Sunday, November 20, 2016

MARIA KENA SOSMA, ZURAIDAH KENA TANGKAP... PARA PEGUAM PAKATAN MULA TUNJUK TARING... DI TWITTER!!!



Penangkapan terbaharu membabitkan Zuraidah Kamaruddin dan Tian Chua, membuatkan para peguam PKR dan DAP jadi tidak tentu arah. 

Ambiga sudah pun berazam untuk membebaskan Maria Chin dengan sebarang cara. Maria Chin telah ditahan di bawah SOSMA bagi tuduhan menerima dana asing untuk mencetuskan rusuhan dan menggulingkan kerajaan. 

Dan sepatutnya Ambiga juga turut dikenakan tuduhan yang sama kerana dia dan Maria Chin seringkali seganding.

video

Antara yang dilihat sibuk dengan penangkapan dan penahanan ini adalah Latheefa Koya dan kepimpinan PKR. 

Mereka turut mempersoalkan tentang tiadanya penangkapan ke atas Merah walaupun hakikatnya, beberapa orang pemimpin Gerakan Baju Merah termasuklah Armand Azha dan Jamal Mohd Yunos telah ditangkap dan ditahan.

Lawyers for Liberty (LFL) juga dilihat menonjolkan kehebatan mereka dengan mengecam semua prosedur dan protokol penahanan termasuklah penglokapan pemimpin-pemimpin PKR dan DAP serta BERSIH itu. 


Di blog dan FB, mungkin ianya tidak meriah dan 'kacau'. Tetapi gambaran sebenar boleh dilihat di Twitter. Posting-posting berunsur hasutan juga dilihat lebih banyak dibuat di Twitter.

Malaysia diperlihatkan kepada dunia sebagai sebuah negara yang sedang mengalami kekacauan, menghampiri zaman Pol Pot yang mengarahkan keseluruhan rakyatnya ke persawahan rakyat yang akhirnya bertukar menjadi Killing Field menerusi Twitter.

Hebat puak-puak ni!

Dan lebih menarik lagi ialah, mereka adalah peguam yang tidak ada tolak ansur dalam bab-bab yuran dan fi perkhidmatan mereka!



3 comments:

Anonymous said...

Kalau boleh Polis tangkap la semua kepala monyet kuning yg mengotorkan KL.
IGP kan beti tahu, jgn marah kat PDRM kalau ambil tindakan.
Jgn la buat - buat tuli dgn amaran tu..

Anonymous said...

Jelas kau tak faham sosma. Jadi tak payah nak ulas. Aku nasihatkan kau tutup je blog kau ni. Buat blog jual ikan kering lagi bagus. Malulah sikit kat orang. Jangan ikut perangai najib tu. Mencuri tapi buat selamba je. Buat macam pandai tapi satu dunia tau dia penyamun. Razak kumpul harta itk rakyat ..najib samun abis. Jangan jadi macam najib. Malulah sikit. Kalau tak malu kat org ..malu kat Allah taala. Dari posting kau ..jelas kau belajar tak tinggi mana. Sorok sikit kebodohan kau.

Anonymous said...

Jamal ditangkap dan dikurung di hotel sangrila. Mana ada pak lembek UMNO tahan penjara , bab dah lama hidup senang hisap darah rakyat

top