Social Icons

Pages

BULETIN 247

Saturday, August 19, 2017

AZMIN ALI TERPAKSA BELA DIRI SENDIRI SELEPAS DIKECAM OLEH DR. HATTA RAMLI DAN HOWARD LEE DAPSY!!!



Selepas dikecam dan dibodoh-bodohkan oleh ADUN Pasur Pinji yang juga merupakan orang kuat DAPSY, Howard Lee dan Dr. Hatta dari PAN, Azmin tampil membersihkan dirinya.

Menurutnya perbincangan yang diadakan dengan PAS adalah hasil usaha dan inisiatif PKR dan tidak melibatkan Pakatan Harapan.

Menurutnya lagi, dia tidak mempunyai kuasa untuk bertindak bagi pihak Pakatan Harapan walaupun pada masa yang sama dia adalah Pengarah Pilihanraya Pakatan harapan. (RUJUK SINI)

Timbalan Presiden PKR Datuk Seri Mohamad Azmin Ali mempertahankan perbincangan partinya dengan PAS, walaupun tidak disenangi sekutu lain dalam Pakatan Harapan.

DAP dan PAN mempertikaikan tindakan Azmin Ali mengetuai rombongan PKR bertemu dengan Abdul Hadi Awang pada Sabtu lalu. Azmin kemudiannya dalam usaha menjaga air mukanya, mengakui sedang mengadakan perbincangan 'sangat tidak rasmi' dengan PAS walaupun PAS telah memutuskan kerjasama politik mereka dengan PKR.

Di kalangan pemimpin PAN sendiri, tindakan Azmin Ali diibaratkan sebagai telunjuk mencucuk mata. Merkea berpendapat, Azmin Ali seharusnya memaklumkan perkara itu kepada kepimpinan tertinggi PAN terlebih dahulu sebelum sebarang tindakan diambil.

Howard Lee pula berkata, lawatan sosial PKR dan PAS dialu-alukan tetapi sekiranya terdapat rundingan antara kedu-dua parti, ia adalah perkara serius.

PAS menerusi Ketua Penerangan Dewan Ulamanya, Mohd Khairuddin Aman Razali pula melihat penuh ragu terhadap kemungkinan kerjasama dengan PAN walaupun tidak menolak kerjasama 'terhad' dengan PKR.

Menurut Khairuddin, HARAPAN adalah wadah yang tidak diyakini untuk menyelamatkan negara daripada pelbagai kerosakan ekonomi, politik dan sosial menerusi pendekatan Islam. Malah menurutnya, tindakan HARAPAN yang mendekati PAS hanyalah mahu menggunakan jentera PAS bagi menghadapi pilihanraya umum tidak lama lagi.

Difahamkan, sejurus selepas 'dibelasah' oleh Howard Lee dan Dr. Hatta Ramli, Azmin Ali segera 'menghadap' Lim Guan Eng dan Mat Sabu untuk menerangkan situasi sebenar.




No comments:

 
Blogger Templates