Tuesday, November 8, 2016

ZAMAN DIA DEMOKRASI BERPARLIMEN DIJUNJUNG KONON... TUN MAHA PEMBOHONG KEMBALI BIKIN CERITA UNTUK SUCIKAN DIRI!!!



Mahathir benar-benar beruntung kerana dia wujud dan berkuasa pada zaman media sosial dan telefon pintar tidak wujud. Dan walaupun ada media sosial yang berbentuk forum, chat room, Geocities dan Tripod, penyebarannya amat terhad. Kos untuk menggunakan media-media ini sangat mahal.

Mahal kerana ia membabitkan bil bulanan Internet yang sudah tentu tidak mampu dimiliki oleh orang biasa dan dianggap sebagai bukan bahan keperluan. Malahan, ramai orang yang telefon mereka hanyalah telefon awam dan pejabat, bukannya telefon rumah apatah lagi telefon tangan.

Dengan menguasai hampir keseluruhan media menerusi cengkaman kuku besi Kementerian Dalam Negeri membabitkan Akta Penerbitan dan Mesin Cetak, hampir kesemua berita yang disiarkan hanyalah untuk mengagung-agungkan Mahathir. Dan walaupun perbuatannya menjarah menerusi proksi dan anak beranaknya diketahui ramai selain kaedah politiknya yang bukan sahaja kejam, tetapi juga menyalahgunakan undang-undang, namun tidak ramai yang berani membuat pendedahan atau memperkatakannya secara terbuka, sepertimana nasib yang diterima oleh Najib Abdul Razak.

Sesiapa yang berani menyanggah, sudah pasti akan bermastautin di Kem Tahanan Kamunting selama sekurang-kurangnya dua tahun tanpa dapat mencabar undang-undang tersebut. Malahan ramai daripada mereka juga yang berakhir di lokap dan penjara atas kesalahan jenayah yang dikenakan kepada mereka menerusi pelbagai gaya.

Lim Kit Siang kalau Allah Taala mendorongnya untuk berkelakuan jujur, sudah tentu dapat menceritakan apa yang dihadapinya. Tidak termasuk juga, bekas-bekas pemimpin UMNO yang merupakan saingan utama Mahathir.

Hampir tidak ada DEMOKRASI dalam kepimpinan Mahathir. Mahathir boleh berbuat apa-apa sahaja, termasuklah meminda Perlembagaan bagi mengurangkan kuasa DYMM Sultan-Sultan Melayu bagi membolehkan dia menjadi Maharaja. Mahathir juga mengubah Perlembagaan UMNO, bahkan mematikan UMNO Lama semata-mata untuk mengekalkan dia pada jawatan Perdana Menteri dan Presiden UMNO tanpa dicabar oleh sesiapa pun, termasuklah jumlah kuota pencalonan dan bonus pencalonan untuk calon Presiden iaitu dirinya sendiri.

Di Parlimen, yang paling teruk dikenakan oleh Mahathir adalah PAS. Ramai pemimpin PAS, terutama sekali dari kalangan Pemuda yang terkena ulah dan kekejaman Mahathir. Mana-mana pemimpin senior PAS yang dilihat lantang menentang dan menelanjangkan Mahathir, anak mereka juga akan dijadikan sasaran sepertimana yang dikenakan ke atas Allahyarham Nik Abdul Aziz Nik Mat apabila salah seorang anaknya dituduh sebagai anggota Kumpulan Militan Malaysia (KMM) yang menyebabkan Nik Adli dihumban ke dalam tahanan di Kamunting sebulan sebelum runtuhnya World Trade Centre di Amerika Syarikat pada 11 September 2001 dalam serangan terkenal 911.

Sekarang Mahathir tak malu bercakap kononnya Demokrasi Berparlimen zamannya dijunjung dan diangkat tinggi?

Dia nyanyuk atau Allah Taala telah menarik kembali ingatannya satu persatu atau kulit mukanya lebih tebal dari kulit salah satu haiwan dari kategori najis mughallazah?

Operasi Lalang, Operasi Kenari, Operasi seribu satu nama lain tu, bukankah turut melibatkan percakapan Ahli-Ahli Parlimen di dalam Dewan Rakyat yang kemudian dikenakan tindakan tutup mulut oleh Mahathir yang memegang turut jawatan Menteri Dalam Negeri sehingga dia meletakkan jawatan apabila indeks menunjukkan sokongan terus jatuh sekiranya dia kekalkan jawatan Perdana Menterinya?

Pembohongan jenis apakah manusia spesies lidah berbelit-belit ini? (RUJUK SINI)

Ternyatalah, Mahathir bukan sahaja MAHAZALIM dan MAHAFIRAUN, tetapi juga MAHA PEMBOHONG!!!!






8 comments:

Anonymous said...

Semua tu betul melainkan dia tak samun dan jual kat org asing harta rakyat. Kau nak sembang apa bai. Kau pun masih lagi kencing bersepah zaman tun mahathir. Kau tutup je blog kau. Buat blog jual pil kuat tenaga batin je. Kalau kau nak hujah bailout zaman tun. Rakyat tak merana. Najib bangsat kau sapu sampai licin. Dia tau dia tak mungkin jadi pm lepas ni. Jadi jual je apa yg boleh. Kau je yg bahlol masih sokong keparat tu

Anonymous said...

dia hixup mewah atas dasar umno tapi hari ini dia nak berak dan kencing dekat umno. penhkhianat bangsa

Anonymous said...

kepala hotak kaulah ANON 5:48 PM

kau lahir tahun berapa ni yang kau boleh kata rakyat tak merana masa tun pembohong tu bailout. ooo mungkin masa tu kau masih dalam bentuk cecair kental dalam kantung bapa kau. Berapa ramai orang Melayu muflis masa tun pembohong tu bailout company anak dan kroni dia. Berapa ramai pula Melayu penguasaha bas mini yang hilang tak ada kerja bila tun pembohong tu rampas dan musnahkan bas mini untuk bas intrakota? Berapa ramai yang mengeluh tambang 60 sen, dah jadi RM1.20 dalam masa 24 jam saja. Berapa ramai yang jadi penganggur tahun 98-2001 sebab banyak kilang tutup sebab kronisma, nepotisma dan korupsi amalan tun pembohong?

kau budak lagi, mana kau tahu!

Anonymous said...

Budak berhingus mana dia tahu hal tun m dulu kalau media dulu mcm sekarang mmg dah korek lobang hidong org tua ni. Dulu sebar surat layang bertebiaran tapi dia mmg bijak suruh ahli2 setia kpd parti. Sekarang dia sendiri menikam parti umno.
Jaga la isteri dan anak2 dah umor semakin senja. Jgn tarik depa masok neraka dan jgn mereka tarik dia dan
isteri masok neraka jahanam.

Anonymous said...

Pandai sangat kau ni bai ..kau jelah jadi pm anon 6.19. Bab sperma pun kau tau. Layak sangat kau ni

Anonymous said...

Anon 6.19. Kau nak bangang giler. Kau nak banding samun najib dengan bas mini. Patut kau ni tak kena consider langsung jadi cecair abah kau tu. Membazir dam menyusahkan nak bela budak bebal macam kau. Kau ni cara berhujah kompem tak sekolah tinggi mana. Harap kau ni dibayarlah jadi bodoh. Kalau tak ..rugi ke jadi org

Anonymous said...

Tuan empunya blog pakai anon ke. Cakap besar tapi hati kecik. Tak patut layan anon 6.19 aka tuanpunya blog. Ada patut ke pakai hujah bas mini dengan duit cuti berbillion. Bodoh bebenor kau ni yop. Tak kental kot masa kau dulu ..hahahaha

Anonymous said...

Kau tau ke sapa masuk neraka ni bai. Kau tu jaga anal bini kau tu dulu. Takyah nak nasihat org. Sikit pun kau takde menyumbang kat negara. Setakat kutuk kat blog jelah

top