini,
satu contoh kalau perwaja lingkup di bailout lingkup lagi apa ke cerita tu....
india tokey besi buruk kat india sana boleh jadi billionaire hasil niaga besi zaan tu, nape perwaja boleh tentunya ada sesuatu yg tak kena.
Juga niaga forex yg hilang duit atas kertas tu mcm mana? Rm10billion zaman tu nilainya tak kurang 3x ganda zaman 2016 ni.
lagi, madey waktu cetak note aru ringgit dgn nilai note baru yg lebih rendah dari nilai note lama tu nak kira apa ek? tak ke itu rompak nilai duit namanya?
alahai fikir2 la sedara2 yg ter_sendat dedak madey.
Post a Comment